Tuesday, 10 March 2020

1 KES POSITIF COVID-19 DI BRUNEI, WARGA MIRI DIINGATKAN TIDAK PANIK


NEGARA jiran kita iaitu Brunei Darussalam turut mencatatkan satu kes positif Covid-19 semalam. Selain itu isteri, dua anaknya serta rakannya dan anak rakan turut diletakkan di dalam pengawasan sebagai kes yang yang berkemungkinan besar positif berdasarkan simptom yang ditunjukkan. Difahamkan kesemua mereka di dalam keadaan stabil dan dimasukkan ke wad kuarantin di hospital Brunei.

Berdasarkan keterangan pihak kesihatan Brunei, pesakit kes positif pertama di Brunei pernah ke Kuala Lumpur bersama tiga lagi rakannya pada tanggal 27 Februari 2020 dan mereka menyertai satu perjumpaan keagaaman di Masjid Jamek, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh lebih kurang 100 orang dari pelbagai kewarganegaraan. Mereka berempat kembali ke Brunei menerusi penerbangan Air Asia AK5651 pada tanggal 3 Mac 2020 dan mendarat di Lapangan Terbang Miri dan terus pulang ke Brunei menggunakan perjalanan darat.

Turut dinyatakan pesakit kes pertama positif itu telah melakukan perjalanan sekali lagi ke Miri pada tanggal 6 Mac 2020 dan seterusnya kembali ke Brunei pada hari yang sama. Di dalam perjalanan pulang itu, beliau singgah mengerjakan solat jumaat di Masjid Sungai Teraban di Belait.

Setakat ini pihak Kesihatan di Brunei telah mengeluarkan arahan untuk mana-mana individu yang pernah menyertai acara di Masjid Jamek, Kuala Lumpur dari tanggal 28/2 hingga 3/3/2020 untuk segera mendapatkan rawatan susulan di hospital yang terdekat atau menghubungi terus Talian Darussalam bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

Pautan berita penuh:



Sementara itu di pihak Kerajaan Sarawak turut telah mengeluarkan arahan untuk para penduduk di Miri TIDAK PANIK dengan perkembangan Covid-19 di Brunei. Setakat ini Kementerian Kesiahatan di kedua-dua negara iaitu Sarawak dan Brunei bergandingbahu bagi memastikan ianya dibendung secepat mungkin.

Pautan berita penuh:

Kredit gambar: Reuters

No comments:

Post a Comment