TANPA kita sedari sebagai rakyat Sarawak pada tanggal 2hb Februari 2019 yang lepas, ada serbuan dilakukan oleh Pasukan Counter Terrorist Cawangan Khas di Serian, Kuching. Ianya diwar-warkan oleh Ketua Polis Negara iaitu Tan Sri Mohd Fuzi Harun yang mana menurut beliau, penangkapan tiga orang suspek yang mana seorang lelaki rakyat Mesir dan dua rakyat Sarawak (seorangnya wanita) adalah susulan daripada penahanan sembilan lagi suspek yang dicekup di dalam operasi bersepadu di ibukota Kuala Lumpur.
Tiga orang suspek yang berusia dari 20 hingga 54 tahun disyaki menyembunyikan maklumat tentang kehadiran Operatif Ansar Al-Shariah An-Tunisia yang menjadikan Malaysia sebagai ‘pangkalan selamat” yakni negara transit dan logistik mereka di Asia Tenggara. Antara modus operandi pengganas ini adalah adalah dengan menggunakan dokumen perjalanan palsu atau sah yang kemudiannya mereka berkahwin dengan rakyat tempatan demi untuk memperoleh visa pasangan (spouse visa). Kehadiran mereka amatlah berbahaya kerana boleh menjadikan Malaysia sebagai pangkalan untuk menyerang negara ketiga atau melancarkan serangan di dalam Negara Malaysia itu sendiri.
Suspek-suspek ini ditahan di bawah Bab VIA iaitu kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747). Difahamkan pada tanggal 5hb Mac 2019 yang lalu kesemua mereka telah diusir ke negara asal sebagai langkah keselamatan dan turut telah disenaraihitam daripada memasuki negara ini seumur hidup.
Untuk itu bagi semua rakyat Sarawak adalah perlu untuk kita berhati-hati di hal seperti ini. Ramai antara kelompok pengganas ini sentiasa cuba menangguk di air yang keruh atas sifat keterbukaan kita menerima orang asing di dalam hidup. Perlulah untuk kita menyiasat dahulu siapakah kenalan kita sebelum nasi menjadi bubur. Buruk padahnya kemudian hari.
No comments:
Post a Comment