Friday, 9 August 2019

KOMPLEKS MUZIUM SARAWAK MERCU TANDA BAHARU SARAWAK




DENGAN kos sebanyak RM308 juta merupakan satu pelaburan yang amat bermakna kerana Sarawak sememangnya diketahui kaya dengan segala tradisi, budaya dan warisan yang pelbagai dari dahulu sehingga sekarang.  Malah Muzium lama Sarawak suatu ketika dahulu sejak di zaman Brooke merupakan muzium yang gah namanya serata dunia kerana artifak-artifak pamerannya adalah yang terbaik pernah ada.  Hari ini, Kompleks Muzium Sarawak telah diserahkan secara rasmi kepada Kerajaan Sarawak melalui Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Sarawak iaitu Yang Berbahagia Datuk Abdul Karim bin Hamzah yang juga ADUN Asajaya.  

Siapnya Kompleks Muzium Sarawak ini juga mencatat sejarahnya tersendiri kerana diiktiraf sebagai kompleks muzium terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara menjadikan ia adalah destinasi “wajib dikunjungi” bagi pelancong-pelancong dalam dan luar negara.  Menurut Datuk Abdul Karim ketika ucapannya menyatakan bahawa segala artifak yang dipamerkan di muzium ini kelak adalah yang terbaik dan “rare” pernah wujud di dunia yang melambangkan segala warisan pelbagai kaum di Sarawak yang sudah tentu akan menjadi kebanggaan setiap anak Sarawak.  

Pautan berita penuh:


Thursday, 8 August 2019

JAMBATAN PEHIN SRI ADENAN SATEM DIBERI NAMA






AKHIRNYA penantian rakyat di Long Lama yang selama ini bergantung kepada feri akhirnya terlaksana dengan siapnya jambatan Long Lama yang dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari tadi. Dan beliau dalam ucapan turut mengwar-warkan bahawasanya jambatan Long Lama yang merupakan aspirasi dan idea Tok Nan dinamakan JAMBATAN PEHIN SRI ADENAN SATEM.
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Jasa Allahyarham Tok Nan akan dikenang sepanjang zaman. 

Wednesday, 7 August 2019

KERAJAAN SARAWAK HANTAR WARIS KELUARGA TENTERA HILANG KE MALAYA


TANGGAL 19 Julai yang lalu kita mendapat perkhabaran akan kehilangan dua anggota tentera anak Sarawak yang berkhidmat di Batalion 4 Rejimen Renjer Diraja ketika mereka mengikuti satu operasi yang dikenali sebagai Ops Pejarak, Pulau Perak, Kedah. Operasi mencari dan menyelamat Lance Koperal Moses Logers dan Koperal David Edmund Rapi telah diusahakan sehinggalah baru-baru ini dikatakan operasi itu ditamatkan.

Dalam pada itu terselit cerita duka apabila pihak keluarga Moses dan David dikatakan tidak diberikan maklumat sebenar daripada pihak yang terlibat akan status terkini pencarian anggota keluarga mereka.  Bertindak daripada itu, kedua-dua keluarga telah tampil memohon rayuan agar rintihan mereka untuk mengetahui hal yang sebenarnya diperjelaskan.  

Hari ini, sedikit berita gembira apabila Kerajaan Sarawak dibawah kepimpinan Datuk Patinggi Dr Abang Abdul Rahman Zohari melalui Menteri Kebajikan Wanita, Keluarga, Pembangunan Kanak-kanak yakni Datuk Seri Fatimah Abdullah yang juga ADUN Dalat telah bersetuju untuk memberikan bantuan semampu yang boleh kepada keluarga kedua-dua mangsa yang hilang.  

Menurut kenyataan Datuk Seri Fatimah, Kerajaan Sarawak akan membantu melalui Unit Keselamatan Dalam Negeri Sarawak dan Rumah Sarawak di Kuala Lumpur.  Selepas perbincangan dengan Kementerian Pertahanan Malaysia baharulah mereka akan diterbangkan ke Langkawi dan seterusnya ke Pulau Perak dengan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak.  

Hakikatnya sebagai satu Kerajaan haruslah melindungi rakyatnya tidak kira walau dimana mereka berada. Kesedihan mereka yang di dalam musibah adalah kesedihan kita semua sebagai rakyat Sarawak. Kita sebagai rakyat bukannya mahukan satu kerajaan yang hanya memerlukan kita ketika pilihanraya sahaja sebaliknya juga membantu di saat suka duka seperti ini.  

Terima kasih Kerajaan Sarawak, KM Abang Johari dan DS Fatimah kerana mendengar rintihan kedua-dua keluarga ini.  Sama-samalah kita berdoa agar kesemua urusan keluarga-keluarga ini dipermudahkan.  

Pautan berita penuh:


#SarawakDiutamakan 

ELAUN KAUNSELOR DI SARAWAK WAJAR DINAIKKAN -DATO IDRIS BUANG-


RM300 begitulah angka elaun yang diterima oleh setiap kaunselor di majlis-majlis berkuasa tempatan di Sarawak.  Antara yang paling rendah pernah diterima oleh ahli-ahli majlis di Malaysia.  

Bagi Dato Idris Buang yang juga Ketua Penerangan PBB Sarawak dan ADUN Muara Tuang adalah perlu untuk Kerajaan Sarawak dibawah GPS melihat semula elaun kaunselor-kaunselor yang dilantik.  Ini kerana bidang tugas yang disandang oleh mereka adalah berat lebih-lebih lagi apabila berkata bidangkuasa majlis berkuasa tempatan yang semakin hari semakin banyak dan besar.  Bagi beliau elaun kaunselor di Sarawak mungkin boleh dipertimbangkan antara RM1,000 ke RM2,500 sebulan memandangkan negeri Selangor dan Pulau Pinang telahpun menaikkan elaun majlis berkuasa tempatan sejak mereka berkuasa di negeri-negeri tersebut.  

Untuk rekod, negeri Selangor dibawah PKR telah memberikan elaun kaunselor mereka sebanyak RM1,000 manakala Pulau Pinang dibawah DAP pula memperuntukkan RM4,000 sebulan untuk kaunselor-kaunselor mereka.  

Dato Idris Buang turut menyatakan tindakan MP Puncak Borneo iaitu YB Willie Mongin yang menyamakan bahawa pemberian elaun sebanyak RM300 kepada kaunselor-kaunselor di Sarawak adalah satu pembaziran sebenarnya adalah satu penghinaan kepada kesemua kaunselor-kaunselor yang selama ini berkhidmat untuk rakyat di kawasan majlis berkuasa tempatan masing-masing.  

Pautan berita penuh:


#SarawakDiutamakan 

PROJEK PEMBINAAN WATERFRONT MATU




INI merupakan status terkini projek pembinaan Waterfront Matu yang masih lagi di dalam kerja-kerja tanah. Menurut Dato Juanda Jaya yang juga merupakan ADUN Jemoreng, Waterfront Matu apabila siapnya kelak akan menjadi mercu tanda Matu yang baharu dan turut akan meransangkan lagi sosio ekonomi warga Matu dari segi pelancongan domestik.
Jangan pernah berkata bahawa Kerajaan Sarawak dibawah GPS hanya diam-diam sahaja. Hakikatnya kerajaan dibawah kepimpinan Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari lebih memilih berkhidmat untuk rakyat daripada menjadi "yb selebriti" di media massa dan media sosial.

Tuesday, 6 August 2019

TANGGUH PERJALANAN KE JAMMU DAN KASHMIR



BERIKUTAN perkembangan terkini yang berlaku di Jammu dan Kashmir, pihak Kementerian Luar Negeri Malaysia menasihatkan rakyat Malaysia untuk menangguhkan sebarang perjalanan yang tidak penting di kedua-dua wilayah tersebut.  

Pautan berita penuh:


Monday, 5 August 2019

SARAWAK BINA SENDIRI JALAN 12KM HUBUNG LIMBANG/BRUNEI


TATKALA Putrajaya bertindak tidak mahu meneruskan pembinaan jalan yang menghubungkan Limbang dan Brunei menerusi projek Pan Borneo Highway maka sudah tentu Limbang tidak akan mendapat limpahan ekonomi seperti yang dimahukan sebelumnya.  Bertindak daripada itu dan memahami betapa pentingnya kemajuan Limbang lebih-lebih lagi hubungkaitnya dengan negara jiran iaitu Brunei Darussalam, Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Johari mengwar-warkan Kerajaan Sarawak akan membina sendiri jalan penghubung Limbang/Brunei melalui Jambatan Limbang yang mana jaraknya sepanjang 12 km.

Menurut Ketua Menteri Sarawak cadangan pembinaan itu telahpun dipersembahkan kepada Paduka Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah ketika kunjungannya ke Brunei baru-baru ini dan baginda telahpun memberikan sokongan penuh untuk projek tersebut.   

Pautan berita penuh:


Begitulah hendaknya di dalam kita memperkatakan pembangunan Sarawak, tiada satu pun wilayahnya yang harus disisihkan.  Hanya pemerintahan daripada parti Sarawak sendiri yang mengenal kehendak dan aspirasi rakyat dan bukannya parti daripada Malaya yang mana pemimpinnya hanya mendatangi Sarawak sehari dua.  Malah pemimpin PH dari Sarawak yang sedia ada di dalam kabinet Persekutuan pun hanya mampu menjadi “Ya Tuan” sahaja.  


#SarawakDiutamakan