Sunday, 31 December 2017

ANAK SARAWAK MENEMPA NAMA DI PERSADA DUNIA









MENDENGAR nama "Burj Khalifa" iaitu satu bangunan yang cukup cantik dan unik akan mampu membuat kits terbuai memikirkannya. Lebih-lebih lagi apabila berkata tentang sambutan menyambut tahun baru yang sememangnya sentiasa menyajikan pertunjukkan yang gah sekali.

Dan untuk persembahan "Light Up 2018" bagi Burj Khalifa awal pagi tadi mungkin ramai tidak mengetahui bahawa ada 17 orang anak Sarawak adalah mereka yang menjadi pendokong kuat kejayaannya. Hasil kreativiti dan kerja keras mereka di belakang tabir telah memungkinkan "Light Up 2018" mendapat pengiktirafan Guiness World Record iaitu melalui "100 rope access technician working on 1 building with 850 meter". Mereka adalah sebahagian dari pakar-pakar yang didatangkan dari Hungary, India, Nepal, Bangladesh, Philipine, Germany, England dan Lebanon.

Berikut senarai nama nama hero-hero Sarawak yang terlibat adalah:

1.  Muhd Nadzrie Asyari
2.  Lewis Cisspher
3.  Mohd Avie Azrine
4.  Oliver Spencer
5.  Glen Clark
6.  Vision Wan Jemat
7.  Sebastian Martin
8.  Dickson Marten
9.  Steward Paren
10. Fedrick Banta
11. Mangga
12. Bandang Seliong
13. Johny Seman
14. Jenry Talit
15. Kristianhasz Kalang
16. Lim Chin Wen
17. Billson

Syabas dan tahniah anak Sarawak. Kamek bangga dengan kitak urang semua!

WELCOME 2018



WISHING you A New Year Filled With New Hope, New Joy And New Beginnings.

Happy New Year Everyone!

Tuesday, 26 December 2017

KENYATAAN MEDIA PENGERUSI NIOSH INSIDEN DI KUCHING




KENYATAAN MEDIA TAN SRI LEE LAM THYE MENGENAI INSIDEN JATUH LUBANG DISELENGGARA DI KUCHING

26 Dis, 2017

Pemaju dan kontraktor mesti melaksanakan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) yang terbaik di tapak pembinaan dan kawasan kerja bagi mengelakkan kemalangan yang melibatkan pekerja dan orang awam.

Antara lain, mereka perlu mengguna pakai konsep pengenalpastian bahaya, penilaian risiko dan kawalan risiko (HIRARC) yang dapat membantu pekerja dan penyelia mereka untuk mengenal pasti bahaya dan risiko dan mencari cara untuk mengelakkannya.

Insiden terbaru berlaku di Padang Merdeka, Kuching pagi tadi apabila seorang lelaki maut setelah motosikal yang ditunggangnya terjunam ke dalam lubang sistem saliran dan perparitan yang sedang diselenggara.

Kontraktor terbabit perlu meletakkan papan tanda amaran yang jelas di lokasi strategik manakala penghadang yang sesuai perlu diletakkan bagi mengelakkan kenderaan memasuki kawasan berisiko tinggi.

Penghadang konkrit perlu dipasang di kawasan kerja terbabit jika projek berkaitan memerlukan masa yang agak lama untuk diselesaikan.

Pihak berkuasa terbabit pula perlu melaksanakan audit keselamatan bagi memastikan kawasan kerja atau tapak pembinaan tersebut tidak mendatangkan bahaya kepada pekerja dan orang ramai. 

Kita perlu ingat setiap kali berlakunya kemalangan yang membawa kepada kecederaan atau kematian, tragedi tersebut akan turut memberi kesan kepada keluarga mangsa yang terlibat.

Walaupun pihak kerajaan menguatkuasakan undang-undang, tanggungjawab untuk melaksanakan sistem keselamatan di tapak pembinaan sebenarnya terletak di bahu kontraktor dan subkontraktor.

Mereka yang menghasilkan risiko dan bahaya berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menguruskan masalah tersebut.

Oleh itu, kontraktor mestilah bertanggungjawab untuk memastikan tempat kerja mereka sentiasa selamat dan sihat.

TAN SRI LEE LAM THYE 
Pengerusi
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)

TERJUNAM KE DALAM LUBANG SELENGGARAAN




SEORANG penunggang motosikal terbabit di dalam satu kemalangan kendiri pagi ini yang mana menyaksikan mangsa telah terbabas terjunam ke dalam satu lubang yang sedang di dalam pembaikan di kawasan Merdeka Palace, Kuching. Sejurus laporan diterima, pihak Bomba dari cawangan Padungan bergegas ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa. Difahamkan mangsa yang dikenali sebagai Dina Dzulkarnain bin Asan berusia 29 tahun sudahpun meninggal dunia apabila ditemui.
Salam takziah dan peringatan untuk semua agar berhati-hati di jalanraya.

Sunday, 24 December 2017

2017 CHRISTMAS GREETING


MAY this festive season sparkle and shine, may all of your wishes and dreams come true and may you feel this happiness all year round. Merry Christmas everyone! 

Saturday, 23 December 2017

ANAK SARAWAK PEMAIN BOLASEPAK WANITA TERBAIK MALAYSIA 2017


DI dalam kesuraman dunia bolasepak Sarawak muncul pula satu cerita yang boleh membanggakan kita semua sebagai peminat sukan no. 1 di Malaysia apabila semalam bertempat di sebuah hotel terkemuka di kota Kuala Lumpur, seorang anak Sarawak yang juga pemain bolasepak kebangsaan telah dinobatkan sebagai pemain bolasepak wanita terbaik Malaysia untuk tahun 2017.  

Anak Sarawak yang dimaksudkan adalah Siti Rohani binti Sabtu iaitu seorang anak Kedayan yang berasal dari Sibuti, Miri.  Pemilihan beliau sekaligus berjaya mengangkat nama Sarawak di arena bolasepak Malaysia dan menjadi satu contoh untuk wanita Sarawak menceburi bidang sukan ini dengan lebih aktif lagi.  

Tahniah dan syabas Siti Rohani binti Sabtu.  


Monday, 11 December 2017

BANDARAYA KUCHING PERTAMA DI MALAYSIA GUNA BAS HIDROGEN


KENDERAAN mesra alam sememangnya menjadi trend masakini ditambahlagi bukan satu cerita biasa apabila kelak simpanan minyak di seluruh dunia mulai berkurangan.  Sejajar dengan itu juga, Sarawak menerusi Sarawak Energy Berhad (SEB) telahpun memulakan program penyelidikan hidrogen bagi membuat sebarang kajian mengenainya.  
Dan ketika merasmikan penutupan Program Retreat Ketua Jabatan Negeri dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri semalam, Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari mengwar-warkan bahawa Bandaraya Kuching merupakan bandaraya pertama di Malaysia yang akan menggunakan perkhidmatan bas berkuasa hidrogen menjelang Julai 2018.  Tiga buah bas tersebut sudahpun ditempah dari sebuah syarikat di negara China baru-baru ini.  
Selain itu, KM Abang Jo turut menyatakan bahawa cadangan LRT yang akan dibina di Kuching, Serian, Samarahan dan Damai kelak turut menggunakan kuasa hidrogen sekaligus menggambarkan bahawa Sarawak sentiasa dihadapan apabila berkata mengenai menyayangi alam sekitar.