Tuesday, 12 July 2016

ATLET SUKAN PERAHU LAYAR SUKMA SARAWAK MAUT


TINGGAL beberapa hari lagi, kita akan menyaksikan Sukan Malaysia XVIII yang akan berlangsung di Sarawak pada 22 – 31 Julai 2016.  Segala persiapan sudah pun siaga bagi menyambut sukan terbesar di Malaysia ini. 
Namun disebalik segala persiapan ini, kita berdukacita apabila mendapat perkhabaran bencana yang menimpa 2 atlet SUKMA Sarawak yang menemui ajalnya apabila terlibat di dalam kemalangan jalanraya di  Jalan Marina Bay, Miri semalam, 11 Julai 2016.  Dua atlet yang terlibat adalah Mohammad Syafiq Halias dan Muhammad Syafiq Hasnan.  Kedua-duanya berusia 15 tahun dan berasal dari Miri, Sarawak. 
Difahamkan mereka merupakan atlet sukan perahu layar dan ketika kejadian mereka di dalam perjalanan untuk menghadiri latihan di pelabuhan kapal layar yang terletak tidak jauh dari kawasan kemalangan.  Penunggang motosikal iaitu Muhammad Syafiq Halias maut di tempat kejadian manakala pemboncengnya iaitu Muhammad Syafiq Hasnan cedera ringan dan dikejar ke Hospital Miri untuk mendapat rawatan. 
Ianya adalah satu kehilangan besar untuk pasukan perahu layar SUKMA Sarawak.  Salam takziah untuk keluarga Allahyarham Muhammad Syafiq Hasnah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan para syuhada dan mereka yang beriman.
Al-Fatihah. Amin.

Monday, 11 July 2016

SARAWAK SEBUAH "NEGARA"


NEGARA Sarawak itulah terma yang dilaung-laungkan oleh rakyat Sarawak sekarang lebih-lebih lagi golongan mudanya.  Hasil daripada aspirasi rakyat yang mahukan autonomi sepenuhnya diberikan kembali inilah yang membuatkan Team Adenan menang bergaya ketika PRN ke-11 Mei 2016 lalu. 

Dan tanpa menunggu lama, Datuk Adenan seperti yang beliau janjikan telah berkunjung ke Putrajaya untuk berbincang mengenai kuasa autonomi Sarawak ini.  Menurut sidang akhbar yang bersama diantara Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Menteri Sarawak tempohari membuktikan bahawa Sarawak berada di landasan yang betul.  

Di sebalik segala semangat autonomi untuk Sarawak ini, tiba-tiba muncul pula wira dari PKR iaitu Naib Pengerusi PKR Sarawak, See Chee How yang menempelak Presiden SUPP iaitu Dr Sim Kui Hian apabila kenyataan Dr Sim yang menyatakan jangan diperlekehkan status “Negara” Sarawak.  Menurut Naib Pengerusi PKR Sarawak ini, status Sarawak adalah sebuah negeri menurut apa yang diperkatakan di dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Pelik tapi benar dan itulah kenyataan daripada pemimpin PKR Sarawak yang pernah suatu waktu dahulu melaung-laungkan Deklarasi Kuching yang antara intipatinya hendak mengembalikan status autonomi kepada Sarawak. Di kala rakyat Sarawak menunggu debaran ini, PKR Sarawak telah cuba menunjukkan “U-Turn” mereka sejajar dengan arahan bos mereke dari Semenanjung Malaysia. 

Mungkin See Chee How terlupa bahawa setiap satu perkara yang berkaitan tentang autonomi ini mempunyai sejarahnya tersendiri termasuklah Perjanjian Malaysia 1963.  Dan mengapa Datuk Adenan menubuhkan Jawatankuasa Autonomi Sarawak kerana segalanya harus diperhalusi.  Antaranya adalah status Sarawak itu sendiri seperti perbezaan perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1963 dan kemudian ditukar pada tahun 1970an.

1.  1st draft of the Constitution when the Federation of Malaysia was established:

Article 1: The Federation shall be known, in Malay and in English, by the name Malaysia

Article 2: The States of the Federation shall be:-

(a)  The States of Malaya, namely Johore, Kedah, Kelantan, Malacca, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Selangor and Trengganu. 

(b)  The Borneo States, namely, Sabah and Sarawak; and

(c)   The State of Singapore.


2.  In the 1970s, the Constitution was subsequently amended to:

Article 1:  The Federation shall be known, in Malay and in English, by the name Malaysia

Article 2:  The States of the Federation shall be Johore, Kedah, Kelantan, Malacca, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor and Trengganu.


Sarawak sebagai 1 daripada 3 pembentuk Gagasan Malaysia dengan 1 daripada 13 negeri di dalam Malaysia ada perbezaannya.

Friday, 8 July 2016

HINANYA AIDILFITRI DI MATA MP TAIPING


TRADISI kanak-kanak berkunjung dari rumah ke rumah merupakan amalan yang mewarnai perayaan sambutan Aidilfitri di Malaysia.  Namun di mata seorang ahli parlimen Taiping iaitu Nga Kor Ming ianya seperti satu benda yang dipolitikkan bagi menunjukkan lagi sikap beliau yang mengamalkan politik “desperado”. 

Manakan tidak satu karikatur yang dimuatnaik di laman facebooknya pada 5hb Julai 2016 yang mengaitkan pemberian duit raya kepada kanak-kanak dan tetamu ketika hariraya sebagai rasuah malahan juga dikatakan menerima “dedak”. Mungkin juga MP Taiping lupa bahawa di dalam adat kaum Tionghua juga mempunyai pemberian “angpau”.  

Bolehkah pemberian angpau juga disamakan dengan memberi rasuah. Atau mungkin juga parti-parti yang bersekongkol dengan DAP selama ini seperti PKR dan PAN yang rata-ratanya juga turut dianggotai pemimpin dari masyarakat Islam yang sudah tentu memberi duit raya kepada kanak-kanak juga turut dikatakan memberikan rasuah?

Tindakan MP Taiping ini sebenarnya menghina serta merendah-rendahkan perayaan masyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia.  Mungkin selepas ini Nga Kor Ming akan membuat kenyataan bahawa laman facebooknya digodam seperti selalunya.  Biasalah baling batu sembunyi tangan ini memang kepakarannya.

Thursday, 7 July 2016

PROJEK PEMBINAAN JAMBATAN BATANG SAMARAHAN




BERPULUH tahun lamanya rakyat Samarahan khususnya Asajaya sehingga ke Sadong Jaya bersabar dengan hanya tertumpu kepada penggunaan feri mahupun jalan darat yang cukup memakan masa jika hendak menyeberangi Batang Samarahan.  Lebih-lebih lagi di ketika musim perayaan seperti perayaan hariraya sekarang. 

Itulah asam garam seperti menunggu giliran masuk ke feri mahupun terpaksa menempuhi kesesakan lalulintas di jalan darat kerana jalannya yang kecil.  Namun itu semua akan berlalu apabila siapnya pembinaan Jambatan Batang Samarahan yang dijadualkan siap pada suku ketiga tahun 2018 kelak. 

Dengan kos pembinaan sebanyak RM93.88 juta, pembinaan jambatan Batang Samarahan ini bermula di Kampung Baru ke Kampung Tambey, Samarahan sedang giat di dalam pembinaan.  Apabila siap kelak sudah tentu ianya satu berita gembira kepada penduduk di Samarahan dan Asajaya serta juga Sadong Jaya kerana “bottle neck” dengan siapnya Jambatan Batang Sadong akan dapat diatasi. 

Terbinanya jambatan ini sudah tentu memberi seribu manafaat kepada kegiatan ekonomi penduduk setempat kelak.  

Tuesday, 5 July 2016

AIDILFITRI 1437H


SETELAH satu bulan penuh, seluruh muslimin dan muslimat melaksanakan ibadah puasa kini tiba saatnya untuk mengapai kemenangan dengan gema suara takbir berkumandang di seluruh pelusuk alam.  Hari kemenangan yang menyaksikan keluarga yang jauh datang berkumpul, berdatangan sambil mengucap salam dan maaf atas kekhilafan dan ketelanjuran kata dan sikap selama ini. 

Dikesempatan ini juga, kami admin Red Parrot ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI dan mohon maaf zahir batin jika ada salah silap sepanjang kami berkarya di laman page Red Parrot.   Sesungguhnya setiap yang buruk itu adalah datangnya dari kami dan setiap yang baik itu datangnya dari Allah SWT.

Selamat Hariraya Aidilfitri 1437 H
Maaf Zahir Dan Batin

Monday, 4 July 2016

KENYATAAN MEDIA DARI PUTRAJAYA 4 JULAI 2016


BUKANNYA satu omongan kosong.. Itulah yang dapat diperkatakan apabila Datuk Adenan dengan mandat rakyat Sarawak mahukan Autonomi Untuk Sarawak dikembalikan semula.
Berikut merupakan kenyataan akhbar dari Pejabat Perdana Menteri Malaysia mengenai mesyuarat pada hari ini.
Semoga impian kita akan tercapai. Teruskan berusaha Kerajaan Negeri Sarawak.

Sunday, 3 July 2016

MESYUARAT AUTONOMI UNTUK SARAWAK DI PUTRAJAYA


HARI ini 4hb Julai 2016, seperti yang dijanjikan maka bermulalah perbincangan antara Kerajaan Negeri Sarawak dibawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Adenan dengan Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya seperti yang telah diwar-warkan melalui kenyataan akhbarnya pada 3 Julai 2016.
Tujuan perbincangan ini adalah untuk memperjelaskan lagi tentang pemindahan kuasa Kerajaan Sarawak dan Persekutuan.  Selain itu ianya juga berkenaan dengan satu persoalan pokok iaitu mengenai autonomi berdasarkan kepada Inter –Governmetal Committee (IGC) Reports and Recommendation, Perjanjian Penubuhan Malaysia 1963 dan juga Laporan Suruhanjaya Cobbold. 
Seperti yang kita maklum, perbincangan ini adalah kata kunci kepada segala perjuangan Autonomi Untuk Sarawak seperti yang rakyat Sarawak mahukan.  Dan menyemaksemula segala dokumen ini penting di dalam memastikan bahawa Persekutuan akan menghormati segala yang telah ditetapkan dan jangan hanya sembrono membuat sesuatu dengan membelakang Kerajaan Negeri Sarawak.