JUMLAH korban virus rabies di Sarawak sudah mencecah empat orang setakat ini apabila semalam sekitar jam 2.00 petang, seorang kanak-kanak berusia 5 tahun iaitu Florancesia Anak Edward meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak. Mendiang Florancesia berasal dari Kampung Ampungan, Serian iaitu salah satu perkampungan yang sudah disahkan antara perkampungan yang dilanda wabak rabies sekarang.
Setakat ini pihak Kementeria Kesihatan Malaysia sudah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi membendung wabak ini dari terus menular dengan memberi penerangan kepada penduduk perkampungan serta memberi vaksin percuma kepada anjing dan kucing yang ada di kawasan yang terlibat.
Salam takziah untuk keluarga Mendiang Florencesia. May her soul rest in peace. Amen.
No comments:
Post a Comment