Monday 31 July 2017

LELAKI DITAHAN CABUL KANAK-KANAK 17 BULAN


ENTAH mengapa isu pedofilia semakin menggila di Sarawak sekarang.  Beberapa hari yang lepas kita diwar-warkan dengan satu kes rogol yang membabitkan saudara terdekat di dalam keluarga di Limbang dan semalam riuh lagi dengan berita yang begitu menjengkelkan kita semua apabila ada manusia yang bernafsukan syaitan wujud antara kita.   

Kejadian yang berlaku di Kampung Tambirat, Asajaya yang membabitkan kanak-kanak seawal usia 17 bulan (1 tahun 5 bulan) dan 5 tahun menjadi mangsa pencabulan sehingga dikatakan mempunyai kesan lebam-lebam di alat sulit mereka.  Ekoran daripada itu juga seorang pemuda iaitu suspek  telah ditahan dan direman seminggu untuk membantu siasatan. Difahamkan kes ini disiasat dibawah Seksyen 14(a) dan (d) Akta Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak yang mana jika disabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.  

Perbuatan seperti ini jangan sesekali dianggap isu terpencil lagi kerana ianya membabitkan mereka yang terlalu lemah.  Kita sebagai orang dewasa adalah pelindung kepada mereka dan sekiranya ada anak-anak kecil yang datang kepada kita cuba memberitahu tentang sesuatu kita harus peka. 

No comments:

Post a Comment