Monday, 9 March 2020

18 KES POSITIF COVID-19 KUMULATIF 117 KES (SETAKAT 9/3/2020)


DIDALAM kita fokus mengenai barisan kabinet Malaysia yang baru diumumkan semalam, sebagai rakyat Malaysia kita tidak seharusnya melupakan akan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara sekarang.  Dari kenyataan akhbar pihak KKM semalam melaporkan terdapat 18 kes baharu positif di Malaysia yang mana menjadikan kumulatif kes adalah sebanyak 117 kes di Malaysia.

Gelombang kedua yang melanda Malaysia setakat ke hari ini menyaksikan ada enam kes yang melibatkan mereka yang pernah ke luar negara manakala yang lain adalah kerana mempunyai contact langsung di dalam Malaysia itu sendiri.  Dan di dalam gelombang kedua ini juga turut ada dua kes yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pautan berita penuh:


TAHNIAH GPS!


SALAM tahniah kami ucapkan kepada barisan jemaah menteri dari Gabungan Parti Sarawak. Semoga akan terus berkhidmat untuk Sarawak dan Negara Malaysia.


Kredit infografik: Belawai


SENARAI PENUH BARISAN JEMAAH MENTERI KABINET 2020


BAHARU sahaja diumumkan barisan jemaah menteri kabinet dibawah pimpinan Perdana Menteri ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.  Dan buat julung-julung kalinya, Negara Malaysia tidak mempunyai TIMBALAN PERDANA MENTERI.  Sebaliknya TSMY menggunakan pendekatan dengan menyaksikan ada empat MENTERI KANAN yang akan membantu beliau.  

Empat Menteri Kanan tersebut adalah:

I.   YB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali
Ii.  YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob
Iii.  YB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Yusuf
Iv.  YB YB Dr Mohd Radzi Md Jidin

Senarai Menteri dan Timbalan Menteri berdasarkan portfolio kementerian adalah seperti berikut:

1.  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menteri: YB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali   
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)

2.  Kementerian Pertahanan

Menteri: YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz

3.  Kementerian Kewangan

Menteri: YM Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I: YB Datuk Abd. Rahim Bin Bakeri
Timbalan Menteri II: YB Mohd Shahar Bin Abdullah

4.  Kementerian Kerja Raya
 
Menteri: YB Dato' Sri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh

5. Kementerian Pendidikan

Menteri: YB Dr Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Dato’ Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator) Timbalan Menteri II: YB Muslimin Bin Yahaya

6. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi)

Menteri: YB Dato' Sri Mustapa bin Mohamed
Timbalan Menteri: YB Arthur Joseph Kurup

7. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)

Menteri: YB Dato’ Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: YB Datin Mastura Binti Yazid

8. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undangundang)

Menteri: YB Dato’ Takiyuddin Bin Hassan
Timbalan Menteri: YB Dato’ Eddin Syazlee Shith

9. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Menteri: YB Dato' Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: YB Ahmad Marzuk Bin Shaary

10. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)

Menteri: YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib

11. Kementerian Pengangkutan

Menteri: YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: YB Haji Hasbi Bin Haji Habibollah

12. Kementerian Alam Sekitar

Menteri: YB Dato’ Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Timbalan Menteri: Dato’ Dr Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)

13. Kementerian Sumber Manusia

Menteri: YB Datuk Seri Saravanan A/L Murugan
Timbalan Menteri: YB Haji Awang Bin Hashim

14. Kementerian Wilayah Persekutuan

Menteri: YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Bin Musa
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Dr Santhara Kumar

15. Kementerian Wanita dan Keluarga

Menteri: YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun
Timbalan Menteri: YB Dato’ Hajah Siti Zailah Binti Mohd Yusoff

16. Kementerian Pengajian Tinggi

Menteri: YB Dato’ Dr Noraini Binti Ahmad
Timbalan Menteri: YB Dato’ Dr Mansor Bin Othman

17. KementerianTenaga dan Sumber Asli
 
Menteri: YB Dato’ Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah
Timbalan Menteri: YB Ali Anak Biju

18. Kementerian Dalam Negeri

Menteri: YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Haji Ismail Bin Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri II: YB Jonathan Yassin

19. Kementerian Kesihatan

Menteri: YB Dato’ Sri Dr Adham bin Baba
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali
Timbalan Menteri II: YB Datuk Aaron Ago Dagang

20. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan

Menteri: YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: YB Datuk Seri Hj Ahmad Bin Hamzah
Timbalan Menteri II: YB Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi

21. Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Menteri: YB Datuk Dr Hj Abd Latiff Bin Hj Ahmad
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Abdul Rahman Bin Mohamad
Timbalan Menteri II: YB Dato’ Henry Sum Agong

22. Kementerian Luar Negeri

Menteri: YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein
Timbalan Menteri: YB Dato’ Kamaruddin Jaffar

23. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Menteri:  YB Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: YB Dato’ Rosol Bin Wahid

24. Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Menteri: YB Dato’ Seri Saifuddin bin Abdullah
Timbalan Menteri: YB Datuk Zahidi Bin Zainul Abidin

25. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Menteri: YB Hajah Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Ismail Bin Abd Mutalib

26. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Menteri: YB Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: YB Ahmad Amzad Bin Hashim

27. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Menteri: YB Dato’ Sri Dr Hj Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: YB Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin

28.  Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Menteri: YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Bin Aman Razali
Timbalan Menteri I: YB Dato’ Sri Dr Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: YB Willie anak Mongin

29.  Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan

Menteri: YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri
Timbalan Menteri: YB Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan

30.  Kementerian Perpaduan Negara

Menteri: YB Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: YB Dato’ Sri Tiong King Sing

31.  Kementerian Belia dan Sukan

Menteri:  YB Dato’ Sri Reezal Merican Bin Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Bin Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator)


Salam tahniah diucapkan dan kami sebagai rakyat amat mengharapkan agar barisan jemaah menteri yang sudah dipilih ini akan terus berkhidmat untuk rakyat dan negara Malaysia.  


Sunday, 8 March 2020

DATO SERI AZAM BIN BAKI, KETUA PESURUHJAYA SPRM YANG BAHARU


BERKUATKUASA 9 Mac 2020, Dato Seri Azam bin Baki dengan rasminya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu.  Perlantikan beliau telah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong selaras dengan subseksyen 5(1) Akta 694.  

Pautan kenyataan akhbar seperti berikut:

https://www.pmo.gov.my/2020/03/perkhidmatan-ketua-pesuruhjaya-suruhanjaya-pencegahan-rasuah-malaysia-3/ 

MALAYSIA CATAT KUMULATIF 99 KES POSITIF COVID-19 (8/3/2020)


\GELOMBANG kedua penularan Covid-19 di Malaysia telah mencecah angka 99 kes hari ini apabila enam kes baharu disahkan positif. Menurut KKM, dari 99 kes setakat hari ini 18 kes adalah didapati daripada pesakit dibawah PUI dan 79 kes lagi menerusi contact langsung manakala dua kes pula melibatkan kakitangan kesihatan.   

Pautan berita penuh:


LGE KECEWA? PEDULI APA!


LIM Guan Eng kecewa.. begitulah luahan rasa ucapan mantan menteri kewayangan dari DAP yang berada di Kuching untuk satu acara semalam.  Kekecewaan itu adalah disebabkan oleh keputusan Gabungan Parti Sarawak yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Tun M yang berada di kuartet mereka.  Tambah beliau lagi, GPS sebagai pencatur utama sepatutnya memihak kepada mereka daripada menyokong Perikatan Nasional yang berkuasa sekarang.  

Pautan berita penuh seperti berikut:


Apakah LGE lupa bahawa segala yang berlaku selama lebih dua minggu adalah kerana tindakan gabungan Pakatan Harapan sendiri.  Mengapa pula GPS yang hendak disalahkan.  Dasar ahli politik yang bagai telunjuk lurus kelingking berkait yang mana konon-konon nampak baik untuk mengajar kita tetapi hakikatnya punya agenda tersendiri untuk mengekalkan kuasa.  Lim Guan Eng sepatutnya hampir dua tahun setengah diberikan kepercayaan memerintah negara usahlah lagi bermain dengan “blaming game” memanjang.  Akhirnya rakyat sendiri bosan kerana sehingga saat akhir mereka memerintah tiada yang mampu mereka jelmakan dengan ekonomi yang kian merudum dan rakyat dianaktirikan dengan kos hidup yang semakin tinggi.  

Seperti yang kita ketahui bukanlah rahsia bagaimana LGE selama berkuasa di tampuk Putrajaya memandang Sarawak sipi-sipi sahaja.  Sarawak akan muflis tiga tahun lagi..itu perkiraan seorang “akauntan bertauliah” apabila Sarawak menggunakan bajet sendiri untuk memastikan pembangunan Sarawak terus ke hadapan.  Serangan demi serangan beliau lakukan dengan pertolongan kuartet DAP Sarawak dibawah pimpinan Chong Chieng Jen yang “yes bos”.  Hakikatnya apakah pula yang PH bawa untuk Sarawak sepanjang memerintah Putrajaya boleh dikatakan tiada.  

Lebuhraya Pan Borneo dijadikan modal mereka untuk bermain politik sehingga banyak projek infrastruktur seperti jambatan dengan begitu mudah mereka batalkan sedangkan ianya penting untuk menghubungkan jalan pesisir dengan lebuhraya itu kelak.  Kedaifan sekolah-sekolah di pedalaman Sarawak dijadikan modal oleh beliau untuk memaksa Sarawak membayar hutang in advance sedangkan itu adalah fungsi persekutuan.  Sudah dibayar duitnya tetapi ada lagi banyak bunyi bagi menidakkan ianya dibaiki sehingga mengeluarkan kenyataan kontra antara Menteri Kewangan dengan Menteri Kerjaraya pada masa itu.  

Semasa di tampuk pemerintahan begitu meninggi langit dengan jawatan.  Namun beliau lupa bahawa hidup ini umpama roda, kadang-kadang di atas kadang-kadang di bawah.  Bila sudah jatuh ke bawah sekarang pandai pula meminta GPS memberikan mandat untuk mereka seperti apa yang dilakukan oleh Chong Chieng Jen, DAP Sarawak yang akan memberi ruang consensus kepada GPS dengan syarat GPS menyokong Tun M dan PH kekal berkuasa.  GPS dan penyokongnya tidaklah bodoh untuk mengiyakan permintaan DAP yang terkenal dengan lidang bercabangnya.  

Yang pasti GPS sudah menjalankan tanggungjawabnya demi negara dan keputusan pemilihan TSMY adalah hak Yang Dipertuan Agong.  LGE hendak kecewa lantaklah kerana itu kenyataan dari mereka yang kalah.  Rakyat Sarawak sudah tentu tahu menilai siapa yang benar-benar memperjuangkan untung nasib Sarawak dan bukan sesekali dengan janji tong kosong seperti puak PH termasuk DAP itu sendiri.  

Peribahasa kita ada menyebut.. bila sudah terbang tinggi di langit, JANGAN PERNAH LUPA RUMPUT DI DARATAN.  Begitulah juga untuk LGE dan kuartetnya.  GPS TIDAK PERNAH MENJUAL DIRI UNTUK KEKAL BERKUASA! Yang pasti segala keputusan diambil untuk kepentingan negara TANPA GPS leka akan perjuangan hak-hak Sarawak.  Buktinya biar dipinang untuk bersama di dalam jemaah menteri sendiri sekarang, GPS TETAP ADA TERMA DAN SYARATNYA!  SIK GILA KUASA you oo you…

Katakan TIDAK untuk DAP, DAHULU, KINI DAN SELAMANYA!

Saturday, 7 March 2020

3 SYARAT GPS SERTAI KABINET PN+GPS


MALAYSIA sudah melalui kecelaruan politik dek dua minggu yang lepas dan menyaksikan Gabungan Parti Sarawak menjadi penentu untuk memilih siapakah yang sewajarnya untuk diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-8. Bukan lagi rahsia bahawasanya GPS telah memberikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dek kerana tiada majoriti makanya YDP Agong sendiri memilih TSMY menjadi PM ke-8 Malaysia yang baharu.  

Dalam pada itu beberapa hari ini telah disahihkan bahawasanya Perikatan Nasional yang dianggotai oleh Muafakat Nasional + Barisan Nasional + PPBM telah meminang GPS untuk bersama-sama menyertai barisan kabinet Malaysia yang baharu.  Hal ini telah disahkan oleh KM Abang Jo sendiri dan ternyata pinangan itu telah diterima oleh GPS.  Bukan menerima sembrono sebaliknya mempunyai syarat yang tertentu.  

Tiga syarat yang dikenakan oleh GPS adalah seperti berikut:

1.  Hak-hak Sarawak yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963 hendaklah diakui oleh Perikatan Nasional.  Ini bermakna mereka sebagai pemerintah pusat sekarang haruskah mengembalikan yang “hilang” dan “terhakis” serta mengangkat kembali hak-hak tersebut.  

2.  Segala undang-undang Sarawak yang berkaitan dengan isu minyak dan gas haruslah diakui.  Ini bererti Kerajaan PN harus mengiktiraf segala ordinan yang digunapakai oleh Sarawak di dalam hal minyak dan gasnya seperti OMO 1958, 5% SST Produk Petroleum dan Gas dan sebagainya.

3.  Sarawak melalui GPS hanya sebagai RAKAN PN dan bukannya pembentuk PN.


Pautan berita penuh:


Boleh dikatakan apa yang dimaklumkan oleh Ketua Menteri Sarawak yakni Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari ini menunjukkan bahawa GPS sentiasa berpegang kepada janji iaitu MENDAHULUKAN SARAWAK di dalam segenap segi, jauh sekali gilakan kuasa di peringkat pusat. Apalah guna kuasa dan pangkat di Persekutuan andaikata hak-hak Sarawak tidak diiktiraf dan dilaungkan.  Lahir sebagai satu parti politik yang neutral itu lebih baik daripada seperti bersama BN dahulu.  Sekaligus membuktikan bahawa GPS bukan “ULUN MALAYA” seperti pihak pembangkang yang cuba dodoikan kepada rakyat Sarawak.  

Persoalannya sekarang, adakah PN akan bersetuju dengan terma dan syarat yang diberikan lebih-lebih lagi syarat pertama dan kedua? Dan andainya setuju siapakah individu politik dari Sarawak yang akan membawa suara rakyat Sarawak di barisan jemaah menteri kelak?  Dan apakah portfolio yang bakal diberikan kepada Sarawak pula?  Kita biarkan TSMY membuat perhitungan yang terbaik untuk Malaysia sepertimana GPS memberikan sokongan kepada beliau atas nama DEMI NEGARA MALAYSIA YANG STABIL.