Monday, 2 May 2016

PENGUNDIAN AWAL PRN SARAWAK 2016


SUASANA pengundian awal (Undi Pos) di DUN N16 Muara Tuang iaitu di IPD Kota Samarahan. Menurut petugas sekitar jam 11 pagi hampir 95% pengundi pos sudahpun menunaikan tanggungjawab mereka. Di IPD Samarahan ini mempunyai 124 pengundi pos berdaftar.

Sunday, 1 May 2016

KOMITMEN PETRONAS

PETRONAS merupakan pemain penggalian industri minyak yang paling utama di Sarawak. Walaupun perbincangan masih lagi berjalan antara pihak Petronas dan Sarawak mengenai pertambahan royalti minyak, telah ada beberapa komitmen yang telah dimeterai antara kedua-duanya.

Bagi memberikan ruang kepada kontraktor-kontraktor anak Sarawak untuk melibatkan diri maka kontrak-kontrak yang dikhaskan untuk syarikat Sarawak telah diperuntukkan sebanyak RM2.1 billion setiap tahun.

Selain daripada itu, Petronas juga turut membantu rakyat Sarawak secara langsung dengan memperkasakan tanggungjawab sosial korporat iaitu sebanyak RM10 juta setahun.

Dan bagi memberi sokongan kepada Sarawak untuk menjadi negeri industri, Petronas juga turut menyediakan dana pendidikan dan latihan teknikal bagi anak Sarawak yang berjumlah RM420 juta untuk 5 tahun.

SOKONGAN KERAJAAN PADA SEKOLAH PERSENDIRIAN CINA

JIKA dahulunya sekolah persendirian Cina seringkali tidak mendapat perhatian daripada kerajaan namun dibawah pimpinan Datuk Adenan yang mula memegang tampuk pemerintahan dari tahun 2014 - 2016 telah memberi geran sebanyak RM12 juta.
Dan ditambahlagi, Kerajaan Datuk Adenan juga turut mengiktiraf UEC yang membenarkan mana-mana mereka yang mempunyai kelayakan UEC untuk mendapat biasiswa Yayasan Sarawak dan juga boleh memohon mana-mana jawatan yang setaraf di dalam perkhidmatan awam Kerajaan Negeri Sarawak.


Thursday, 28 April 2016

ANAK SARAWAK


“ TIADA siapa yang boleh digelar kaum pendatang. Sarawak ini cukup luas untuk didiami oleh semua Orang Sarawak.” - Datuk Adenan Satem -

Itulah antara ucapan Datuk Adenan apabila berkata tentang betapa beliau menghargai sumbangan kaum Cina di Sarawak.  Beliau menginginkan semua rakyat Sarawak tanpa mengira bangsa dan agama bersatu dibawah satu bendera Sarawak.  

Selain itu, jika selama ini ada sesetengah kaum digelar lain-lain di dalam borang-borang rasmi kerajaan telah dimansuhkan.  Satu langkah tepat kerana sememangnya tiada bangsa lain-lain wujud di dunia ini. 

Bukan itu sahaja, beliau juga dengan lantangnya memberi amaran kepada Putrajaya untuk tidak sewenang-wenangnya mengklasifikasikan bumiputera Sarawak diklasifikasikan sebagai Melayu walaupun sudah memeluk Islam.  Satu hal yang wajar dipuji kerana agama itu boleh ditukar tetapi bangsa itu tidak boleh ditukar.  Begitu juga hubungan kekeluargaan kerana agama tidak boleh memutuskan hubungan silaturrahim yang ada. 

Sejak dari awal beliau mengambilalih pucuk pimpinan beliau sudah menunjukkan ketegasannya apabila berbicara mengenai pendatang asing tanpa izin. Pihak imigresen yang bertanggungjawab ke atas hal ini mendapat teguran daripada beliau secara langsung.  

Tuesday, 26 April 2016

AYAM DAGING VS AYAM SABONG

RAMAI yang ralat apabila berbicara mengapa dan kenapa tidak dipilih sahaja anak tempatan untuk menjadi calon di PRN Sarawak ke-11 ini. Sebaliknya mengapa harus diletakkan calon “import” pula. Inilah cakap-cakap politik yang menghiasi cerita PRN Sarawak pada kali ini.

Tanpa kita sedari sebenarnya Datuk Adenan mempunyai alasan beliau sendiri mengapa strateginya dibuat sebegitu rupa. Kebiasaannya yang menjadi calon “Adenan Team” pada kali ini menampilkan ramai calon-calon yang terkenal dengan suara-suara lantang mereka. Yang mampu mengeluarkan hujah dengan fakta bagi menepis segala tuduhan dan bukannya yang hanya diam membisu bahasa walau disepak, diterajang, ditekan, mahupun dipulas telinga di ketika mesyuarat Dewan Undangan berlangsung.

Kriteria calon seperti ini penting kerana merekalah soldadu yang akan menjadi perisai pada setiap misi dan visi kerajaan kerana umum mengetahui angin politik di Sarawak tidak seperti dahulu lagi. Banyak fakta-fakta dimanipulasi oleh pembangkang dan hanya mereka yang berkebolehan mampu membuat yang lain diam seribu bahasa.

Usah dirisau tentang hal pembangunan kerana kebiasaannya calon yang bersuara lantang ini juga adalah mereka yang betul-betul berkhidmat untuk kawasannya. Tiada cacat celanya calon “import” kerana mereka yang dipilih sebenarnya secara tidak langsung juga sudah biasa dengan suasana politik dimana mereka diletakkan.

Inilah antara intipati ucapan oleh Datuk Amar Haji Awang Asfia Awang Nassar, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak ketika merasmikan Perjumpaan Kakitangan KEMAS N16 Muara Tuang bersama pemimpin di Dewan Suarah Kota Samarahan semalam. "Ayam daging sudah lumrahnya biar gemuk tetapi tidak akan mampu melawan berbanding dengan ayam sabong yang pantang dicabar dan akan terus berjuang ditengah gelanggang." -RP-

Monday, 25 April 2016

PEMANSUHAN DAN PENGURANGAN CAJ


MEMAHAMI bebanan rakyat yang terpaksa menghadapi kos sarahidup yang semakin tinggi, kerajaan pimpinan Datuk Adenan telah mengambil beberapa langkah-langkah drastik iaitu dengan membuat pemansuhan dan pengurangan beberapa caj.

TRANSFORMASI LUAR BANDAR


SARAWAK merupakan negeri terbesar di Malaysia dengan keluasannya 124,449 km persegi.  Jumlah populasinya pula (statistik 2010) adalah seramai 2.5 juta orang penduduk.  Dan dari pecahan statistiknya pula menunjukkan 54% merupakan penduduk bandar dan selebihnya adalah penduduk luar bandar. 
Bagi mendekatkan jurang pembangunan antara kawasan luar bandar dan bandar maka satu polisi telah diwujudkan dan ianya merupakan satu komitment yang berterusan daripada kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Datuk Adenan.