ANGIN PRU ke-14 semakin bertiup kencang sekarang dengan pelbagai kawasan Parlimen di Sarawak bakal membariskan muka-muka baru sebagai wakilnya. Ini termasuklah Parlimen Mukah yang mana mungkin Datuk Leo Michael Toyad dikatakan tidak akan mempertahankan kawasannya bagi memberi laluan kepada muka baru membarisi PBB / BN Sarawak.
Mendengar corat coret di akar umbi Mukah pula cukup gah permintaan mereka agar Parlimen Mukah pada kali ini dipilih di kalangan mereka sendiri. Iaitu individu yang sememangnya sentiasa basah sewaktu hujan mahupun kering keringatnya di dalam apa sahaja situasi yang melanda Mukah selama ini. Ini kerana bagi akar umbi inilah sebenarnya calon yang akan serius dan memahami apakah itu Mukah sebenarnya.
Melihat kepada laungan itu juga sudah ada beberapa nama yang ditampilkan seperti Datuk Dr Maliki Mahli, Puan Faridah Osman, Datuk Sulaiman Hussaini dan beberapa individu yang lain. Ternyata di dalam senario calon pilihan ini, Datuk Dr Maliki Mahli antara yang paling dekat dengan ciri-ciri permintaan akar umbi. Bukan satu rahsia di sebalik kebijaksanaan beliau mengemudi firma arkiteknya, beliau juga adalah antara barisan pemimpin tempatan yang sentiasa turun ke gelanggang di zaman susah mahupun senang rakyat di Mukah.
Jadi terpulang kepada pucuk pimpinan untuk memilih siapakah yang paling layak. Jangan sesekali mengabaikan permintaan akar umbi kerana mereka sebenarnya yang akan mengatur langkah setiap pelarasan pembangunan rakyat di Mukah. Suara akar umbi itu juga adalah suara rakyat Mukah.
No comments:
Post a Comment