Sunday 5 August 2018

MP ADUN GPS "LOMPAT PARTI" GIMIK POLITIK KOTOR


SEJAK 48 jam lalu riuh rendah dunia netizen tatkala melalui laman fb sebuah parti politik juga sehingga ke sebuah akhbar peringkat nasional menyatakan bahawa mereka berjaya memujuk 6 ahli Parlimen dan 3 ahli Undangan Negeri dari Gabungan Parti Sarawak iaitu PBB akan menyertai mereka tidak lama lagi.  Sehubungan dengan itu juga ramai yang berkomen pro dan kontra mengenai hal tersebut.  

Walaubagaimanapun apabila melihat kepada tindakbalas daripada KM Abang Johari sewaktu disoal oleh wartawan minggu lepas menyatakan dia sendiri tidak pernah mengetahui hal tersebut.  Dan semalam penaja PBBM iaitu Johan Mohamad pula mengesahkan beliau sendiri tidak pernah mengetahui bahawa PRIBUMI itu wujud dan ingin menjalin hubungan dengan BERSATU bagi membenarkan 6 MP dan 3 Adun GPS “lompat parti” untuk menyertai mereka.  

Dan apabila merujuk kepada status Ketua Penerangan PBB iaitu Dato Haji Idris Buang yang juga ADUN N16 Muara Tuang di laman fb peribadinya turut mengesahkan bahawa rakan-rakannya di dalam GPS masih lagi bersatu dan berpegang teguh untuk mempertahankan Sarawak daripada ditakluki parti-parti dari Malaya.  Beliau turut menempelak mereka yang cuba mengaibkan nama baik PBB dengan politik kotor dan fitnah seperti itu.  Sementara itu Datuk James Masing sebagai Pengerusi PRS pula turut senada dengan Datuk Abdul Karim Hamzah yang menyelar mereka yang tidak bertanggungjawab kerana sengaja untuk memecahbelahkan kesatuan rakyat Sarawak.  

Sesungguhnya janganlah budaya politik kotor seperti ini cuba dibawa masuk ke Sarawak kerana selama ini orang Sarawak berpolitik matang.  Kita tolak fitnah dan gimik yang tidak membawa faedah langsung ke atas Sarawak Bumi Kenyalang.   

#IamSarawakian 

No comments:

Post a Comment