USAI perlantikan jemaah Menteri beberapa hari yang lepas menyaksikan dua individu politik yang dahulunya dibawah payung Parti Keadilan Rakyat yakni YB Tuan Ali Anak Biju dan YB Tuan Willie Mongin telah diberikan tanggungjawab memikul jawatan Timbalan Menteri di dua kementerian peringkat pusat. Dan melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengumumkan bahawa kesemua 10 team Azmin telah menganggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Dan sudah terang lagi bersuluh, YB Tuan Ali dan YB Tuan Willie adalah mereka yang sudah melompat parti menyertai parti tersebut.
Kita tertanya-tertanya ke manakah menghilangnya YB Tuan Baru Bian yang juga mantan Menteri Kerja Raya kerana sejak kemelut politik yang berlaku, beliau satu-satunya dari team tersebut yang seperti kehilangan arah menyokong siapa. Dan mungkin dek kerana tiada satu yang pasti maka namanya turut tercicir di dalam senarai jemaah menteri TSMY kali ini.
Tempoh untuk mendiamkan diri mungkin sudah berakhir bagi BB kerana akhirnya beliau tampil melalui status yang dimuatnaik di laman mukabuku beliau yang mengatakan bahawa beliau memilih untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas. Dan pada saat ini juga menyaksikan seorang lagi individu politik yang selama ke hari ini turun naik bersama beliau iaitu Vernon Kedit turut meninggalkan BB keseorangan kerana sudah dilantik menjadi Setiausaha Politik Kanan kepada YB Tuan Ali Biju.
Pautan berita penuh:
Mungkin inilah yang akan berlaku andainya kapal sudah karam, para kelasi kapal akan menyelamatkan diri dahulu dan membiarkan si nakhoda lemas keseorangan seperti mutiara kata di dalam Bahasa Inggeris yang biasa kita dengar “There are no permanent enemies and no permanent friends, only permanent interest”.
No comments:
Post a Comment