Thursday 9 May 2019

PROJEK LRT SARAWAK DITERUSKAN TETAPI LEBIH KECIL



KEADAAN kesesakan jalanraya di Kuching lebih-lebih lagi di kawasan seperti Samarahan, Serian dan Bandaraya Kuching sememangnya antara yang menjadi bualan warga Kuching selama ini.  Dengan banyaknya kawasan perumahan di kawasan Samarahan serta pusat-pusat pengajian tinggi yang berhimpun di kawasan tersebut menjadikan ianya sebagai satu keperluan untuk menaiktaraf sistem pengangkutan yang sedia ada.  

Hakikatnya ianya pernah sebelum ini sudah diwar-warkan oleh Kerajaan Sarawak melalui projek LRT sehingga bayangan stesen-stesennya turut telah diperkenalkan kepada rakyat Sarawak.  Namun apakan daya atas beberapa hal ianya tidak begitu disokong oleh seluruh rakyat Sarawak namun tidak pada warga Kuching itu sendiri kerana mereka yang sebenarnya terpaksa menghadapi segala masalah pengangkutan selama ini.  

Atas kehendak ramai warga Kuching maka semalam di Dewan Undangan Negeri Sarawak, Ketua Menteri Sarawak yakni Abang Johari mengwar-warkan bahawa projek LRT Sarawak akan tetap diteruskan namun ianya akan lebih kecil iaitu merangkumi Samarahan/Kuching sahaja.  Projek ini bukan lagi mirip kepada projek LRT seperti di Kuala Lumpur sebaliknya lebih mirip kepada LRT yang disediakan di Disney Land.  Dan atas itulah kos untuk projek ini juga akan jauh lebih rendah berbanding dengan cadangan sebelumnya.  



#SarawakDiutamakan 

No comments:

Post a Comment