Sunday, 17 April 2016

PAKATAN “BEBAS” BARISAN MALAYSIA

SUDAH jadi kebiasaan apabila musim pilihanraya maka ramailah yang tampil ingin menjadi alternatif untuk pengundi membuat pilihan.  Baru-baru ini timbul pula satu pakatan daripada individu-individu yang menggelar diri mereka Pakatan Bebas atau Barisan Malaysia. 

Diceritakan mereka bersedia untuk bertanding di 45 kerusi yang majoritinya bumiputera.  Yang lebih menyeronokkan adalah Ketua Barisan Malaysia ini iaitu Affendi Jeman.  Siapa tidak kenal individu ini yang gah dirinya sebagai Penaja UMNO Sarawak yang tidak pernah beralah untuk membawa UMNO masuk ke Sarawak suatu waktu dahulu. 

Jika dilihat kepada nama dan baju yang digunakan seperti yang ditunjukkan di teaser artikel sumber daripada Borneo Post sewaktu sidang media mereka di Merdeka Palace sudah almaklum seolah-olah merujuk kepada parti mana. 

Jadi janganlah terpengaruh dengan semua agenda ini semua kerana nanti keluar mulut buaya masuk pula ke mulut naga. 

PROJEK PEMBINAAN JAMBATAN KATIBAS, SONG




PROJEK pembinaan jambatan Katibas di Song merupakan salah satu projek yang dirancang bagi membina Jalan Kanowit-Song-Kapit.  Dengan kos sebanyak yang dianggarkan RM71 juta apabila siap kelak ianya akan menghubungkan jalan sepanjang 5.4 kilomenter iaitu bermula dari Jalan Takan hingga ke Sungai Embau. 
Dikatakan projek ini baru sahaja mencecah 40% siapnya dan kerja-kerja untuk pembinaan sudahpun bermula dan memerlukan 30 bulan lagi untuk siap sepenuhnya.  Sebelum itu Fasa 1 Jalan Kanowit-Song-Kapit iaitu jalanraya yang menghubungkan Kanowit dan Song sepanjang 7 kilometer sudahpun siap 100%.  
Dan sudah tentu kadar siapnya Jalan Kanowit-Song-Kapit adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan penduduk luar Bandar kerana ini akan memberi kemudahan kepada mereka malah inilah yang dimahukan oleh rakyat sejak 53 tahun kita membentuk Malaysia.

DAP MEMPERSOALKAN AUTONOMI IMIGRESEN SARAWAK!


SELEPAS satu persatu orang kanannya dihantar pulang sejurus menjejak kaki ruang imigresen Sarawak, nampak gayanya pemimpin DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng sudah tidak mampu menahan sabar lagi. 
Beliau terus-terusan mempertikaikan larangan memasuki Sarawak seperti yang dikeluarkan oleh Ketua Menteri Sarawak mengikut Akta Imigresen yang juga merupakan salah satu autonomi yang tercatit sewaktu Perjanjian Malaysia 1963. Ianya dimeterai antara 4 entiti iaitu Malaya, North Borneo, Sarawak dan Singapura. 
Dengan lantangnya LGE mempersoalkan kewajaran Datuk Adenan sebagai Ketua Menteri Sarawak mengenakan larangan tersebut sehingga meminta DAP Sarawak untuk menjadi “orang tengah” mereka.  Lagipun apa yang dilakukan oleh Datuk Adenan adalah untuk menjaga sensitiviti rakyat Sarawak daripada mereka yang racist dan pelampau.   Dan larangan itu bukan hanya untuk mereka yang dari parti pembangkang malah juga pro-Barisan Nasional seperti apa yang berlaku kepada Dato Jamal Yunus baru-baru ini.  Datuk Adenan tidak pernah “pilih bulu” kerana beliau bertanggungjawab atas keamanan di Sarawak. 
Daripada LGE sibuk dengan peraturan rumah orang ada baiknya beliau selesaikan dahulu segala skandal yang menimpa pimpinannya daripada isu banglo, Taman Manggis malah juga mengenai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang iaitu P Ramasamy.  Timbalan Menterinya sendiri dikatakan antara pendokong kuat puak pengganas Tamil Eelam Sri Lanka.  Malah di laman tweet  beliau sendiri yakin jika ada 13 Mei lagi terjadi, mereka DAP tidak akan pernah takut kerana mereka sentiasa ada sahaja puak yang membantu termasuklah Tamil Eelam Sri Lanka.
Segala hal yang berkaitan dengan DAP di Semenanjung Malaysia sudah cukup untuk kita orang Sarawak mengenal siapakah mereka.  Dan apakah pimpinan DAP Sarawak masih mahu membela mereka sedangkan sejak dari dahulu lagi DAP Sarawak mengatakan bahawa mereka dan DAP Malaya 2 parti yang berbeza...konon-kononlah!  

CALON SUPP PENDING CUBA MERAIH UNDI POPULAR?


BERTANDING atas lambang Barisan Nasional dan yang memberi kebenaran untuk bertanding juga Pengerusi BN Sarawak, Datuk Adenan Satem.  Tetapi yang peliknya kenyataan Milton Foo seorang calon SUPP-BN N10 Pending tidak menunjukkan langsung bahawa beliau adalah calon BN. 

Dengan beraninya Milton Foo mengeluarkan kenyataan menentang arus tentang strategi mengenai perletakkan “Winnable Candidate” bagi PRN Sarawak ke-11 ini.  Dan yang lebih seronoknya kenyataan hanya berani dikeluarkan setelah nama beliau sah diumumkan.  Itulah permainan Milton Foo yang cuba meraih undi menawan hati pengundi-pengundi di Pending yang semua sudah maklum ianya adalah antara kubu kuat DAP.

Mungkin ingin menunjukkan bahawa beliau adalah lain daripada lain maka beliau hilang hormat dengan Pengerusi BN Sarawak sendiri.  Atau adakah apa yang dibuat oleh beliau itu sebenarnya merupakan isihati kesemua pemimpin SUPP sendiri kerana sehingga kini belum ada lagi mana-mana pemimpin SUPP yang tampil memperjelaskannya. 



Wednesday, 13 April 2016

PENGUMUMAN DARI PENGERUSI SURUHANJAYA PILIHANRAYA MALAYSIA



SEGALA debaran menjelang PRN Sarawak ke-11 2016 sudah terjawab apabila sebentar tadi Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia membuat pengemuman secara rasmi tarikh-tarikh keramat untuk rakyat Sarawak mula menjalankan kewajipan mereka memilih wakil-wakil di Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Ianya adalah seperti berikut:

Tarikh Hari Penamaan Calon: Isnin, 25hb April 2016
Tarikh Hari Mengundi: Sabtu, 7hb Mei 2016

TARIAN ALU-ALU MASYARAKAT MELANAU


KEPELBAGAIAN kaum menjadikan Sarawak itu unik baik dari masyarakatnya, adat tradisi serta budayanya.  Dan masyarakat Melanau merupakan antara pembentuk masyarakat Sarawak yang tidak kurang keunikan budayanya. 

Tarian Alu-alu merupakan salah satu daripada tarian tradisional yang sudah diwarisi sejak dahulu lagi.  Ianya sekarang merupakan salah satu tarian yang sering dipersembahkan apabila ada keramaian di Sarawak.  Malah tarian ini juga cukup sinonim dipersembahkan di luar Negara dan sering mendapat perhatian orang luar yang gemar dengan tarian tradisi seperti ini. 

Sebenarnya, tarian alu-alu adalah salah satu daripada tarian yang mempunyai kaitan dengan hari perkabungan bagi masyarakat Melanau dahulu kala.  Kebiasaannya, tarian ini akan dipersembahkan di ketika waktu malam iaitu bermula dari malam pertama sehingga malam keempat hari perkabungan.

Tujuannya hanya satu iaitu untuk menghiburkan hati keluarga dan rakan si mati agar tidak terlalu bersedih.  Menariknya gerak tari tarian alu-alu ini tidak mempunyai gerakan yang spesifik sebaliknya gerak tarinya pula sebenarnya berlandaskan aksi-aksi harian.  Contohnya proses membuat sagu juga boleh dijadikan satu gerak tari di dalam tarian alu-alu ini.  Dan menurut tradisi Melanau, gerak tarinya juga boleh diperolehi menerusi mimpi, pekerjaan seharian, perubatan, permainan rakyat dam banyak lagi. 

Apa yang pasti, tarian alu-alu ini bukanlah semua boleh melakukannya lebih-lebih lagi gerak tari penari lelaki yang harus mengimbangi badan di atas buluh sambil berpusing-pusing dan mengikut rentak muzik menuntut latihan yang berulang-ulang untuk melakukannya.  

YB SHARIFAH HASIDAH TERUS MEMPERTAHANKAN DUN N07 SEMARIANG


TRANSFORMASI DUN N07 Semariang dari hanya sebuah perkampungan Melayu ke sebuah kawasan yang pesat membangun sememangnya tidak boleh ditidakkan.  Malah dengan perumahan-perumahan baru juga menyaksikan kepadatan penduduk sudah mulai dirasa malah jumlah pengundi berdaftar di DUN ini semakin meningkat. 

Untuk PRN Ke-11 2016 ini sahaja menyaksikan DUN N07 Semariang mempunyai hampir 17,694 jumlah pengundi berdaftar yang sudah tentu ianya bukan kawasan DUN yang boleh dilihat sebelah mata sahaja.  Ditambahlagi, kawasan DUN ini juga terletak di Bandar iaitu di ibukota Kuching sendiri yang menuntut pemilihan untuk Yang Berkhidmat untuk rakyat jelata adalah di kalangan mereka yang benar-benar aktif dan berpandangan jauh. 

Dan kerana itulah sekali lagi dibawah kepimpinan Datuk Adenan telah meletakkan kepercayaan kepada YB Puan Sharifah Hasidah binti Sayeed Aman Ghazali iaitu penyandangnya untuk terus mempertahankan kerusi Adun N07.  Trek rekod beliau sepanjang berkhidmat untuk N07 membuktikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang dekat di hati rakyat serta sentiasa menjadi sandaran bagi merealisasikan impian rakyat DUN Semariang sendiri. 

Jantina bukannya satu halangan besar untuk beliau malah sudah dibuktikan sejak di tahun 2006 lagi iaitu ketika beliau kali pertama terjun ke dunia politik Sarawak.  Puteri kepada satu lagi nama besar ahli politik wanita Sarawak iaitu Datuk Paduka Sharifah Mordiah bt Tuanku Fauzi ini seperti kata bidalan lama, ke manakah tumpahnya kuah jika tidak ke nasi kerana kepimpinan beliau juga sudah setanding dengan apa yang bonda beliau lakukan dahulu.    

Dari segi kerjaya, YB Puan Sharifah Hasidah merupakan seorang Peguam bertauliah iaitu berkelulusan sarjana undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.  Berpengalaman luas di dalam dunia perundangan sehingga mampu mempunyai firma guamannya sendiri iaitu Sharifah Hasidah & Co. Advocates yang beribu pejabat di Kuching, Sarawak.  Di pentas politik pula selain daripada ADUN Semariang, beliau juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi PBB serta turut dilantik pada tahun 2015 sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak sekarang. 

Seorang isteri, ibu, anak dan Peguam sudah tentu menuntut satu pengorbanan yang besar bagi seorang wanita bernama Puan Sharifah Hasidah.  Namun itu semua bukannya menjadi tembok penghalang untuk beliau melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang “Yang Berkhidmat” bagi DUN N07 Semariang dari dulu lagi malah kecemerlangan beliau terbukti sekali.    

Untuk rekod, ketika PRN ke-10 2011 menyaksikan rakyat di DUN Semariang telah memberikan mandate kepada beliau untuk menjadi ADUN mereka.  Pada ketika itu beliau bertanding atas tiket PBB-BN dengan lawannya adalah Zulrusdi bin Mohamad Hol dari PKR.  Beliau berjaya menewaskan lawannya dengan majoriti 5431 undi.