Sunday, 8 March 2020

LGE KECEWA? PEDULI APA!


LIM Guan Eng kecewa.. begitulah luahan rasa ucapan mantan menteri kewayangan dari DAP yang berada di Kuching untuk satu acara semalam.  Kekecewaan itu adalah disebabkan oleh keputusan Gabungan Parti Sarawak yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Tun M yang berada di kuartet mereka.  Tambah beliau lagi, GPS sebagai pencatur utama sepatutnya memihak kepada mereka daripada menyokong Perikatan Nasional yang berkuasa sekarang.  

Pautan berita penuh seperti berikut:


Apakah LGE lupa bahawa segala yang berlaku selama lebih dua minggu adalah kerana tindakan gabungan Pakatan Harapan sendiri.  Mengapa pula GPS yang hendak disalahkan.  Dasar ahli politik yang bagai telunjuk lurus kelingking berkait yang mana konon-konon nampak baik untuk mengajar kita tetapi hakikatnya punya agenda tersendiri untuk mengekalkan kuasa.  Lim Guan Eng sepatutnya hampir dua tahun setengah diberikan kepercayaan memerintah negara usahlah lagi bermain dengan “blaming game” memanjang.  Akhirnya rakyat sendiri bosan kerana sehingga saat akhir mereka memerintah tiada yang mampu mereka jelmakan dengan ekonomi yang kian merudum dan rakyat dianaktirikan dengan kos hidup yang semakin tinggi.  

Seperti yang kita ketahui bukanlah rahsia bagaimana LGE selama berkuasa di tampuk Putrajaya memandang Sarawak sipi-sipi sahaja.  Sarawak akan muflis tiga tahun lagi..itu perkiraan seorang “akauntan bertauliah” apabila Sarawak menggunakan bajet sendiri untuk memastikan pembangunan Sarawak terus ke hadapan.  Serangan demi serangan beliau lakukan dengan pertolongan kuartet DAP Sarawak dibawah pimpinan Chong Chieng Jen yang “yes bos”.  Hakikatnya apakah pula yang PH bawa untuk Sarawak sepanjang memerintah Putrajaya boleh dikatakan tiada.  

Lebuhraya Pan Borneo dijadikan modal mereka untuk bermain politik sehingga banyak projek infrastruktur seperti jambatan dengan begitu mudah mereka batalkan sedangkan ianya penting untuk menghubungkan jalan pesisir dengan lebuhraya itu kelak.  Kedaifan sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak dijadikan modal oleh beliau untuk memaksa Sarawak membayar hutang in advance sedangkan itu adalah fungsi persekutuan.  Sudah dibayar duitnya tetapi ada lagi banyak bunyi bagi menidakkan ianya dibaiki sehingga mengeluarkan kenyataan kontra antara Menteri Kewangan dengan Menteri Kerjaraya pada masa itu.  

Semasa di tampuk pemerintahan begitu meninggi langit dengan jawatan.  Namun beliau lupa bahawa hidup ini umpama roda, kadang-kadang di atas kadang-kadang di bawah.  Bila sudah jatuh ke bawah sekarang pandai pula meminta GPS memberikan mandat untuk mereka seperti apa yang dilakukan oleh Chong Chieng Jen, DAP Sarawak yang akan memberi ruang consensus kepada GPS dengan syarat GPS menyokong Tun M dan PH kekal berkuasa.  GPS dan penyokongnya tidaklah bodoh untuk mengiyakan permintaan DAP yang terkenal dengan lidang bercabangnya.  

Yang pasti GPS sudah menjalankan tanggungjawabnya demi negara dan keputusan pemilihan TSMY adalah hak Yang Dipertuan Agong.  LGE hendak kecewa lantaklah kerana itu kenyataan dari mereka yang kalah.  Rakyat Sarawak sudah tentu tahu menilai siapa yang benar-benar memperjuangkan untung nasib Sarawak dan bukan sesekali dengan janji tong kosong seperti puak PH termasuk DAP itu sendiri.  

Peribahasa kita ada menyebut.. bila sudah terbang tinggi di langit, JANGAN PERNAH LUPA RUMPUT DI DARATAN.  Begitulah juga untuk LGE dan kuartetnya.  GPS TIDAK PERNAH MENJUAL DIRI UNTUK KEKAL BERKUASA! Yang pasti segala keputusan diambil untuk kepentingan negara TANPA GPS leka akan perjuangan hak-hak Sarawak.  Buktinya biar dipinang untuk bersama di dalam jemaah menteri sendiri sekarang, GPS TETAP ADA TERMA DAN SYARATNYA!  SIK GILA KUASA you oo you…

Katakan TIDAK untuk DAP, DAHULU, KINI DAN SELAMANYA!

No comments:

Post a Comment