JIKA diikutkan inilah pertama kalinya ADUN N16 Muara Tuang, Dato Haji Idris bin Haji Buang atau lebih mesra dikenali sebagai Bang Dris di kalangan rakyat mengadakan rumah terbuka sambutan aidilfitri sebagai seorang Yang Berhormat. Bertempat di Marqas Operasi N16 Muara Tuang iaitu di Desa Ilmu pada tanggal 7hb Julai 2017 iaitu Jumaat lepas sememangnya adalah majlis rumah terbuka yang penuh meriah dan gilang gemilang pernah diadakan di Muara Tuang setakat ini.
Dengan menjunjung segala tradisi masyarakat Melayu Sarawak bermula daripada hidangan tradisi aidilfitri seperti lemang, rendang serta banyak lagi menyaksikan setiap yang datang “berjarah raya” tidak pulang dengan perut kosong. Tidak cukup dengan itu, pihak pengelola majlis cukup bijak dengan menyelang selikan majlis dengan acara cabutan bertuah serta pertandingan “mengikat sabok” bagi memeriahkan sambutan majlis. Kehadiran rakyat dari pelbagai kaum dan agama juga membuktikan bahawa sambutan hariraya Bang Dris ini bukanlah hanya mengkhusus kepada umat Islam sahaja namun ianya juga sebagai salah satu wadah untuk mengukuhkan ikatan ukhuwah antara masyarakat di Sarawak.
Bagi rakyat pula sudah tentu inilah masanya untuk berkenalan secara empat mata dengan pemimpin Bang Dris sekeluarga sebagai tuan rumah yang mungkin amat jarang ditemui pada hari-hari biasa. Kemeriahan dan suksesnya pengelolaan majlis ini sudah tentu akan menjadi penanda aras untuk sambutan rumah terbuka pada tahun-tahun yang berikut.
Syabas dan tahniah Bang Dris dan Team N16 Muara Tuang
No comments:
Post a Comment