Monday, 5 August 2019

STATUS PROJEK PEMBINAAN JALAN AKSES KAWASAN SELATAN KIA, KUCHING SARAWAK






SEMALAM menyaksikan MP Kota Sentosa, YB Chong Chieng Jen mengadakan sidang media berkenaan isu pembinaan jalan akses kawasan selatan Lapangan Terbang Kuching yang beliau dakwa wang peruntukan sudahpun disediakan tetapi pihak Jabatan Kerjaraya Sarawak sengaja melambat-lambatkan pembinaan projek jalan tersebut.

Pautan berita penuh seperti berikut:

https://www.utusanborneo.com.my/2019/08/04/segerakan-pembinaan-jalan-akses-hubungkan-stutong-baru-kota-sentosa?fbclid=IwAR0bqhUaik3y_5BkwZxO08q4yTcUCLbo_kQX9wHaCZr8hI0-xJzk-oxycok

Mungkin Chong yang lebih selesa untuk menjadi “YB selebriti” dengan mengadakan sidang media sahaja biarpun hakikatnya beliau sebagai ahli yang berhormat kawasan boleh sahaja untuk menulis atau pergi sendiri ke Jabatan Kerjaraya untuk memohon pihak yang bertanggungjawab memberikan status dan penerangan terkini mengenai perkara tersebut.  Namun demi mengejar populariti itu penting ditambahlagi untuk menunjukkan bahawa sentiasa ada kepincangan agar rakyat menyebelahi beliau maka perangai pembangkang walau sudah menjadi pemerintah masih lagi membelenggu kuartet PH Sarawak.  

Dan pada hari ini, satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Jabatan Kerjaraya Sarawak akan status pembinaan jalan tersebut dan ianya seperti berikut:

===============

KENYATAAN MEDIA

Projek Pembinaan Jalan Akses ke Kawasan Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak

Merujuk kepada pertanyaan DAP Sarawak yang dikeluarkan oleh Dayakdaily.com / Utusan Borneo pada 4 Ogos 2019 mengenai status Projek Pembinaan Jalan Akses ke Kawasan Selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak.

Projek ini merupakan projek baru yang telah diluluskan di bawah Rolling Plan 3, Rancangan Malaysia ke 11 (RP3 RMKe -11). Memandangkan cadangan jajaran jalan terdahulu itu melibatkan pengambilan unit kediaman yang banyak, rezab jalan yang sempit, jajaran jalan yang berselekoh tajam, pengalihan utiliti yang banyak, kos pampasan tanah yang tinggi, struktur rintangan tanah yang mahal, gangguan kepada traffik sedia ada, maka satu jajaran baru telah dicadangkan.

Tapak untuk jajaran baru ini telah diluluskan oleh Sarawak State Planning Authority dan kemudiannya disetujui oleh Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) pada bulan Mei 2019 dengan syarat kos projek tidak melebihi siling yang telah diluluskan oleh Ministry of Economic Affair Malaysia (MEA) sebelum ini.

Jajaran baru ini akan melibatkan 2 seksyen. Seksyen utama adalah untuk menyambungkan kawasan Stutong dengan kawasan Muara Tuang bagi menyuraikan kesesakan taffik di antara Kuching dan Samarahan. Seksyen utama ini akan dibina kepada JKR U5 Standard dengan panjangnya kira-kira 6.5km. Dalam seksyen utama ini, dua jambatan konkrit akan dibina untuk merentasi Sungai Stampin dan Sungai Kuap.

Seksyen kedua adalah untuk menyambungkan Seksyen utama dengan kawasan Sungai Tapang bagi menyuraikan kesesakan traffik di antara Kuching dan kawasan Sg. Tapang, kawasan Batu 7 serta Kota Sentosa. Seksyen kedua ini juga akan dibina kepada JKR U5 Standard dengan panjangnya kira-kira 1.3km. Dalam seksyen ini, satu jambatan konkrit akan dibina merentasi Sungai Sangkoh.

Dengan siling projek sebanyak RM129.7 juta, kedua-dua seksyen jalan ini akan dibina dengan 2 lorong 2 hala dan sebahagian seksyen akan dibina dengan 4 lorong 2 hala. Pada masa ini, pihak JKR Sarawak sedang menjalankan kajian Impak Alam Sekitar dan kerja-kerja ukur tanah di sepanjang jajaran jalan ini. Manakala proses perolehan perkhidmatan perunding untuk rekabentuk terperinci sedang dijalankan secara tender terbuka. Selain itu, Value Assessment Lab (VA) untuk memuktamadkan skop dan kos projek ini bersama-sama dengan MEA juga telah dijadualkan pada bulan September ini. Bergantung kepada keputusan VA dan kelulusan MEA nanti, rekabentuk terperinci akan dapat dimulakan.

Peruntukan tahun 2019 akan diguna pakai untuk melaksanakan kerja-kerja awalan, rekabentuk dan pampasan tanah. Kami menjangkakan pembinaan jalan ini akan bermula dalam tahun 2020 mengambil masa selama 2 tahun dan akan disiapkan dalam tahun 2022.

-TAMAT-

CORPORATE COMMUNICATION BRANCH
JABATAN KERJA RAYA SARAWAK
IBU PEJABAT, JABATAN KERJA RAYA SARAWAK
WISMA SABERKAS, 93582 KUCHING


Tarikh : 05 Ogos 2019

===========

Seperti kata-kata yang sering diucapkan oleh penyokong-penyokong PH yakni “hari ini kahwin, tak akan esok dah beranak-pinak” maka terma itu juga seharusnya Chong dan penyokong mereka harus faham apabila berkata mengenai pelan perancangan sesuatu projek.  Bukanlah semudah kita melafazkan janji manifesto yang kemudiannya membuat pusingan “U” atau “V” yang akhirnya memakan diri sendiri.  Setiap projek infrastruktur haruslah dikaji dengan sebaik mungkin sebelum mula membuat rekabentuk dan spesifikasi.  


#SarawakDiutamakan  

Sunday, 4 August 2019

ABG JO LEBIH DAHULU MAKAN GARAM POLITIK DARIPADA KAMU, DESMOND KHO! -DATO IDRIS BUANG-


TINDAKAN Desmond Kho yang mengkritik KM Abang Johari yang takut mahu mengadakan pilihanraya majlis berkuasa tempatan diselar oleh Ketua Penerangan PBB Sarawak iaitu Dato Idris Buang yang juga ADUN Muara Tuang.  Menurut beliau sebelum Kho berhak untuk mengkritik kepimpinan dan keputusan DP Abang Jo sepatutnya beliau mengkritik dahulu kepimpinan PH yang sudah hampir setahun lebih memerintah tetapi masih gagal menunaikan janji manifesto mereka.  Malah banyak kenyataan PH sendiri yang sentiasa membuat pusingan U menunjukkan kegagalan mereka sebagai sebuah kerajaan yang memerintah.  

Dato Idris juga berkata bahawa apa yang KM Abang Jo lakukan adalah agar GPS berkhidmat untuk rakyat dengan terus menabur bakti demi kesejahteraan rakyat Sarawak dan bukannya berpenat lelah dengan isu-isu pilihanraya lagi.  Cukup-cukuplah berpolitik dengan rakyat Sarawak terpaksa menghadapi dua pilihanraya iaitu Pilihanraya Umum dan Pilihanraya Negeri dan kemudian hendak menambahlagi dengan pilihanraya kerajaan tempatan.  Lebih baik masa dan kewangan yang ada digunakan untuk berkhidmat dan mengatur pembangunan seperti yang rakyat Sarawak mahukan.   

Politik matang KM Abang Jo yang mempertahankan autonomi Sarawak melalui majlis berkuasa tempatan adalah mengikut apa yang dijanjikan kepada rakyat Sarawak dan bukannya seperti PH Sarawak yang mengikut telunjuk sahaja tanpa mempertahankan hak rakyat Sarawak daripada ditelan oleh Persekutuan.  Desmond Kho diminta untuk cermin dahulu diri sendiri sebelum mula mengkritik kerana yang dikritik lebih dahulu makan garam politik daripada dirinya.  


Pautan berita penuh:


-RP-

#SarawakDiutamakan 

SELAMAT HARIJADI KM ABANG JO


SELAMAT ulangtahun kelahiran yang ke 69 tahun diucapkan kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Openg. Didoakan agar terus dikurniakan kesihatan yang baik di dalam mentadbir Kerajaan Sarawak. Ceria dan bahagia selalu disamping keluarga yang tersayang.
Sebagai rakyat jelata Sarawak, didoakan agar KM Abang Jo akan terus tegas dan tidak pernah goyah menuntut hak dan mempertahankan autonomi Sarawak.

SARAWAK SUDAH SERAH RM350 JUTA SEKARANG LAKSANAKAN JANGAN BERBOHONG -KM ABG JO-


ISU sekolah-sekolah daif adalah yang paling tular diperkatakan sekarang malah kecenderungan Persekutuan yang cuba mempolitikkannya biarpun hakikatnya itu adalah bidang kuasa persekutuan selama ini.  Dan baru-baru ini kenyataan Lim Guan Eng yang menuntut Sarawak membayar hutang sebanyak RM350 juta daripada jumlah RM1 bilion bayaran timbal balik serupa “ah long” diselar oleh rakyat Sarawak sendiri.  

Dan hari ini, Ketua Menteri Sarawak yakni Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Johari menjelaskan kepada rakyat melalui ucapannya ketika Pelancaran GPS Zon 2 di Dewan Masyarakat Semeba, Batu Kitang bahawasanya SARAWAK SUDAHPUN MENJELASKAN DUIT RM350 JUTA untuk membaikpulih sekolah-sekolah daif di Sarawak seperti yang dipinta.  Dan beliau tegas berkata bahawa tatkala ianya sudah diberikan, PERSEKUTUAN HARUS SEGERA MELAKSANAKANNYA DAN JANGAN MENJADI PEMBOHONG.

Jika diikutkan sememangnya wajar KM Abang Jo berkata sedemikian kerana kita al-maklum betapa Kerajaan yang memerintah sekarang terlalu banyak pusingan U nya sehingga boleh tersesat di dalam bulatan.


Pautan berita penuh seperti berikut:


#SarawakDiutamakan 

PH SARAWAK, DASAR LIDAH BERCABANG!


TATKALA Kerajaan Sarawak menolak untuk Putrajaya mengambilalih kuasa “kerajaan tempatan” bagi membuat penyeragaman agar boleh diadakan satu pilihanraya kerajaan tempatan maka bergemalah suara sumbang daripada PH Sarawak yang sebenarnya menunjukkan kedangkalan mereka mengenai apa yang dimaksudkan autonomi itu sendiri.  Sudah terang lagi bersuluh, kuasa kerajaan tempatan adalah termaktub di dalam kuasa autonomi Sarawak yang mana menyaksikan Sarawak melalui GPS tidak akan menyerahkannya sewenang-wenangnya kepada Putrajaya.  

DAP Sarawak tanpa segan silu pula cuba mengadu domba rakyat Sarawak bahawasanya tindakan GPS itu adalah sengaja dilakukan kerana konon-kononnya GPS takut kehilangan kuasa.  Ini dinyatakan oleh pembantu kepada Chong Chieng Jen yakni Julian Tan.

Pautan adalah seperti berikut:

https://dayakdaily.com/tan-claims-gps-refuses-local-govt-election-to-maintain-power/

Dan apabila bercerita mengenai hal ini mungkin DAP Sarawak sudah lupa ingatan bagaimana Jeneral mereka yang sekarang adalah Perdana Menteri Malaysia pernah mengutarakan bagaimana pilihanraya kerajaan tempatan itu adalah tidak bagus untuk keharmonian negara.  

Pautan adalah seperti berikut:


Dan ingin juga bertanya kepada DAP Sarawak mengapa Sarawak dipaksa untuk menerima satu pilihanraya majlis berkuasa tempatan sedangkan negeri-negeri yang diperintah oleh DAP seperti Pulau Pinang mahupun PKR di Selangor TIDAK PERNAH atau GAGAL untuk mengadakan pilihanraya majlis berkuasa tempatan sejak mereka berkuasa dari dahulu sehingga sekarang.

Selain itu PKR Sarawak turut sentap berkenaan pemilihan kaunselor bagi majlis berkuasa tempatan baru-baru ini.  Menurut YB Willie Mongin, Ahli Parlimen Puncak Borneo mengatakan bahawa elaun kaunselor sebanyak RM300 sebulan adalah satu pembaziran dan penyalahgunaan kuasa kerana menggunakan wang rakyat.  

Pautan adalah seperti berikut:

https://www.theborneopost.com/2019/08/04/willie-rm300-allowance-an-apparent-abuse-of-power/

Jika diikutkan Sarawak hanya memberikan elaun terendah sahaja di dalam banyak negeri di Malaysia berbanding negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Harapan sendiri.  Contoh terdekat adalah bagaimana Selangor yang ditadbir oleh Parti Keadilan Rakyat telah menaikkan elaun kaunselor daripada RM500 ke RM750 berkuatkuasa serta merta pada tahun 2018 sehingga sekarang. 


 Dan untuk Pulau Pinang dibawah DAP pula elaun untuk kaunselor lantikan mereka adalah sebanyak RM4,000 sebulan termasuk elaun mesyuarat RM1,200 dan telefon sebanyak RM300.

Jadi adakah YB Willie turut mengatakan bahawa Kerajaan Selangor mamelalui Parti Keadilan Rakyat Selangor dan Pulau Pinang melalui DAP telah membazirkan wang dan penyalahgunaan kuasa di Selangor dan Pulau Pinang sepertimana dia mendakwa GPS!!

Pautan adalah seperti berikut:

https://www.thestar.com.my/news/community/2008/08/14/pay-rise-for-selangor-councillors/

https://www.nst.com.my/news/nation/2018/06/384728/penang-appoints-48-individuals-fill-mbpp-mpsp-councillor-posts

Begitulah cara orang-orang politik PH Sarawak yang sering memutarbelit kenyataan mereka atas nama menarik perhatian rakyat Sarawak bahawa merekalah sebenarnya yang berjuang untuk rakyat Sarawak.  Namun hakikatnya apa yang keluar dari mulut mereka langsung tidak menunjukkan apa yang di dalam gabungan mereka iaitu Pakatan Harapan di Malaya buat. Asal Sarawak sahaja pelbagai cerca yang dilontarkan tetapi bila kawan sekapal, SUCI MURNI LAKSANA EMBUN PAGI.  

Bidalan lama pernah berkias yakni berhati-hati menepuk air didulang,jangan sampai air terpercik ke muka sendiri! KALAU HENDAK ADIL, BIAR MENYELURUH. JANGAN SESEKALI PILIH BULU! CAKAP TAK SERUPA BIKIN!!!

#SarawakDiutamakan 

Friday, 2 August 2019

RESPON DARI MP BATANG SADONG



RESPON TERHADAP KENYATAAN YANG AMAT BERHORMAT DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG, KETUA MENTERI SARAWAK MENGENAI GPS AKAN BERPERANG HABIS-HABISAN.

Sebagai anak Sarawak kita harus mempertahankan tanah tumpah darah kita demi masa depan anak Sarawak. Kita sedar menteri-menteri Kerajaan pusat, termasuk menteri dan Timbalan menteri berasal dari Sarawak bersepakat hendak mengambil tampok kepimpinan negeri.

Beberapa kenyataan telah dibuat oleh menteri Kerajaan Pusat telah melangkaui undang-undang dan perlembagaan persekutuan sehingga mahu kerajaan tempatan diselaraskan seperti di Malaya dan tanah untuk membina kemudahan di bawah agensi kerajaan pusat hendaklah mengikut telunjuk mereka. Kita sudah saksikan bagaimana autonomi imigresen kita dipersoalkan oleh Ahli Parlimen bertaraf Menteri Besar di Malaya.

Bagaimana Timbalan Menteri asal Sarawak menjanjikan pelbagai macam apabila menang tetapi habuk pun tak ada. Malah, bersongkol dengan Malaya untuk meminda RUU Perlembagaan Persekutuan Art1(2) tanpa konsultasi dengan Sarawak.

Ini hanyalah beberapa contoh sahaja sudah cukup menunjukkan apabila berada dalam kerajaan sudah tutup mulut dengan 'Double-sided tape'. Sebab itu sebagai anak Sarawak, saya akan berhabis-habisan mempertahankan kerajaan Sarawak.

Kita tidak mahu Pilihanraya negeri diambil oleh mereka kerana hasutan dan fitnah. Tengok apa berlaku sekarang setelah PRU ke-14. Bermacam-macam fitnah ditimbulkan terhadap kami dahulu dan sekarang digunakan di negeri.

Kita hanya ada peluang ini untuk mempertahankan Sarawak daripada kerakusan mereka yang membuat pertuduhan kepada pemimpin kita hanya untuk mengambil kuasa politik dari anak jati Sarawak.

Kami GPS tidak akan membiarkan ini berlaku. Selagi kami hidup, selagi itu kami berjuang. Agik idup agik ngelaban.

AHLI PARLIMEN P. 200 BATANG SADONG
DATO' SRI HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI 
2 OGOS 2019

CUKAI KE LUAR NEGARA BERMULA 1 SEPTEMBER INI


MAKA bersorak gembiralah para pengundi Pakatan Harapan apabila hari ini Kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa mana-mana individu yang hendak ke luar negara akan dikenakan cukai levi antara RM8 ke RM150 mengikut destinasi yang ditujui dan kelas penerbangan.  

Cukai baru ini digazetkan pada 31 Julai 2019 oleh Kerajaan Malaysia melalui Menteri Kewangan, Lim Guang Eng.  

Hapus SATU TAMBAH lagi TUJUH CUKAI baharu setakat ini. 


Pautan berita penuh: