Sunday 26 November 2017

SARAWAK MUNGKIN AKAN ADA STESEN TV SENDIRI


STESEN televisyen negeri Sarawak sendiri sudah tentu menjadi impian rakyat Sarawak memandangkan apa yang berlaku sekarang amat kurang meliputi negeri Sarawak yang luas.  Ketika berucap di Mesyuarat Perwakilan Cawangan-cawangan PBB untuk Nangka, Pelawan, Dudong, Bawang Assan dan Bukit Assek semalam, CM Abang Jo menyatakan impiannya untuk Sarawak mempunyai satu stesen tv sendiri.  Walaupun begitu, itu bukanlah sesuatu yang akan dilakukan pada masa terdekat kerana perjalanannya masih panjang.

Buat masa sekarang, Sarawak masih lagi bergantung kepada penyebaran berita daripada stesen tv yang berpusat di Semenanjung Malaysia seperti RTM dan TV3. Dek kerana itu kadang-kala berita atau apa sahaja mengenai Sarawak kurang diberikan pendedahan buat rakyat Malaysia.  Andainya cita-cita CM Abang Jo mampu direalisasikan sudah tentu akan memberi impak yang positif kepada seluruh rakyat Malaysia terutama pemahaman untuk mengenali apa itu Sarawak.  

No comments:

Post a Comment