Monday 16 March 2020

MALAYSIA LAKSANA “PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN” BERKUATKUASA 18 MAC 2020


SEKITAR jam 10 malam 16 Mac 2020, Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawasanya Negara Malaysia melaksanakan “PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN”. Ini semua dilakukan bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang mana setakat ini mempunyai kes positif sebanyak 551 kesemuanya.  

Perlaksanaan “Perintah Kawalan Pergerakan” ini akan berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 untuk seluruh Negara Malaysia.  Ianya dibuat berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.  

Perintah kawalan ini meliputi seperti berikut:  

1. Larangan menyeluruh pergerakkan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit and kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.

3. Sekatan kemasukkan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta.

5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi, awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dalam perkhidmatan penting negara (essential services).



Sumber: Perutusan PM Malaysia TSMY 16 Mac 2020 10.00 pm

No comments:

Post a Comment