Sunday, 9 July 2017

CALON TEMPATAN PILIHAN AKAR UMBI MUKAH

ANGIN PRU ke-14 semakin bertiup kencang sekarang dengan pelbagai kawasan Parlimen di Sarawak bakal membariskan muka-muka baru sebagai wakilnya. Ini termasuklah Parlimen Mukah yang mana mungkin Datuk Leo Michael Toyad dikatakan tidak akan mempertahankan kawasannya bagi memberi laluan kepada muka baru membarisi PBB / BN Sarawak.

Mendengar corat coret di akar umbi Mukah pula cukup gah permintaan mereka agar Parlimen Mukah pada kali ini dipilih di kalangan mereka sendiri. Iaitu individu yang sememangnya sentiasa basah sewaktu hujan mahupun kering keringatnya di dalam apa sahaja situasi yang melanda Mukah selama ini. Ini kerana bagi akar umbi inilah sebenarnya calon yang akan serius dan memahami apakah itu Mukah sebenarnya.

Melihat kepada laungan itu juga sudah ada beberapa nama yang ditampilkan seperti Datuk Dr Maliki Mahli, Puan Faridah Osman, Datuk Sulaiman Hussaini dan beberapa individu yang lain. Ternyata di dalam senario calon pilihan ini, Datuk Dr Maliki Mahli antara yang paling dekat dengan ciri-ciri permintaan akar umbi. Bukan satu rahsia di sebalik kebijaksanaan beliau mengemudi firma arkiteknya, beliau juga adalah antara barisan pemimpin tempatan yang sentiasa turun ke gelanggang di zaman susah mahupun senang rakyat di Mukah.

Jadi terpulang kepada pucuk pimpinan untuk memilih siapakah yang paling layak. Jangan sesekali mengabaikan permintaan akar umbi kerana mereka sebenarnya yang akan mengatur langkah setiap pelarasan pembangunan rakyat di Mukah. Suara akar umbi itu juga adalah suara rakyat Mukah.

2 KORBAN RABIES MENINGGAL DUNIA




SALAM takziah buat keluarga dan adik beradik mangsa virus anjing gila rabies iaitu Monica, 6 tahun dan Jackson, 4 tahun. Kedua-duanya telah disahkan meninggal dunia sekitar jam 2 petang di Hospital Umum Sarawak 4/7/2017. 

Kita turut merasa segala kesedihan keluarga mereka. Untuk itu orangramai turut diingatkan sekiranya ada yang abnormal pada anjing-anjing di sekitar kawasan kediaman anda segeralah merujuk kepada pihak yang berwajib. Dan begitu juga pada mereka yang telah diserang anjing segeralah merujuk kepada klinik dan hospital yang berhampiran. Jangan sesekali memandang enteng akan hal serperti ini.

SARAWAK SABAH BERHAK MENYEMAK MA1963 - TPM


BILAMANA Sarawak mengambil keputusan menghantar delegasi perundangannya ke kota London bagi menyemak serta memahami isi kandungan Perjanjian Malaysia 1963, maka timbullah pelbagai maklumbalas dari seluruh rakyat Malaysia. Bagi rakyat Sarawak secara amnya amat berbesar hati atas langkah yang diambil. Dari sudut lain ramai juga yang mempunyai pandangan skeptikal.

Di dalam keriuhan itu juga bagi Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Zahid Hamidi pula mempunyai pandangannya yang tersendiri. Menurut beliau yang sedang membuat lawatan kerja di Sarawak semalam menyatakan sokongan beliau atas langkah bijak kepimpinan CM Abang Jo itu. Tiada apa yang harus dirisaukan kerana itu adalah hak Sarawak dan Sabah untuk berbuat demikian. Ini kerana kedua-dua entiti ini adalah yang menandatangani Perjanjian tersebut.

Sokongan seperti inilah kita perlukan kerana apa yang dilakukan oleh Sarawak bukanlah mahu menjadi petualang negara. Sebaliknya cuba mengungkai persoalan hak yang termaktub di dalam perjanjian tersebut agar senang kita menuntutnya kelak.

WABAK RABIES MELANDA SARAWAK


KEPADA warga Sarawak, anda harus baca dan share posting ini untuk peringatan kita bersama. Apakah itu Rabies? Ketahui Tanda, Gejala , Pencegahan dan Tindakan yang perlu dilakukan sekiranya dijangkiti.

Kredit: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

DELEGASI PERUNDANGAN SARAWAK KE UK SEMAK PERJANJIAN MALAYSIA 1963


54 tahun dahulu sebelum Negara Malaysia itu wujud di kota London inilah lokasinya satu perjanjian yang merupakan "ibu" kepada pembentukan Malaysia telah ditandatangani oleh empat entiti. Empat entiti tersebut adalah Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Singapura, North Borneo dan Sarawak dengan bersaksikan Kerajaan British. Tiada siapa boleh menyangkal bahawasanya tanpa perjanjian ini maka tiadalah Malaysia yang kita kenali sekarang.

Atas perihal pentingnya Perjanjian Malaysia ini untuk difahami dan dijadikan rujukan maka Kerajaan Negeri Sarawak dibawah kepimpinan Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg dengan restu seluruh kabinet Sarawak telah menghantar delegasi perundangannya ke Kota London. Delegasi ini diketuai oleh Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek, YB Hajjah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali bersama barisan peguam bertauliah dan ternama dari Sarawak Bumi Kenyalang.

Kunjungan delegasi perundangan ini membawa misi penting iaitu menggodek, mengkaji serta memahami apakah hak-hak sebenar rakyat Sarawak seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963. Ianya langsung sebagai satu isyarat kepada rakan sejajar pembentukan Malaysia bahawa Sarawak belum pernah beralah atas setiap tuntutannya.

Satu tindakan yang sudah tentu disokong oleh rakyat Sarawak kerana semenjak daripada dipimpin oleh mantan KM Allahyarham Tok Nan, rakyat Sarawak sehingga sekarang meminta Putrajaya untuk menghormati setiap hak-hak Sarawak. Tiada apa yang perlu dirisaukan jika berada di pihak yang benar.

Thursday, 29 June 2017

PRU KE-14 : PBB DEMAK LAUT SIAGA






CORAT coret Pilihanraya Umum Malaysia semakin terasa apabila banyak jentera parti di seluruh negara telah mula mengatur pelbagai strategi untuk menghadapinya.  Walaupun untuk konteks Sarawak, musim pilihanraya hanya meliputi pengundian bagi kawasan parlimen kerana untuk pilihanraya negeri sudahpun selesai pada tahun 2016 lagi.  

Walaupun begitu PRU mahupun PRN bukanlah pokok persoalannya kerana walau di dalam apa jua misi untuk Barisan Nasional mengungguli pucuk pemerintahan di Putrajaya akan tetap berjalan seperti biasa.  Begitulah juga kesiap siagaan untuk cawangan PBB Demak Laut yang dipimpin oleh ADUN Demak Laut iaitu YB Dr. Hazland Abang Hipni.  Umpama sediakan payung sebelum hujan begitulah perumpamaan di dalam membicarakan kaedah pengurusan tadbir yang lebih dinamik bagi ranting PBB Demak Laut ini.  

Luasnya kawasan DUN Demak Laut sememangnya tidak boleh dinafikan maka untuk itu sejak awal-awal lagi, beliau bersama jentera PBB Demak Laut telah mengambil langkah drastik dengan membahagikan ranting PBB Tabuan Hilir kepada tiga bahagian.  Kesemuanya dilakukan bagi memastikan sebarang isu yang tampil lebih mudah dan senang diselesaikan serta mendapat perhatian yang lebih cepat berbanding sebelum ini.  

Selain itu, perlaksanaan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk DUN Demak Laut juga terus rancak berlangsung seperti yang dirancangkan sebelum ini.  Kesemuanya dilakukan bagi memastikan untung nasib rakyat di Demak Laut sentiasa diutamakan sejajar dengan apa yang menjadi keutamaan kerajaan Barisan Nasional Sarawak selama ini.  


Nota: Teaser artikel sekitar Majlis Rumah Terbuka ADUN Demak Laut pada 2 Syawal yang lepas. 

Tuesday, 27 June 2017

VIOLET YONG (DAP) KEHABISAN MODAL


AGAKNYA sudah tiada isu yang hendak diketengahkan sehingga duit raya di ketika Majlis Rumah Terbuka Bersama Ketua Menteri Sarawak baru-baru ini menjadi salah satu serangan basi bagi seorang pemimpin DAP Sarawak iaitu Violet Yong.  Tanpa memahami apakah makna “duit raya” di dalam konsep tradisi sambutan Hariraya maka beliau boleh membuat tuduhan sembrono keatas kepimpinan Sarawak.  

Di laman sosialnya beliau berlagak angkuh seolah-olah nilai duit raya yang dikatakan hanya RM10 berbanding RM50 untuk golongan OKU yang hadir pada majlis tersebut di ketika pemerintahan Ketua Menteri sebelumnya iaitu Allahyarham Tok Nan pula diperbandingkan. Bukanlah nilai yang seharusnya dimanipulasi oleh Violet Yong kerana hakikatnya Kerajaan Negeri Sarawak sejak dari dahulu lagi tidak pernah melupakan golongan OKU yang sentiasa dibantu.  

Mungkin kerana sudah tidak mampu menerima serangan balas warga netizen atas “kebodohannya” itu akhirnya memaksa Violet Yong “membuang” postingnya sendiri di laman sosialnya.  Lain kali berfikir dahulu sebelum membuat apa-apa kerana di dalam dunia media sosial ini walau “didelete” posting “printscreen” tetap ada untuk menjadi rujukan.  

Ingin juga bertanya apakah sumbangan Violet Yong mahupun DAP Sarawak di dalam membantu golongan OKU di Sarawak selama ini? Tepuk dada tanya iman.