TANGGAL 15 Januari 2019 akan menjadi satu lagi detik bersejarah di dalam sistem raja berpelembagaan Negara Malaysia apabila pemangku Raja Pahang yakni Tengku Abdullah ibni Sultan Ahmad Shah akan dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang yang baharu bagi menggantikan ayahanda baginda yang sedang gering sekarang. Menurut pengisytiharan yang diwar-warkan oleh Tengku Muda Pahang yang juga adinda baginda iaitu Tengku Abdul Rahman ibni Sultan Ahmad melalui sidang media khas dari Istana Abu Bakar pada hari ini 12 Januari 2019, pemasyhuran Tengku Abdullah akan dilangsungkan di Balai Rong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada jam 11 pagi, hari Selasa depan 15 Januari 2019.
Tengku Abdullah yang dilahirkan pada 30 Julai 1959 di Istana Mangga, Tunggal, Pekan, Pahang Darulmakmur merupakan anakanda yang keempat di dalam lapan adik-beradik dan baginda merupakan putera yang sulung. Memulakan pendidikan awalnya di St. Thomas School Kuantan sebelum melanjutkan pelajaran ke Aldenham School dan Davis College, London.
Baginda berkahwin dengan Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Iskandar Al-Haj pada 6 Mac 1986 di Istana Bukit Serene, Johor Bahru. Isteri baginda merupakan adinda kepada Sultan Ibrahim yakni Sultan Johor Darultakzim sekarang. Hasil perkahwinan baginda berdua dikurniakan dengan empat putera dan dua puteri. Pada tanggal 19 Februari 1991, Tengku Abdullah melangsungkan perkahwinan keduanya dengan seorang selebriti tanahair iaitu seorang pelakon yang sedang popular pada masa itu iaitu Cik Puan Julai Rais di Kota Bharu, Kelantan. Hasil perkahwinan kedua ini, baginda dikurniakan dengan tiga puteri.
Setakat ini seluruh rakyat Malaysia masih lagi memerhati dengan dekat perkembangan perkaitan pemasyhuran Sultan Pahang yang baharu. Ini kerana selepas mantan YDP Agung, Sultan Muhammad V meletakkan jawatan, hanya selepas 24 Januari 2019 barulah kita semua mengetahui siapakan yang akan menjadi YDP Agung Malaysia. Jika diikutkan kepada penggiliran asal Majlis Raja-raja Melayu adalah dimaklumkan penggiliran sebenar untuk YDP Agung adalah Sultan Pahang. Mungkinkah pemasyhuran Tengku Abdullah sebagai Sultan Pahang kelak akan menjadikan beliau sebagai Yang Dipertuan Agung Malaysia yang ke-16 Negara Malaysia.
No comments:
Post a Comment