Friday, 2 August 2019

PROJEK PEMBINAAN JAMBATAN LONG LAMA




BUKAN hanya sekadar menanam tebu di tepi bibir tetapi janji itu akan terus ditepati bagi menunjukkan betapa komitednya Kerajaan Sarawak untuk meneruskan pasca pembangunan bagi seluruh Sarawak.  Kesenangan rakyat didahulukan biarpun perlu untuk menanggung kos sendiri yakni sebanyak RM67 diperuntukkan dengan dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak.

Dan projek yang dinanti-nantikan oleh rakyat hasil usaha Kerajaan Sarawak yang  sudah hampir menjadi kenyataan dan diberitakan akan dirasmikan menjelang tengah bulan Ogos ini.  

Berita seperti ini sudah tentu tidak dicanangkan oleh puak-puak pembangkang yang hanya ingin menabur fitnah sahaja seolah-olah Kerajaan Sarawak hanya berpeluk tubuh sahaja.  Banyak lagi pembangunan infrastruktur yang sedang berjalan sekarang.  

Terima kasih Kerajaan Sarawak dan GPS kerana mendengar kehendak rakyat Sarawak amnya dan warga Long Lama khususnya.


#SarawakDiutamakan

PECAH AMANAH RM191K SECRETARY GENERAL FAS DIDAKWA


PEMINAT bolasepak di Sarawak sudah tentu meratapi nasib yang menimpa Persatuan Bolasepak Sarawak yang sehingga sekarang pasukan bolasepak negeri masih lagi tidak menunjukkan pencapaian yang memberansangkan.  Sudahlah terjerumus di dalam kancah kewangan yang meruncing dek kerana berlakunya banyak kegiatan tidak beretika menyaksikan kantung persatuan juga semakin terhimpit dengan pelbagai cerita.  

Hari ini di Mahkamah Kuching menyaksikan seorang bekas Secretary General Persatuan Bolasepak Sarawak iaitu Razali Dolhan, 49 tahun dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan pecah amanah yang melibatkan wang FAS berjumlah RM191,298.70 sen.  Beliau dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan Section 408 Penal Code.  Walau bagaimanapun beliau tidak mengaku salah dan mohon dibicarakan.  


Pautan berita penuh:

“DURIAN PERAK” MERCU TANDA SERIAN YANG BAHARU


BEBERAPA bulan yang lepas, ramai yang bersedih tatkala mercu yang sinonim dengan Serian dialihkan bagi membenarkan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo yang melalui kawasan mercu tersebut.  Berdasarkan komentar warga netizen ramai yang bertanya apakah pengakhiran bagi mercu tanda tersebut kerana ianya juga adalah identiti Serian sekian lama.  Namun semua akur kerana inilah antara pengorbanan yang harus kita hadapi bila mana kita menuntut satu pembangunan.  

Namun begitu usaha daripada pihak swasta untuk terus mengekalkkan identiti Serian harus dipuji apabila sebuah mercu tanda “Durian” yang dicat dengan warna perak telahpun didirikan di hadapan Hotel Roxy berdekatan Serian Durian Plaza Commercial Centre.  Ianya juga dikatakan mengukir sejarah tersendiri sebagai skuptur durian paling besar di Malaysia setakat ini.  


Pautan berita penuh:

3 ANCAMAN BOM DI KL, 1 BENAR 2 PALSU


BERTINDAK daripada satu status yang dimuatnaik di laman Twitter yang mengatakan terdapat tiga ancaman bom lewat petang semalam menyaksikan PDRM menyerbu beberapa lokasi di Kuala Lumpur.  Ianya harus diambil tindakan segera kerana ianya melibat keharmonian dan kesejahteraan negara.

Ancaman pertama disahkan melalui maklumat orangramai yang menemui bahan letupan termampat (IED) kira-kira jam 5 petang di sebuah rumah di Bukit Damansara.  Walau bagaimanapun pihak polis hanya diberitahu akan hal tersebut kira-kira jam 10 malam dan Unit Pemusnah Bom (UPB) segera dihantar ke lokasi yang akhirnya mengesahkan bahawa IED itu masih tidak lengkap sepenuhnya.

Sebelum itu kira-kira jam 9 malam, satu lagi ancaman bom dimuatnaik yang menyaksikan UPB telah bergegas ke kawasan KL Sentral.  Pemeriksaan yang menyeluruh dilakukan dan disahkan tiada tanda-tanda objek mencurigakan ditemui.  Polis turut dihantar ke Kedutaan Rusia di Jalan Ampang yang mana menyaksikan ianya juga adalah ancaman bom palsu.  

Pihak Polis sekarang sedang memburu pemilik laman twitter tersebut dengan bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.  

Pautan berita sepenuhnya: 

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/polis-kuala-lumpur-terima-tiga-ancaman-bom-213961

Thursday, 1 August 2019

KENYATAAN MEDIA KETUA WHIP GPS


1. Ahli-ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) di semua peringkat perlu bersiap sedia sepenuhnya untuk menyahut seruan “sedia berperang” oleh YAB Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, terhadap Pakatan Harapan (PH), demi mempertahankan hak rakyat dan negeri Sarawak.

2. Ini kerana hanya GPS, parti jati Sarawak, yang bersungguh-sungguh dalam memperjuang serta mempertahankan hak Sarawak ketika ini, sedang pemimpin PH Sarawak langsung tidak bersuara ketika projek untuk Sarawak dibatalkan, manakala hak-hak Sarawak dicabar satu persatu.

3. Kesediaan GPS untuk “berperang” adalah bukti ketegasan YAB Ketua Menteri Sarawak dalam mempertahankan hak Sarawak seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Pada masa sama, semua lapisan rakyat Sarawak seharusnya menyokong penuh ketegasan YAB Ketua Menteri yang enggan berkompromi dalam meminta Kerajaan Persekutuan supaya berhenti daripada mencabuli atau melanggar hak-hak Sarawak.

4. Kerajaan Sarawak juga sudah bosan dengan sikap tidak bersungguh-sungguh Kerajaan Persekutuan dalam membantu Sarawak. Pemimpin Pakatan Harapan berkumpul di Kuching Ahad lepas semata-mata hanya untuk mengkritik Kerajaan Sarawak sambil mendakwa idea mereka lebih bernas, bukannya datang untuk mengumumkan projek pembangunan untuk rakyat Sarawak.

5. Pemimpin PH hanya pandai bercakap dan membuat janji kosong. Kita sudah tengok sendiri bagaimana PH bukan sahaja “membakulsampahkan” janji-janji dalam Manifesto PRU-14, malah projek-projek yang sudah diluluskan untuk Sarawak dibatalkan atas alasan tidak ada bajet, namun pada masa sama projek-projek baharu dengan kos lebih tinggi diumumkan di Semenanjung.

6. Tidak ada gunanya Kerajaan Sarawak menghulurkan tangan untuk berbaik jika hak-hak Sarawak terus dicabar dan Sarawak dianaktirikan dalam pemberian bajet dan pembangunan.

7. Justeru semua jentera parti perlu bersedia untuk “berperang” bukan sahaja dengan turun padang menyantuni akar umbi supaya memahami senario politik semasa, malah juga perlu lebih aktif dalam menangkis serangan terhadap GPS di media sosial.

8. Saya juga ingin mengajak semua wakil rakyat dan pemimpin GPS di semua peringkat supaya secara peribadi lebih aktif di media sosial untuk menjawab apa sahaja isu yang dibangkitkan serta menyampaikan mesej betul kepada rakyat, bukannya bergantung kepada “admin” semata-mata untuk berurusan dengan rakyat

Dato’ Sri Hj Fadillah Hj Yusof
Ketua Whip GPS
Naib Presiden Kanan PBB
Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya
(1 Ogos 2019)

SOKONG PM TM, GPS HADIR ATAS JEMPUTAN -KM ABG JO-


ANTARA isu yang sehingga sekarang belum ternoktah sejak PH menjadi pemerintah adalah siapakah PM ke-8 kerana dikatakan Tun M sebagai PM ke-7 sekarang telah berjanji untuk menyerahkannya kepada DSAI.  Namun episod bakal pm ini terus-terusan umpama sorong papan tarik papan kerana ada ura-ura menyatakan Tun M masih lagi belum mengumumkan kesediaannya menyerahkan jawatan no 1 Malaysia itu.  

Selasa lalu difahamkan ada sekumpulan ahli-ahli pembangkang Malaysia telah mendatangi Tun M di Putrajaya berkenaan dengan isu tersebut.  Dikatakan bahawa blok pembangkang ini adalah dari PAS, UMNO dan GPS yang didakwa menyokong Tun M untuk kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia sehingga habis penggal.  Ianya disahkan oleh Tun M yang berkata itu adalah perjumpaan rahsia dan tidak harus diberikan maklumat-maklumat perjumpaan itu.

Pautan berita penuh adalah seperti berikut:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/08/591290/mereka-nak-jumpa-saya-saya-jumpalah

Di pihak GPS pula melalui Pengerusi GPS yang juga Ketua Menteri Sarawak dan ADUN Satok iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari ketika ditanya oleh wartawan mengesahkan bahawa sememangnya ada ahli yang berhormat dari GPS bertandang ke Putrajaya menemui Tun M dan kehadiran mereka adalah atas jemputan.  Beliau turut menyatakan bahawa beliau tidak tahu apakah yang dibincangkan di dalam pertemuan tersebut.

Pautan berita seperti berikut:


Nampak gayanya semakin menarik perebutan kuasa jawatan Perdana Menteri Malaysia ini yang boleh diumpamakan kudrat Tun M masih lagi dituntut oleh ramai pihak termasuklah kumpulan pembangkang seperti Abdul Hadi Awang yang telah memberikan sokongan secara terbuka untuk beliau memegang jawatan itu sehingga tamat penggal.  

Dengan banyak cerita di pihak Parti Keadilan Rakyat pula yang telah terbahagi kepada dua kem menyaksikan DSAI masih belum mempunyai sokongan padu daripada parti sendiri untuk menjadi PM ke-8.  Sama-sama kita tunggu adakah DSAI akan terus menjadi bakal pm paling lama di dalam sejarah atau Tun M seperti yang diketahui itu hanya janji yang boleh sahaja dimungkiri seperti manifesto PH yang bukan satu kitab suci untuk ditunaikan.

GENDANG PERANG SUDAH DIPALU, PENDEKAR GPS SUDAH BERSEDIAKAH?


Gendang perang lantang kedengaran,
Burung di hutan sayup berterbangan,
Keris ku genggam pedang dilibaskan,
Membujur lalu melintang ku patahkan

ITU merupakan pantun empat kerat yang mengambarkan kesiapsiagaan pendekar berhadapan dengan musuh petualang. Dan ianya cukup sama dengan apa yang dinyatakan oleh Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen sewaktu ucapan beliau di Majlis Makan Malam “Harapan Sarawak Baru” baru-baru ini yang mana beliau melaungkan bahawa Pilihanraya Negeri yang mungkin diadakan pada tahun 2021 kelak merupakan pertarungan maha hebat antara gabungan persekutuan dan gabungan tempatan Sarawak.  Malah mereka yakin Sarawak akan boleh ditawan dengan mudah kerana sebagai parti pemerintah persekutuan, PH mempunyai segalanya.  

Pautan adalah seperti berikut:


Berbicara dari segi itu, GPS sebagai parti tempatan yang memerintah Sarawak sekarang yang sudah dicabar sebegitu rupa tidaklah masih lagi hendak memetik bunga kemboja di taman sari sebaliknya jika ada yang menjual sudah tentu ada yang membeli.  “Perang” yang diistiharkan oleh PH Sarawak sudah disahut tatkala KM Sarawak yang juga Pengerusi GPS mengatakan bahawa GPS akan berperang habis-habisan untuk mempertahankan pemerintahan mereka di Sarawak.  

Dengan nada penuh berkias, KM Abang Johari menyatakan jika hendak turun berperang segala logistik mesti disediakan, jika menembak musuh harus tepat ke sasaran.  Tambah beliau lagi bahawa sebagai seorang Jeneral, beliau akan terus berjuang dan kekuatan seseorang Jeneral Perang juga terletak pada askar-askar di barisan belakang yang akan setia bersama Jeneral sehingga ke titisan darah yang akhir.


Pautan berita penuh seperti berikut:


Kata-kata yang diucapkan oleh KM Abang Johari ini sudah cukup menggambarkan bahawa beliau sudah bersedia dan dalam pada itu memerlukan komitmen daripada akar umbi GPS sendiri untuk bersama-sama mengembleng tenaga meneruskan apa yang tersisa mendekati rakyat.  Ianya adalah tanggungjawab bersama dan bukan hanya meletakkan segalanya diatas bahu pemimpin-pemimpin atasan.  

Jika Chong Chieng Jen dan kuartet Malayanya yakin bahawa mereka akan dengan mudah mengalahkan gabungan parti tempatan Sarawak, adakah ahli-ahli dan penyokong GPS akan berdiam diri dan bersembunyi di belakang pintu dengan penuh rasa ketakutan menggigil-gigil sambil mengetip jari? Sudah tentu kita tidak mahu ianya menjadi seperti perang “kacang potet”, selagi nyawa dikandung badan parti tempatan Sarawak akan terus dipertahankan.   

Turunlah ke gelanggang sekarang wahai anak bangsa Sarawak yang cintakan Sarawak seadanya, biar pilihanraya dalam dua tahun lagi tetapi persediaan bermula dari sekarang. Jangan seperti kuartet Malaya yang hanya bertandang sehari dua dan menjadi tukang tunjuk untuk mengajar kita apa yang harus kita lakukan pada ibu pertiwi kita.  Jeneral perang sudah bersedia malulah “askar-askar” jika masih lena dibuai mimpi indah.   

Keris disanding bersama tombak
Diasap setanggi bunga teratai
Kalau takut dilambung ombak
Jangan berumah di tepi pantai


#SarawakDiutamakan