Saturday, 11 August 2018

KELUAR MULUT BUAYA, MASUK MULUT NAGA


ALKISAHNYA, parti Tun Mahathir iaitu BERSATU akan melebarkan sayap ke Sarawak dan telah di umumkan oleh beliau sendiri bahawa sudah hampir 30,000 permohonan dari rakyat Sarawak yang ingin menyertai mereka. Mungkin sesuatu yang pelik bin ajaib hanya dalam tempohmasa yang singkat boleh mendapat penyertaan yang sebegitu banyak biarpun selama ini kita mengetahui betapa tebal semangat KESARAWAKAN rakyat Sarawak lebih-lebih lagi bumiputera. Namun itulah yang dinamakan persepsi strategi mainan politik.


Dulu kalau diikut logik akal pihak parti Malaya iaitu Pakatan Rakyat dianggotai DAP & PKR mengecam dan membantah hasrat rakyat negeri ini untuk menubuhkan UMNO dan juga tidak disenangi pihak PBB dan komponen BN lain. Kini Pakatan Harapan yang dipimpin Tun Mahathir sudah berubah arah malah langsung tiada suara bantahan dari pihak PKR & DAP Sarawak!


Sama juga ketika Tun Mahathir dulu masih di pihak BN sehingga pertengahan 2015, sebelum itu Tun dikeji disembat bertalu-talu malah dihujani dengan gelaran impolite phrases Maha Firaun ( Pas ) Maha Zalim, Bapak Pelingkup Negara ( Mat Sabu ) dan Penyamun Perompak Negara ( Karpal, Lim KS, Lim GE, Gobind, Nga Kor Ming, Superman Hiew, Gobind DAP ) dan kenyataan tuduhan kesat dan pedas turut dilontar oleh Rafizi, Azmin dan DS Anwar Ibrahim.


Bukan hanya lontaran tuduhan malah diikuti laporan polis. Oleh kerana masih taat dan rasa hormat pada Tun Mahathir, UMNO dibawah Najib tidak berganjak mempertahankan Tun dari zaman reformasi Anwar. Lebih teruknya bila bekas pembantu peribadi mendedah perihal RM1.94 trillion yang disimpan luar negara! Sejurus DAP membuat laporan polis kemudiannya disusuli dengan berpuluh-puluh laporan polis di seluruh ceruk rantau Malaysia berkenaan SKANDAL FOREX RM32 Billion dan kerugian MISC, MAMINCO, BMF, PERWAJA STEEL, PROTON YANG KERAP RUGI SABAN TAHUN.


Terkini Bank Negara Malaysia (BNM) menyuntik sebanyak RM66 billion semenjak dua bulan lalu bagi menyelamatkan Ringgit Malaysia agar tidak terus merosot menjadi RM4.50 berbanding USD1. Demikian ditegaskan oleh Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd Yunus. Ini bermakna kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah memperjudikan wang rakyat di pasaran matawang antarabangsa di mana BNM menjadi salah satu pedagangnya.


Sekaligus kenyataan Shamsiah tersebut mengingatkan kita pada kenyataan mantan Gabenor BNM, Dr. Zeti Akhtar Aziz bahawa BNM juga mengalami kerugian sebanyak RM35.009 billion sepanjang 1988-1994. Kedua-dua kerugian terbesar dalam sejarah kewangan negara tersebut berlaku di era pentadbiran Perdana Menteri Malaysia Keempat dan Ketujuh, siapa lagi kalau bukan Tun Dr. Mahathir Mohamed.


Ya "Melayu Mudah Lupa" dan "too many uneducated person in Malaysia" frasa yang diucapkan sendiri oleh Tun M cukup menggambarkan bagaimana semua tohmahan dan tuduhan keras terhadap Tun Mahathir hilang entah ke mana ditiup semilir angin...yang dikeji dahulu diangkat, dijulang dan dipuji! Hipokrit tahap gaban apa ni!!!


Ketika awal tahun 1990an, UMNO melebar sayapnya ke Sabah ketika pentadbiran PARTI BERSATU SABAH pimpinan Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dengan tujuan untuk menyelamat Sabah dari genggaman Pairin dan kini BERSATU tidak melebar sayapnya ke sana kerana ada parti tempatan yang pro Pakatan Harapan yakni Warisan. Rakyat Sabah mungkin sudah lupa bahawa pada masa inilah mereka kehilangan wilayah Labuan yang tercinta. Zaman siapa itu?


Jadi apa bezanya dengan parti parti politik tempatan Sarawak? Adakah mereka tidak relevan lagi dalam pelbagai konteks kehidupan sosial dan ekonomi negara? Atau menunggu saat ketika Bintulu diMalayakan sepenuhnya? Ataupun ada pihak tempatan yang bersekongkol dengan parti parti Malaya ini kerana hendak menguasai semula khazanah kekayaan Sarawak yang sepatutnya dikembalikan tanpa ada sebarang syarat seperti dilontarkan pihak DAP?


Betapa banyak kemusnahan UMNO lakukan pada Sabah dan akhirnya GEMA WARISAN berjaya mengusir mereka. Sabah "bebas" dari cengkaman Malaya dan sekarang rakyat Sarawak yang beraja sendiri MENJEMPUT PARTI MALAYA menjadi raja Sarawak!!!!


Enough is enough lah...we Sarawakian, can't simply afford to another round of 22 years of neglection and all rounded second class treatment with second-class -citizen tag by Tun Mahathir and his WAY of governing? Sampai bila kita mahu DIJAJAH oleh Malaya!


Keluar mulut buaya, masuk mulut naga!


Wake up lah Sarawakians!

No comments:

Post a Comment