SUDAH terang-terangannya ianya melanggar perlembagaan dan tindakan Persekutuan yang cuba untuk memindahkan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dari Kuching ke Kota Kinabalu berkuatkuasa 1 Mei 2019 akhirnya terpaksa mereka “tunda”. Rakyat Sarawak dari pelbagai lapisan masyarakat bersama-sama seia sekata mempertahankannya sehingga Persekutuan beralah.
Namun begitu adalah perlu untuk Sarawak membuat bantahan rasmi dan usul daripada ADUN Batu Lintang dari PKR iaitu See Chee How turut mendapat kelulusan sebulat suara di dalam sidang Dewan Undangan Sarawak tengahari tadi. Begitulah hendaknya kita sebagai rakyat Sarawak tanpa mengira ideologi akan terus mempertahankan hak kita dengan meletakkan politiking ke tepi dan maruah Sarawak didahulukan.
#SarawakDiutamakan
No comments:
Post a Comment