JIKA diikutkan jumlahnya mungkin kecil tetapi ianya begitu bermakna buat Sarawak lebih-lebih lagi sekarang kebanyakan daripada pembangunan dan urustadbir Sarawak yang luasnya hampir sama dengan Semenanjung Malaysia digalas dibahu Kerajaan Negeri Sarawak setelah satu persatu projek infrastruktur dan sebagainya dipotong oleh Putrajaya atas kekangan kewangan. Dan tindakan Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan iaitu Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang mempersoalkan kelewatan agihan cukai pelancongan sebanyak RM2.7 juta ada rasionalnya.
Hal ini diperjelaskan melalui pautan ini;
Mungkin tercabar dengan pertanyaan daripada seorang Menteri di Sarawak maka Tuan Lim Guan Eng yang juga Menteri Kewangan Malaysia tampil dengan respons yang cukup menjengkelkan. Maklumbalas itu dinyatakan di dalam satu sidang media dari pejabat Kementerian Kewangan bahkan turut diperluaskan di dada-dada akhbar tempatan.
Antara pautannya adalah seperti berikut:
Ya, kita boleh menerima sekiranya antara alasan LGE adalah masih lagi diperingkat perkiraan tentang pembayaran balik cukai pelancongan kepada negeri-negeri memandangkan almaklum Kerajaan Persekutuan dibawah PH masih lagi baru namun kenyataan pada perenggan akhir beliau seolah-olah menunjukkan “ketuanan” Putrajaya iaitu yang berbunyi;
“Kerajaan Negeri Sarawak masih berhutang lebih daripada RM2.5 bilion kepada Kerajaan Persekutuan dengan tunggakan hampir RM50 juta. Memandangkan Negeri Sarawak mempunyai rizab yang begitu besar, mengapa pula tidak langsaikan hutang kepada Kerajaan Persekutuan? -LGE-.”
Hakikatnya apa yang dinyatakan oleh LGE itu seperti “ah long” yang langsung tidak menunjukkan professionalisma beliau sebagai Menteri Kewangan Malaysia. Ini kerana jika kita melihat kepada kenyataan Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari pada tanggal 4 Disember 2018 berkata bahawa seperti negeri lain di bawah sistem persekutuan, Sarawak memang ada meminjam daripada kerajaan persekutuan, tetapi kerajaan telah membayar pinjaman tersebut mengikut jadual dan semua bayaran dibuat oleh Sarawak tepat pada masanya.
Pautannya adalah seperti berikut:
https://sarawakvoice.com/2018/12/04/sarawak-bayar-balik-hutang-ikut-jadual/
Jadi, apakah rasionalnya seorang Menteri Kewangan Malaysia untuk mengeluarkan kenyataan seperti itu. Sedangkan hakikatnya selama ini bukanlah satu rahsia bahawasanya hasil maksum dari Sarawak telah digodek dan digali serta disalurkan buat “menghidupkan” Negara Malaysia malah jumlahnya melalui perolehan gas dan minyak diambil oleh Petronas dan Putrajaya sekitar RM100 bilion ke RM120 bilion saban tahun. Sekiranya Sarawak benar-benar ingin mengungkit hak sebenar-benarnya sudah tentu Putrajaya yang boleh jatuh muflis.
Tidak kira mana parti yang memerintah baik BN mahupun PH kesemuanya harus jangan pernah melupai jasa-jasa Sarawak selama ini. Rakyat Sarawak sudah cukup berbaik hati selama lebih 55 tahun ini dan kami hanya mampu tengok segala kemewahan yang dikecapi di bumi Malaya sedangkan negeri kami yang “istimewa” kerana dihormati sebagai wilayah pembentuk Malaysia kata kerajaan persekutuan Pakatan Harapan masih lagi tersekat-sekat pembangunannya.
Usah mendabik dada sebegitu rupa wahai Menteri Kewangan Malaysia kerana apa yang dilakukan oleh menteri dari Sarawak adalah untuk menuntut hak rakyatnya. Kami sudah jelak berdiam diri dan tatkala kami bising adalah kerana itu hak kami waima sebesar semut sahaja jumlahnya. Hak tetap hak dan tidak usah nak besar kepala hanya kerana hutang RM50 juta yang sememangnya untuk membangunkan negeri Sarawak. Sekarang ini, yang seharusnya dipikul oleh Persekutuan dengan sewenang-wenangnya diberikan kepada Kerajaan Sarawak hanya kerana rizab kami besar. Contohnya penyelenggaraan jalanraya persekutuan yang sememangnya sudah melanggar apa yang tercatit di dalam Perlembagaan Malaysia.
Jangan sampai kami pulang paku buah keras…faham!
#SarawakianFirst
No comments:
Post a Comment