Sunday 23 July 2017

OPERASI PEMVAKSINAN CEGAH RABIES DITERUSKAN


SETAKAT semalam, virus rabies yang melanda Sarawak sudahpun mengorbankan 5 nyawa dengan yang terbaru adalah seorang rakyat Sarawak berumur 52 tahun menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 10.30 malam di Hospital Umum Sarawak.  Serentak dengan itu radius wabak rabies turut semakin meluas dengan kawasan Batu 5, Kampung Semeba adalah yang kawasan yang terbaru terjejas.  

Ditengah corat-coret yang memperkatakan tentang kekurangan bekalan vaksin di Sarawak, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak terus mempergiatkan tugasan mereka dengan menyediakan pemvaksinan percuma untuk haiwan-haiwan peliharaan penduduk di kawasan yang terjejas.  Ini termasuklah memberikan penerangan kepada orangramai bagi mengetahui dengan lebih jelas mengenai bahaya rabies.  

Bagi penduduk di kawasan yang terjejas supaya terus berwaspada dan sekiranya mempunyai haiwan peliharaan hantarkan segera untuk pemvaksinan rabies serta kurunglah mereka di dalam sangkar buat sementara waktu ini. Dan sekiranya mempunyai simptom-simptom rabies segeralah menghubungi pihak yang terlibat untuk tindakan segera. 

No comments:

Post a Comment