Thursday 28 April 2016

ANAK SARAWAK


“ TIADA siapa yang boleh digelar kaum pendatang. Sarawak ini cukup luas untuk didiami oleh semua Orang Sarawak.” - Datuk Adenan Satem -

Itulah antara ucapan Datuk Adenan apabila berkata tentang betapa beliau menghargai sumbangan kaum Cina di Sarawak.  Beliau menginginkan semua rakyat Sarawak tanpa mengira bangsa dan agama bersatu dibawah satu bendera Sarawak.  

Selain itu, jika selama ini ada sesetengah kaum digelar lain-lain di dalam borang-borang rasmi kerajaan telah dimansuhkan.  Satu langkah tepat kerana sememangnya tiada bangsa lain-lain wujud di dunia ini. 

Bukan itu sahaja, beliau juga dengan lantangnya memberi amaran kepada Putrajaya untuk tidak sewenang-wenangnya mengklasifikasikan bumiputera Sarawak diklasifikasikan sebagai Melayu walaupun sudah memeluk Islam.  Satu hal yang wajar dipuji kerana agama itu boleh ditukar tetapi bangsa itu tidak boleh ditukar.  Begitu juga hubungan kekeluargaan kerana agama tidak boleh memutuskan hubungan silaturrahim yang ada. 

Sejak dari awal beliau mengambilalih pucuk pimpinan beliau sudah menunjukkan ketegasannya apabila berbicara mengenai pendatang asing tanpa izin. Pihak imigresen yang bertanggungjawab ke atas hal ini mendapat teguran daripada beliau secara langsung.  

No comments:

Post a Comment