MENJELANG tengahmalam tadi tanggal 22 Disember 2018, kita dikejutkan dengan berita duka nun di kawasan pantai sekitar Selat Sunda yang mana menyaksikan rakyat Indonesia di sana dilanda tragedi tsunami. Menurut berita mutakhir yang diwar-warkan sehingga jam 12.00 tengahari tadi dipercayai lebih daripada 60 orang terkorban sementara lebih dari 500 orang mengalami kecederaan sementara banyak yang rosak.
Pakar geografi Indonesia menyatakan bahawa tsunami tanpa “alarm” yang melanda Selat Sunda malam tadi adalah dipercayai berpunca daripada letusan awal gunung berapi Anak Krakatau yang ada di Selat Sunda.
Menurut sejarah, Gunung Krakatau adalah antara gunung berapi yang pernah meletus di Selat Sunda iaitu tanggal 26 Ogos 1883. Bencana letusan Krakatau telah mengorbankan hampir 36,000 orang pada waktu itu. Biarpun gunung berapi Krakatau telah musnah namun masih ada lagi gunung-gunung berapi kecil yang masih aktif seperti gunung berapi Anak Krakatau.
No comments:
Post a Comment