HANYA tidak mengikut arahan iaitu dengan tidak mencetak kerja latihan matapelajaran Pendidikan Sivik dan Ketatanegaraan, tiga pelajar sekolah menengah agama di Kuching dihukum oleh gurunya. Akibat daripada hukuman melampau itu menyebabkan dua daripada mereka dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak pada Khamis lepas kerana sudah tidak mampu untuk berdiri dan bergerak seperti biasa.
Ketuk ketampi sebanyak 300 kali kemudian senam cangkung 200 kali dan seterusnya bangkit tubi 300 kali dan diikuti pula tekan tubi 200 kali. Dan ianya terus ulangi lagi sebanyak 50 set dalam masa satu jam. Begitulah hukuman melampau yang dikerah ke atas tiga pelajar tersebut oleh seorang guru wanita di Kuching. Satu hukuman yang sebenarnya jika difikirkan adalah hukuman “ala komando” yang enduransinya selayaknya untuk anggota tentera bukannya seorang pelajar sekolah.
Difahamkan menurut laporan perubatan melihat kepada kecederaan pelajar ini didapati bahawa tisu dan otot pada kedua-dua paha telah terkoyak. Dan apa yang lebih membimbangkan berkemungkinan besar mungkin ada implikasi berlarutan seperti boleh merosakkan buah pinggang mereka.
Buat masa sekarang, kaum keluarga pelajar sudahpun membuat laporan polis atas hukuman melampau ke atas anak-anak mereka malah Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak juga sudah sedia maklum mengenai insiden ini. Insiden ini tidak boleh hanya dipandang sipi-sipi kerana ini melibatkan masa depan generasi mendatang kita. Hukuman itu hendaklah berpada-pada dan bukannya hanya hentam kromo semata-mata tanpa mempunyai belas sebagai seorang manusia.
Apakah kita ingin peristiwa yang berlaku keatas seorang pelajar tahfiz di Kota Tinggi, Johor berulang kembali hanya kerana hukuman yang tidak masuk akal dikenakan keatas seorang pelajar? Kita bersedih atas hal ini dan janganlah ianya berlaku di Sarawak pula.
No comments:
Post a Comment