Friday 14 July 2017

ANAK SARAWAK JUARA 3 EMAS 1 PERAK DI “TALENT OLYMPICS” DUNIA




KECINTAANNYA untuk memartabatkan seni muzik tradisional iaitu sape sememangnya amat mengkagumkan. Bakat yang ada pada dirinya dieksplorasi sebaik mungkin dengan berguru dengan mereka yang sememangnya ahlil di dalam muzik tradisional Kaum Orang Ulu Sarawak ini.  

Siapa sangka seorang anak Sarawak mampu mengangkat nama Sarawak, Malaysia di mata dunia melalui persembahan yang memukau di ketika berlangsungnya “Talent Olympics”, WCOPA yang saban tahun diadakan di Long Beach, California baru-baru ini.  Saufi Aiman Yahya, begitulah nama seorang pemuda anak Sarawak yang begitu membanggakan kita semua apabila berjaya dinobatkan sebagai Juara Pingat Emas untuk tiga kategori pertandingan iaitu kategori Jazz, Kontemporari dan Klasik Tradisional.  Manakala mendapat Pingat Perak untuk kategori Karya Asli.  

Semoga kejayaan anak Sarawak ini menjadi pembakar semangat untuk anak Sarawak yang lain terus mengukir nama di arena antarabangsa.  Tahniah dan syabas untuknya dan teruslah kibarkan bendera Sarawak di mata dunia.   

No comments:

Post a Comment