Ketibaan PM Malaysia yang diiringi CM Sarawak untuk acara perasmian 21/11/2017
Steve Wozniak (Apple) & Daniel Sieberg (Google)
SARAWAK melakar sejarahnya tersendiri semalam apabila Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) diadakan di Kuching, Sarawak yang mana menyaksikan hampir 2,500 orang delegasi dari 60 buah negara berkampung di Borneo Convention Centre selama tiga hari iaitu dari tanggal 21 - 23 November 2017.
Semalam juga menyaksikan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib bin Tun Abdul Razak merasmikan sidang forum tersebut. Antara acara yang mendapat perhatian adalah sidang temubual bersama pengasas Apple Inc. Iaitu Steve Wozniak yang berkongsi pengalamannya bersama sidang delegasi.
Hari ini iaitu 22 November 2017, Rundingan Tahunan Malaysia Indonesia turut mengambil tempat di Kuching yang mana disertai oleh Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Indonesia iaitu Joko Widodo.
No comments:
Post a Comment