Tuesday, 14 August 2018

PETRONAS, MENGAPA HARUS BERAHSIA!


KEBIASAANNYA apabila menyentuh soal yang melibatkan pengeluaran minyak dan gas malah apa jua yang berkaitan dengan sesuatu negeri sudah semestinya negeri tersebut turut diundang bagi memberikan buah fikiran yang terbaik.  Ini kerana adalah tidak adil jika sekiranya hanya mendengar pandangan satu pihak sahaja.  Namun ini semua tidak terjadi pada satu sidang media tertutup yang dikelola oleh Petronas semalam di Kuala Lumpur.  

Sungguh pelik apabila dikatakan sidang media tertutup itu hanya melibatkan wakil-wakil media dari Semenanjung Malaysia dengan langsung tidak menjemput wakil media dari Sarawak iaitu negeri pengeluar minyak dan gas terbesar di Malaysia.  Satu tindakan yang langsung tidak boleh diterima memandangkan antara intipati sidang media tertutup adalah mengenai “Petroleum Development Act 1974 (PDA74) - Historical Context”, “Product Sharing Contract (PSC)” dan “The Sarawak Perspective and Impact On the Malaysian Oil and Gas Industry”.

Tindakan Petronas ini harus dipersoalkan kerana seolah-olah ada agenda tersembunyi yang cuba dilakukan sedangkan hakikatnya Sarawak selama ini begitu telus dan sentiasa memberi kerjasama apabila berbicara mengenai hak Sarawak di dalam industri minyak dan gas di Malaysia.  Hal seperti ini tidak boleh dipandang sebelah mata sahaja kerana kita tidak mahu ada lagi cerita disebalik tabir yang akhirnya memakan hak-hak Sarawak terhakis kembali.

Berani kerana benar, takut kerana SALAH!

Berita penuh di dalam pautan ini:

https://dayakdaily.com/why-were-sarawak-editors-left-out-of-petronas-briefing/

No comments:

Post a Comment