TATKALA negara Malaysia begitu menghampiri garisan penamat setelah hampir tiga bulan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kemudiannya bertukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan sedikit kelonggaran bagi sektor ekonomi beroperasi lain pula halnya dengan drama daripada Pakatan Harapan. Sejak dari hari pertama tumbang kerana salah strategi oleh Perdana Menteri pilihan mereka yang meletak jawatan waima dipujuk oleh Yang Dipertuan Agung yang menyebabkan YDPA menjalankan kewajipannya memilih Perdana Menteri iaitu Tan Seri Muhyiddin bin Mohamad Yassin bagi menerajui “Kerajaan Beta” sehingga sekarang masih lagi dengan permainan nombor bagi mendapatkan hak untuk berkuasa semula.
Baru-baru ini ada seorang blogger (mungkin blogger upahan Pakatan Harapan) yang dengan penuh yakin menyatakan bahawa 18 Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah beralih arah menyokong Tun Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri ke-9 Malaysia di dalam penulisan beliau. Sesuatu yang memeranjatkan bagi dunia politik Sarawak kerana rakyat Sarawak mengetahui bahawa Kerajaan GPS sehingga ke saat ini begitu sibuk dengan situasi Covid-19 di negeri sendiri kerana itulah fokus utama sekarang. Membabitkan nama GPS di tengah kemelut “drama” Tun M dan PH adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
Atas dasar itu apabila penulisan blogger tersebut ditempelak oleh Ahli Parlimen Santubong iaitu Datuk Seri Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar sememangnya umpama buku bertemu ruas kerana ianya adalah satu penulisan yang langsung tidak bertanggungjawab . Menurut Datuk Seri Dr. Wan Junaidi, GPS adalah satu gabungan politik yang berstruktur dan sangat berdisiplin. Setiap keputusan dengan diterajui oleh Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi GPS iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg segalanya mengambilkira pandangan semua pihak yang akhirnya menjadi satu suara GPS.
Tambah Datuk Seri Dr. Wan Junaidi, setiap Ahli Parlimen GPS bermaruah dan tidaklah sewenang-wenangnya boleh ditarik seperti menjual kambing, ayam dan lembu di pasar. Ini kerana dari awal lagi GPS sudah menzahirkan sokongan permulaan adalah kepada Tun Mahathir kerana mahukan negara Malaysia mempunyai kestabilan di dalam politik namun apakan daya setelah Tun M sendiri yang hilang pendirian makanya sokongan GPS seterusnya kepada PM TSMY seperti yang kita lihat sekarang. Kestabilan politik negara Malaysia itu mengatasi segalanya lagi-lagi ketika Malaysia termasuk negeri Sarawak yang turut dihentam oleh virus Covid-19 yang memerlukan kerjasama yang erat antara Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk memeranginya.
Pautan berita penuh:
Jika difikirkan permainan nombor oleh kuartet Pakatan Harapan tidak pernah terhenti sehingga rakyat marhein sendiri terpinga-pinga apakah survival politik sesetengah individu itu lebih penting dari nyawa rakyat Malaysia. Kita cukup lelah dengan permainan nombor ini lagi-lagi ianya cukup jelas melangkaui perintah YDPA pada sidang Parlimen Malaysia pada 18 Mei 2020 yang tidak mahu mana-mana parti politik di Malaysia mengheret negara dengan permainan politik di saat Malaysia sedang “berperang” dengan musuh halimunan. 22 bulan mandat rakyat sudah diberikan kepada PH namun sayangnya anggota PH sendiri yang menderhaka kepada mandat rakyat. Sekarang yang menderhaka itu terpekik terlolong konon-konon mahukan kerajaan mandat rakyat itu dikembalikan semula.
Untung nasib politik Malaysia bukan lagi ditangan ahli politik sebaliknya kembalikan semula kepada yang berhak iaitu rakyat. Susah-susah kita adakan sahaja PILIHANRAYA UMUM yang baharu. Kita lihat mandat rakyat diberikan kepada siapa pula. 22 bulan banyak mengajar rakyat Malaysia untuk lebih menggunakan akal daripada terbawa-bawa dengan fitnah yang berleluasa sebelum ini. Beranikah Pakatan Harapan menghadapinya????
No comments:
Post a Comment