Wednesday 29 November 2017

ABG JO TIDAK SETUJU PENDAPAT PANDIKAR AMIN


APABILA seorang Speaker Dewan Rakyat iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengeluarkan kenyataan songsang yang mengatakan Perjanjian Malaysia 1963 itu TIDAK PENTING malah tiada dalil yang mengatakan Sabah dan Sarawak itu “istimewa” malah setaraf dengan negeri-negeri lain di Malaysia telah mendapat maklumbalas yang pelbagai dari rakyat kedua-dua negeri tersebut.  

KM Abang Jo sewaktu menyempurnakan Majlis Konvokesyen Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak dan Kolej Lanjutan Sarawak (I-CATS) di BCCK turut melontarkan pendapat beliau.  Dengan penuh tegas beliau mengatakan bahawa Perjanjian Malaysia 1963 itu amat penting kerana hak-hak wilayah Sabah dan Sarawak serta Semenanjung Malaysia iaitu tiga entiti pembentuk Malaysia adalah tiang seri kepada perjanjian itu.  

Sementara itu lain pula halnya dengan cabaran daripada Pandikar Amin yang membuka pintu seluas-luasnya untuk perdebatan mengenai hal tersebut.  Hari ini juga menyaksikan State Reform Party Sarawak (STAR) melalui Puan Lina Soo telah berbesar hati menerima cabaran tersebut. Menurut kenyataan media mengatakan bahawa surat pelawaan telahpun dihantar dan lokasinya dijadualkan akan berlangsung di Kuala Lumpur sekiranya Tan Sri Pandikar mempersetujuinya. 

No comments:

Post a Comment