Tuesday 15 January 2019

4 LAGI PROJEK JAMBATAN AKAN DIBINA KERAJAAN SARAWAK



BIARPUN hakikatnya empat projek infrastruktur ini sudah dipersetujui oleh kerajaan yang lepas namun apakan daya setelah berpindahtangan, ianya dibatalkan atas alasan kengkangan kewangan. Namun itu bukanlah satu halangan besar bagi Kerajaan Sarawak dibawah kepimpinan Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari kerana dek mengenangkan projek jambatan ini amat penting bagi menghubungkan jalan pesisir serta turut memberi kesenangan kepada rakyat sekitarnya maka Kerajaan Sarawak membulat tekad untuk menjayakannya biarpun harus mengeluarkan dana dari kantung sendiri.  
Empat projek jambatan yang akan dibina itu adalah Jambatan Batang Lupar, Jambatan Lassa, Jambatan Rambungan dan Jambatan Kemena.  Siapnya jambatan-jambatan ini nanti sudah tentu akan memberi impak yang positif kepada pembangunan di Sarawak seperti pembukaan kawasan pertanian dan juga kediaman bagi rakyat Sarawak di kawasan tersebut.  
Hal ini diwar-warkan oleh Ketua Menteri Sarawak ketika mengadakan sidang media usai sahaja mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Peringkat Negeri.  Beliau turut melahirkan rasa puashatinya kerana kementerian di Sarawak cukup cemerlang apabila berjaya melaksanakan 324 projek infrastruktur dengan peruntukan sebanyak RM6.42 bilion.  
#SarawakFirst

No comments:

Post a Comment