SETELAH pelbagai reaksi rakyat terutama sekali rakyat Sarawak di dalam membicarakan cukai pelancongan yang cuba dilaksanakan di Malaysia, akhirnya semalam Menteri Pelancongan Malaysia iaitu Dato Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz tampil memperjelaskan polisi baru yang mengenai akta tersebut.
Mengikut apa yang diperjelaskan di Dewan semalam menyatakan bahawa Cukai Pelancongan yang dijangka akan dilaksanakan pada tanggal 1 Ogos 2017 ini hanya dikenakan sepenuhnya untuk para pelancong asing. Kesemua pelancong asing akan harus membayar RM10 harga dasar untuk setiap bilik tanpa mengira status beberapa bintang hotel tersebut. Dan rakyat Malaysia pula terkecuali sepenuhnya daripada membayar apa-apa untuk cukai pelancongan ini.
Begitulah ceriteranya mengenai cukai pelancongan yang telah dipinda beberapa kali cara perlaksanaan hanya kerana terlalu tergopoh-gapah membuat sebarang keputusan. Walaupun kemenangan berpihak kepada rakyat Malaysia itu sendiri tetapi ianya juga turut menampakkan betapa “pintarnya” sesetengah Menteri Persekutuan Malaysia walaupun orang lama di dalam politik membuat sesuatu perlaksanaan tanpa membuat penyelidikan yang sedalam-dalamnya.

No comments:
Post a Comment