Saturday 7 March 2020

3 SYARAT GPS SERTAI KABINET PN+GPS


MALAYSIA sudah melalui kecelaruan politik dek dua minggu yang lepas dan menyaksikan Gabungan Parti Sarawak menjadi penentu untuk memilih siapakah yang sewajarnya untuk diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-8. Bukan lagi rahsia bahawasanya GPS telah memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dek kerana tiada majoriti makanya YDP Agong sendiri memilih TSMY menjadi PM ke-8 Malaysia yang baharu.  

Dalam pada itu beberapa hari ini telah disahihkan bahawasanya Perikatan Nasional yang dianggotai oleh Muafakat Nasional + Barisan Nasional + PPBM telah meminang GPS untuk bersama-sama menyertai barisan kabinet Malaysia yang baharu.  Hal ini telah disahkan oleh KM Abang Jo sendiri dan ternyata pinangan itu telah diterima oleh GPS.  Bukan menerima sembrono sebaliknya mempunyai syarat yang tertentu.  

Tiga syarat yang dikenakan oleh GPS adalah seperti berikut:

1.  Hak-hak Sarawak yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 hendaklah diakui oleh Perikatan Nasional.  Ini bermakna mereka sebagai pemerintah pusat sekarang haruskah mengembalikan yang “hilang” dan “terhakis” serta mengangkat kembali hak-hak tersebut.  

2.  Segala undang-undang Sarawak yang berkaitan dengan isu minyak dan gas haruslah diakui.  Ini bererti Kerajaan PN harus mengiktiraf segala ordinan yang digunapakai oleh Sarawak di dalam hal minyak dan gasnya seperti OMO 1958, 5% SST Produk Petroleum dan Gas dan sebagainya.

3.  Sarawak melalui GPS hanya sebagai RAKAN PN dan bukannya pembentuk PN.


Pautan berita penuh:


Boleh dikatakan apa yang dimaklumkan oleh Ketua Menteri Sarawak yakni Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari ini menunjukkan bahawa GPS sentiasa berpegang kepada janji iaitu MENDAHULUKAN SARAWAK di dalam segenap segi, jauh sekali gilakan kuasa di peringkat pusat. Apalah guna kuasa dan pangkat di Persekutuan andaikata hak-hak Sarawak tidak diiktiraf dan dilaungkan.  Lahir sebagai satu parti politik yang neutral itu lebih baik daripada seperti bersama BN dahulu.  Sekaligus membuktikan bahawa GPS bukan “ULUN MALAYA” seperti pihak pembangkang yang cuba dodoikan kepada rakyat Sarawak.  

Persoalannya sekarang, adakah PN akan bersetuju dengan terma dan syarat yang diberikan lebih-lebih lagi syarat pertama dan kedua? Dan andainya setuju siapakah individu politik dari Sarawak yang akan membawa suara rakyat Sarawak di barisan jemaah menteri kelak?  Dan apakah portfolio yang bakal diberikan kepada Sarawak pula?  Kita biarkan TSMY membuat perhitungan yang terbaik untuk Malaysia sepertimana GPS memberikan sokongan kepada beliau atas nama DEMI NEGARA MALAYSIA YANG STABIL.  


No comments:

Post a Comment