Monday, 24 February 2020

YDPA BATAL LANTIKAN JEMAAH MENTERI


BERDASARKAN peruntukan yang tercatat di dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan, YDP Agong berkenan untuk membatalkan semua jawatan Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri berkuatkuasa 24 Februari 2020.     

GPS TIDAK PERLU MENYERTAI PARTI DARI MALAYA -DATO IDRIS BUANG-


SATU-SATUNYA parti politik yang belum lagi mengumumkan apa-apa mengenai kemelut politik yang berlaku di Malaysia sehingga ke hari ini adalah Gabungan Parti Sarawak.  Biar banyak spekulasi konon-konon GPS memihak untuk Tun M terus kekal menjadi Perdana Menteri memimpin negara Malaysia dan tidak kurang yang sumber yang mengatakan bahawa GPS berada di pihak kem PH namun sehingga ke hari ini ianya masih lagi umpama teraba-teraba di dalam terang.  Ramai teruja untuk mendengar keputusan GPS kerana sidang media yang dijadualkan berlaku esok hari, 25/2/2020 turut telah ditunda ke satu tarikh yang tidak dinyatakan.  Dikhabarkan hanya Ketua Menteri Sarawak yang mempunyai kata putus akan perkara itu.  

Mengulas isu itu dipihak manakah GPS berada, untuk Ketua Penerangan PBB iaitu Dato Idris Buang yang juga ADUN Muara Tuang menyatakan bagi beliau, GPS seharusnya kekal neutral yakni tidak seharusnya menyertai mana-mana gabungan parti politik Malaya sepertimana sewaktu bersama Barisan Nasional dahulu.  Sebaliknya biarlah GPS berdiri bebas dengan mempunyai kuasa sendiri di dalam mencorakkan halatuju politik di Sarawak dan terus memperjuangkan hak-hak rakyat seperti yang dilaungkan selama ke hari ini.  

Pautan berita penuh:


Untuk rekod, Gabungan Parti Sarawak mempunyai empat komponen parti tempatan yang menyertainya dan PBB merupakan yang paling dominan. Untuk suara rakyat di Parlimen Malaysia, GPS sahaja diwakili oleh 18 orang ahli parlimen.  

GPS “THE KING MAKER”?


DI mata Dato Seri Anwar (PKR), Lim Guan Eng (DAP) dan Mat Sabu (PAN) mungkin apa yang dilakukan oleh Tun Mahathir itu adalah seperti mengotakan janjinya untuk memberikan jawatan PM kepada DSAI! TETAPI pokok persoalannya sekarang adakah DSAI mempunyai cukup kerusi untuk memegang tampuk pemerintahan seterusnya? Dengan Azmin, Zuraida bersama-sama sembilan lagi ahli parlimen PKR telah menyatakan mereka keluar PKR berkemungkinan besar impian DSAI sekali lagi terpaksa ditunda kerana PH telah tiada kuasa majoriti.

Sekarang segalanya terletak di bahu Yang Dipertuan Agong yang mana mempunyai kuasa mengatasi segalanya bagi memastikan kestabilan ekonomi Malaysia akan terus berlaku. Perletakan jawatan Tun M mungkin adalah satu strategi ke arah itu daripada membenarkan beliau mengemukakan barisan kabinet yang baharu yang mungkin tidak boleh diterima oleh DSAI kerana sudah membelakangi beliau.

Buat masa sekarang, gabungan UMNO, PAS, Warisan, PPBM dan team Azmin berada di sebelah kanan manakala PH hanya tinggal PKR (tolak team Azmin), PAN dan DAP di sebelah kiri. Hanya GPS setakat ini yang masih belum mempunyai kata putus menyebelahi sesiapa dan segala jawapan hanya ada pada Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari yang mana telah mendapat mandat sepenuhnya oleh ahli-ahli parlimen GPS untuk memberikan keputusan terulung berlandaskan hak-hak Sarawak menjadi tiang seri utamanya.

Admin difahamkan sidang media dari Ketua Menteri Sarawak akan diadakan pada esok hari 25 Februari 2020 di Kuching, Sarawak. Mungkin hanya pada esok hari kita akan mendapat jawapan samada akan ada pertukaran kerajaan yang baharu ataupun bubar parlimen. Tungguuuuuuu…

Gunung gading puncak mahligai
Masak ketupat berisi inti
Hancur daging tulang berkecai
Belum dapat belum berhenti

Sunday, 23 February 2020

TUN M LETAK JAWATAN!


MELALUI kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri mengesahkan bahawasanya Tun Mahathir Mohamed sudahpun menghantar surat perletakan jawatannya ke YDP hari ini.

BERSATU KELUAR PAKATAN HARAPAN


MELALUI status di laman facebook Tan Sri Datuk Muhyiddin bin Mohd Yassin mengesahkan bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) KELUAR dari gabungan Pakatan Harapan hari ini. Turut dimaklumkan bahawa kesemua Ahli Dewan Rakyat Bersatu turut keluar dari PH dan telah menandatangani SD bagi menyokong kepimpinan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia.  

Pautan berita penuh:


AHLI PARLIMEN PANDAI SIMPAN RAHSIA


SEMALAMAN menunggu sidang media yang hendak dilangsungkan namun begitu baik pihak media mahupun rakyat terus dihamparkan dengan persoalan demi persoalan tanpa jawapan yang pasti. Malam ini juga ada satu “mesyuarat” yang berlangsung di Hotel Sheraton, Petaling Jaya yang tidak kurang hebat kerana ramai politikus dari pelbagai parti menghadirinya.  

Kesudahannya tetap kosong kerana kesemua 131 ahli parlimen yang hadir begitu pandai menyimpan rahsia.  

Pautan berita penuh:


Kita tunggu episod seterusnya esok. 

KERAJAAN MALAYSIA YANG BAHARU ATAU BUBAR PARLIMEN?


HARI AHAD biasanya hari santai-santai untuk kita semua tetapi tidak pada hari ini kerana bertiup kencang di sosmed mahupun dada-dada akhbar tempatan mengenai adanya mesyuarat tergempar yang diadakan oleh parti-parti politik yang ada di Malaysia berlaku di ibunegara iaitu Kuala Lumpur.  Malah Gabungan Parti Sarawak pun tidak kurang dengan aksinya kerana kehadiran Ketua Menteri Sarawak yang membuat mesyuarat bersama 18 ahli parlimen GPS di Sarawak turut menjadi tumpuan.  Setakat ini tidak diketahui apakah yang berlaku sebenarnya kerana masih tiada sebarang kenyataan akhbar atau ulasan daripada ahli-ahli politik Malaysia mengenainya.  

Dan baru sebentar tadi, segala lensa para wartawan media tertumpu di Istana Negara yang mana menurut ulasan mereka mengatakan kenderaan para VVIP mula memasuki tempat bersemayam DYAM Yang Dipertuan Agong Malaysia.  Kita almaklum walau apa jua yang berlaku haruslah mendapat perkenan daripada Agong kita.  

Pautan berita penuh:


Sementara kita menantikan jawapan yang pasti maka teruslah berteka-teki samada benarkan bahawa Malaysia akan mempunyai kerajaan yang baharu menggantikan kerajaan yang sedia ada dan mungkin juga rakyat Malaysia akan perlu membiasakan diri untuk memangkah X pada yang benar-benar layak lagi iaitu Pilihanraya Umum ke-15.