Sunday, 13 January 2019

65 PELAN TINDAKAN DAN INISIATIF ABG JO


TANGGAL 13hb Januari 2017 menjadi satu lagi kronologi bersejarah di dalam kalendar Sarawak Bumi Kenyalang tatkla seorang menteri kanan yang sudah bergelumang hampir 30 tahun di dalam kabinet Sarawak diangkat menjadi Ketua Menteri Sarawak yang baru setelah penyandangnya, yang amat kita cintai iaitu Allahyarham Pehin Sri Haji Adenan bin Haji Satem meninggal dunia pada 11hb Januari 2017.  Walau masih lagi diselimuti dengan kehibaan kerana kehilangan seorang rakan yang seangkatan dengan dirinya di dalam dunia politik namun atas nama tanggungjawab untuk memperkasakan Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg menerima tugasan berat yang akan digalasnya selepas itu.  
Sesuatu yang pastinya bukan mudah kerana legasi peninggalan Tok Nan adalah yang terbaik pernah Sarawak kecapi telahan lagi Allahyarham adalah antara ahli politik yang begitu dekat serta amat disayangi oleh semua kaum dan agama di Sarawak.  Tampil dengan gayanya tersendiri dan cuba untuk keluar dari bayangan hebat Allahyarham Tok Nan tanpa sedikit pun untuk meninggalkan perjuangan Tok Nan seperti perjuangan menuntut hak-hak Sarawak yang “hilang”,  Abang Jo begitulah nama yang beliau mahukan rakyat membiasakan dirinya telah berjaya memacu Sarawak sepanjang dua tahun beliau memegang jawatan Ketua Menteri Sarawak ala “Abang Jo Style”.
Mungkin ramai antara kita tidak menyedari apakah 65 pelan tindakan dan inisiatif Abang Jo dan berikut merupakan satu persatu penjelasan mengenainya.  

1. Mempertahankan kepentingan, hak dan kedudukan Sarawak seperti yang termaktub dalam MA63 dan Perlembagaan Persekutuan melalui penubuhan Jawatankuasa Perundingan untuk menasihatkan wakil Sarawak dalam Jawatankuasa Khas Kabinet Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). 
2. Bajet Sarawak 2019 merupakan yang tertinggi di dalam sejarahnya bagi bagi mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi negeri Sarawak untuk faedah dan kesejahteraan rakyat.
3. Memperkasa integriti dalam pengurusan projek kerajaan melalui tender terbuka dan melatih Pegawai Integriti. Bermula tahun 2019, Kerajaan Negeri akan melibatkan Ketua Audit Negara dan SPRM dalam mesyuarat Tender Negeri. 
4. Menurunkan kadar premium tanah untuk kawasan Skim Penempatan Semula dan Skim Pembesaran Kampung sebanyak 50 peratus. Premium telah ditetapkan RM2,500/lot berbanding kadar asal RM5,000/lot. 
5. Mempertahankan hak tanah rakyat melalui pengiktirafan Native Territorial Domain dengan pindaan Kanun Tanah 2018. 
6. Membentuk Majlis Penyelidikan dan Pembangunan Sarawak (SRDC) yang diluluskan pada  9 November 2017 untuk memantau promosi, penyelarasan, dan kemajuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) 
7. Memperkasa pemantauan projek rakyat yang berimpak tinggi dengan menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri bagi memantau pelaksanaan projek rakyat yang berimpak tinggi agar kelancaran setiap projek dilaksana dipantau dan disiapkan mengikut jadual untuk faedah rakyat. 
8. Menganjur Persidangan Antarabangsa Tahunan Ekonomi Digital Sarawak (IDECS) yang  pada 3-4 April 2017 dan 14-15 Mei 2018.  Lapan tindakan utama yang dilaksanakan ke arah Ekonomi Digital Sarawak adalah dengan penubuhan DBOS, mengwujudkan SMA dan SDEC, meningkatkan kelajuan infrastruktur ICT, projek Kampung Digital, promosi e-pembelajaran kepada generasi muda, promosi Sarawak sebagai lokasi pusat data dan membentuk Pelan Digital untuk Sarawak.  
9.  Melaksana Dokumen Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022 yang dilancarkan pada 13 Disember 2017.  Ianya mengandungi 47 tindakan strategik pembangunan ekonomi digital yang dibahagikan kepada dua iaitu sektor Pertanian, Pembuatan, Pelancongan, Bandar Pintar, Kesihatan Digital, e-Dagang, Kerajaan Digital dan Sosial (Sektor Utama).  Manakla Infrastrukutr, kemahiran dan bakat, penyelidikan & Pembangunan, Inovasi & Keusahawanan, Big Data, Keselamatan Siber dan Keterangkuman Digital (Pembolehubah).
10. Menubuhkan Sarawak Multimedia Authority (SMA) melalui ordinan SMA diluluskan oleh Dun pada November 2017 dan dilancarkan pada 13 Disember 2017.  Turut dibentuk adalah penubuhan anak syarikat Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) iaitu sebagai agensi  peneraju pelaksanaan inisiatif ekonomi digital di Sarawak 
11. Menubuhkan Hab Inovasi Sarawak iaitu satu wadah untuk membudayakan kreativiti dan inovasi di kalangan generasi muda melalui Hab Inovasi TEGAS, Kuching (dilancarkan pada 28 Ogos 2017) dan Pusat Inovasi Sarikei (dilancarkan pada 17 September 2017). 
12. CENTEXS sebagai pusat pembangunan bakat dalam bidang digital yang kemudiannya memeterai Memorandum Perjanjian antara CENTEXS dan HUAWEI ditandatangani pada 10 November 2017. Sekaligus ianya menyediakan peluang bagi golongan belia menyertai latihan dan pembangunan bakat dalam bidang digital 
13.  Sarawak ID iaitu satu sistem identiti digital yang diperkenal bagi memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan dan membantu peralihan ke arah kerajaan digital. 
14. Digital Kenyalang yang dilancarkan pada 14 November 2017 sebagai platform untuk membantu usahawan mikro memasarkan produk bagi meningkatkan pendapatan mereka
15. Sarawak Pay dilancarkan pada 15 November 2017 bagi menggalakkan penggunaan aplikasi pembayaran tanpa tunai
16. Forum e-Commerce Sarawak telah diadakan pada 7 November 2017 sebagai satu platform untuk menggalakkan perniagaan atas talian di kalangan usahawan 
17. SarawakGov yang dilancarkan pada 13 Mac 2017 bagi menyediakan maklumat terkini mengenai perkhidmatan Kerajaan Sarawak.
18. Pelan Transformasi e-Dagang 2030 (E-Com Y30) yang dilancarkan pada 5 April 2017 untuk meningkatkan kemahiran digital para belia dan memberi peluang kepada mereka menyertai e-Dagang. 
19. LASIS Mobile App dilancarkan pada 24 Julai 2018 untuk menambah baik perkhidmatan kepada rakyat berhubung pentadbiran tanah. 
20. Memperkukuhkan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Latihan Teknikal, Pendidikan dan Vokasional (TVET) dengan mengwujudkan projek perintis makmal pendidikan STEM serta kursus kecekapan dan kursus singkat TVET. 
21. Membaikpulih dan membina semula Sekolah- Sekolah Daif di Sarawak melalui Peruntukan Khas Sekolah Daif biarpun hakikatnya ini adalah juridiksi Persekutuan.
22. Memberi bantuan kewangan kepada Sekolah Bantuan Kerajaan (SJKC dan sekolah Mubaligh) bagi menaiktaraf infrastruktur, bangunan dan kemudahan sekolah.
23.  Memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris bagi menguasai bidang sains dan teknologi dan kebolehan berkomunikasi dengan masyarakat antarabangsa.
24. Meneruskan sokongan untuk sekolah cina Dengan mengiktirafkan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) seperti apa yang telah diusahakan oleh Allahyarham Tok Nan sebelumnya.
25. Menambah dana Biasiswa Pendidikan di Negeri Sarawak.
26. Meningkatkan bilangan doktor di Sarawak melalui pemberian biasiswa dalam bidang perubatan di UNIMAS. 
27. Menambah kualiti pendidikan awal kanak-kanak dengan pemberian geran tahunan untuk pendidikan pra-sekolah dan tadika bermula 2019.
28. Membina asas terbaik untuk di dalam pendidikan kanak-kanak menerusi pengambilalihan pengurusan pra-sekolah dan tadika SeDidik mulai tahun 2019.
29. Membekalkan elektrik dan air bersih ke sekolah luar bandar yang masih belum menerima bekalan air bersih (33 buah sekolah) dan elektrik dari grid (113 buah sekolah) dengan anggaran kos RM59 juta. 
30Memperluaskan liputan bekalan air terawat melalui pelaksanaan projek bekalan air bersih terawat mulai tahun 2019. 
31. Melaksanakan Program Grid Bekalan Air Sarawak yang mana menyaksikan satu peruntukan khas telah diadakan bagi menangani secara keseluruhan isu bekalan air supaya dapat membekalkan air bersih terawat yang mencukupi ke seluruh negeri Sarawak. 
32Melaksanakan Program Bekalan Air Alternatif Sarawak (SAWAS) untuk membekalkan air bersih kepada komuniti luar bandar terpencil yang tidak dapat disambung melalui sistem bekalan air grid yang sedia ada. 
33Memiliki sepenuhnya Empangan Bakun Empangan Bakun (2,400 megawatt) di Ulu Belaga telah diambilalih oleh Kerajaan Sarawak pada 16 Ogos 2017. 
34. Meningkatkan liputan bekalan elektrik luar bandar ke seluruh Sarawak dengan melalui Skim Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES), Skim Bekalan Kuasa Luar Bandar (RPSS) dan Skim Bekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar (SARES). 
35Membina 5 buah Jambatan Baharu iaitu Jambatan Lassa (Mukah), Jambatan Batang Rambungan (Lundu), Jambatan Bintulu-Jepak (Kuala Kemena, Bintulu), Jambatan Batang Lupar (Samarahan/Betong) dan Jambatan Batang Igan (Mukah) 
36. Membina jalan utama kedua dan melengkapkan rangkaian jalan pesisir pantai bagi memudahkan pergerakan penduduk serta barangan khususnya di kawasan pesisir pantai dan luar bandar. 
37. Membina Lapangan Terbang Baharu di kawasan Bukit Sadok dan Bukit Mabong bagi memudahkan penduduk kawasan luar bandar memasarkan dan mengeksport hasil pertanian mereka terus ke pasaran utama. 
38. Memodenkan sistem pengangkutan awam melalui cadangan pembinaan Aliran Transit Ringan (LRT) yang akan dilaksanakan dalam tempoh 10 tahun. 
39. Memperkasa UNIFOR (Unit Hal Ehwal Agama Lain) yang ditubuhkan pada 27 Mei 2017. Peranannya adalah untuk mempromosikan keharmonian antara agama. Juga untuk mencadangkan dan merumuskan dasar, undang- undang dan peraturan yang berkaitan dengan hal ehwal agama bukan Islam di Sarawak 
40. Mengwujudkan modal teroka (venture capital) untuk usahawan belia yang diumumkan pada 17 November 2018 bagi membantu usahawan belia yang baharu menceburi bidang perniagaan yang berunsur kreatif dan inovatif. 
41. Menaikkan gaji Ketua Masyarakat dan Elaun Ketua Kaum bagi menghargai jasa dan  sumbangan yang mereka taburkan selama ini.
42. Pemberian RM1,000 untuk setiap bayi baru lahir berkuatkuasa 1 Januari 2019 dan simpanan adalah untuk tujuan pendidikan dan masa depan yang hanya boleh dituntut pada usia 18 tahun berserta faedah.
43. Service Sarawak dilancarkan pada 2 Disember 2018 yang menyediakan perkhidmatan One-Stop Centre di UTC Kuching, Sibu dan Miri.
44. Memastikan pengurusan alam sekitar yang bersih dan mampan melalui penggunaan bas hidrogen dan bas elektrik pada tahun 2019 bermula dengan bandar raya Kuching. 
45. Mengenalpasti punca pendapatan baharu melalui Carbon Trading iaitu mengadakan kerjasama dengan SHELL dalam pembangunan usaha pemuliharaan dan pemulihan semula alam semula jadi. 
46. Memperkukuhkan penguatkuasaan Undang- Undang Hutan dengan meningkatkan kerjasama antara agensi penguatkuasaan dan pelaksanaan pengesahan STLVS (Sarawak Timber Legality Verification System). 
47. Memperkukuhkan penyelidikan kepelbagaian biologi yakni menjalinkan kerjasama dengan institusi penyelidikan terkenal seperti LUKE (Institut Sumber Asli Finland). 
48. Bank Pembangunan Sarawak (DBOS) ditubuhkan pada 3 November 2017 untuk membiayai projek-projek strategik di Sarawak. 
49. Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) ditubuhkan pada 6 Ogos 2017 untuk membangunkan industri minyak dan gas di Sarawak. 
50. Membentuk agensi baharu di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA) untuk mempercepatkan pembangunan di kawasan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) mulai 2019. Agensi Pembangunan Ulu Rajang (URDA) untuk membangunkan kawasan di Ulu Rajang. Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) untuk membangunkan kawasan tanah tinggi di utara Sarawak. Dan Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) untuk membangunkan kawasan utara Sarawak 
51. Menubuhkan Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) bagi memacu dan merancakkan lagi pembangunan di Bahagian Samarahan. 
52. Pemilikan 10% Saham dalam PETRONAS LNG Train 9 dan Penambahan Pemilikan Saham dalam MLNG 3 dari 10% ke 25%. Ianya adalah satu inisiatif untuk meningkatkan pelaburan Kerajaan Negeri dalam industri minyak & gas dan menjadi penjana pendapatan tambahan Kerajaan Negeri. 
53Meningkatkan hasil Negeri melalui pelaksanaan cukai jualan 5% ke atas produk petroleum berkuatkuasa 1 Januari 2019 bagi meningkatkan hasil negeri untuk membiayai pelaksanaan projek utama pembangunan di negeri ini. 
54. Menubuhkan Pejabat Perdagangan Sarawak yang mana menyaksikan Sarawak dan Singapura bakal bekerjasama dalam usaha memperkukuhkan bidang pertanian dan pelancongan. Pejabat Perdagangan Sarawak di Singapura kini dalam proses penubuhan. Turut
dirancang untuk dibuka adalah di Negara Brunei Darussalam & Pontianak, Indonesia 
55. Membina semula Jambatan Gantung Satok iaitu jambatan yang ikonik dan bersejarah sebagai produk pelancongan khususnya di bandar raya Kuching. 
56. Membangunkan Old Kuching Heritage sebagai produk pelancongan yang menarik iaitu meliputi Heritage Trail, Kampung Heritage, Riverfront Heritage dan Business Heritage 
57. Memperkasakan pertanian untuk meningkatkan hasil keluaran dan pendapatan rakyat dengan mengwujudkan kerjasama dengan syarikat peneraju (Anchor Company) bagi membantu petani kecil memasarkan hasil pertanian mereka. Juga bertujuan untuk mewujudkan usahawan tani baharu yang mempunyai ilmu dan berpelajaran tinggi serta menggunakan Aplikasi Digital (IoT dan sebagainya) 
58. Membiayai pembangunan pertanian malalui Dana Teroka Pertanian. Ianya adalah untuk  mengukuhkan model perniagaan bagi petani dan mereka yang terlibat dalam industri pertanian.  Mengwujudkan Program Bantuan Pertanian iaitu program yang mempunyai kepelbagai jenis bantuan berbentuk subsidi kepada petani, inisiatif pembiayaan kepada usahawan tani, syarikat swasta dan pertubuhan peladang 
59. Melaksanakan Program Pembangunan Pertanian Bersepadu melalui Agro Park, Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (CPPC) dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). 
60. Membangunkan Kapasiti Pertubuhan Peladang dengan pembinaan bangunan pejabat baharu Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) dan peruntukan tahunan kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) turut ditambah.
61. Membeli pesawat kargo khas melalui Hornbill Skyways untuk membolehkan hasil pertanian di kawasan pedalaman dipasarkan ke luar Sarawak. 
62. Membina Rumah Mampu Milik bagi menyediakan rumah mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dan golongan berpendapatan sederhana (M40) melalui program Rumah SPEKTRA Permata termasuk Skim Pembesaran Kampung (SPK) Lundu, Kuching; SPK Lundu, Kuching; SPK Sematan, Kuching; SPK Igan, Mukah; dan SPK Tian, Matu. Juga Rumah Mampu Milik (RMM) termasuk RMM Darul Hana, Kuching; RMM Kampung Tabuan Melayu & Foochow, Kuching; RMM Kemuyang, Sibu; RMM Kampung Kapit Baru, Kapit; dan RMM Kampung Datu Baru, Sibu. 
63 Menaiktaraf kemudahan infrastruktur dan ameniti Kampung Tradisi di bawah Urban Renewal Programme dan tiga buah kampung tradisi dalam bandar raya Kuching telah dikenal pasti iaitu Kampung Kudei, Kampung Sungai Maong dan Kampung Segedup.  
64. Mengurangkan kos pembinaan rumah dengan menggunakan IBS di dalam memastikan harga rumah tidak membebankan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah (B40) dan golongan berpendapatan sederhana (M40). Kerajaan Sarawak menyarankan pemaju untuk menggunakan Industrialised Building System (IBS) dalam pembinaan rumah. Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) menyahut seruan dengan mengorak langkah iaitu membina kilang IBS di Kuching dan majlis pecah tanah kilang telah diadakan pada 28 Mac 2018. 
65. Menyediakan kediaman yang lebih selesa melalui Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS). 

Jika dilihat kepada 65 tindakan dan inisiatif yang sudah, sedang dan akan dilaksanakan ini menunjukkan bahawa Ketua Menteri Abang Jo telah mengambilusaha yang proaktif di dalam memastikan Sarawak boleh berdaya saing seperti negeri-negeri yang lain lebih lagi di dalam arus digital sekarang.  Ianya juga turut meliputi gerbang-gerbang ekonomi serta pembangunan rakyat tanpa mengira samada di pedalaman, luar bandar mahupun bandar.  


#SarawakFirst 

No comments:

Post a Comment