APA yang cuba kita hindari akhirnya sudah betul-betul berada di depan mata kerana pada hari ini, 13 Mac 2020 Sarawak buat kali pertamanya sudahpun mempunyai kes positif Covid-19 yang melibatkan tiga individu sekaligus. Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, dua kes positif melibatkan dua individu rakyat Sarawak yang telah menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling dari tanggal 28 Februari hingga 1 Mac yang lalu. Difahamkan juga kes ketiga positif melibatkan contact langsung iaitu ahli keluarga mereka.
Untuk semua rakyat Sarawak sekalian, beringatlah kita akan wabak yang berlaku sekarang dan sentiasalah menjaga kebersihan diri dan kalau boleh hindarilah kawasan yang sesak. Bersama-sama kita berdoa untuk kesejahteraan dan keselamatan ibu pertiwi kita Sarawak Bumi Kenyalang dan rakyatnya.
No comments:
Post a Comment