SEORANG ayah seharusnya menjadi pelindung kepada anak-anaknya namun sayangnya ada segelintir yang lebih gemar menjadi iblis bertopeng syaitan kerana mengikut hawa nafsu sehingga tergamak merogol anak kandung sendiri. Begitulah yang terjadi ke atas seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 14 tahun dirogol oleh ayah kandungnya sejak berusia 10 tahun lagi.
Rahsia terbongkar apabila kanak-kanak itu dibawa ke Klinik Kesihatan Serasot di Bau, Sarawak untuk rawatan selsema pada mulanya yang akhirnya membuka rahsia beliau dirogol oleh ayah kandungnya sendiri. Bertindak daripada laporan itulah, ayah kanak-kanak perempuan itu telah ditangkap oleh pihak PDRM pada 4hb Mac 2019 di Bau dan seterusnya diheret ke mahkamah semalam.
Seorang buruh warganegara Indonesia berusia 32 tahun yang berkahwin dengan penduduk tempatan Sarawak itu telah dijatuhi hukuman 100 tahun penjara dan 50 sebatan oleh Mahkamah Sesyen atas lima pertuduhan. Bagi pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh dijatuhi hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan yang diarahkan untuk berjalan secara serentak. Manakala bagi pertuduhan ketiga, keempat dan kelima dalam Mahkamah Sesyen berlainan, tertuduh dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan, dan diarahkan untuk menjalani hukuman tersebut secara berasingan. Dek kerana ada pertuduhan yang dijalankan serentak maka tertuduh hanya perlu menjalani 80 tahun penjara kesemuanya.
Melihat kepada perkembangan isu “haruan makan anak” ini seperti tiada kesudahannya. Apa sudah hilangkah nilai kasih sayang antara kita manusia. Kanak-kanak itu adalah amanah untuk kita pemberian Tuhan yang Esa.
Berita penuh ada di pautan ini:
https://www.utusanborneo.com.my/2019/03/11/buruh-rogol-anak-dihukum-penjara-100-tahun-50-sebatan?fbclid=IwAR3aT2y-gRTXY2T45AaZrzP1JFVhileHAO_p2GF62axhMNCKuE5Ndx0tNjo
Kredit gambar: Sin Chew Daily
Kredit gambar: Sin Chew Daily
No comments:
Post a Comment