Sunday, 9 July 2017

SARAWAK SABAH BERHAK MENYEMAK MA1963 - TPM


BILAMANA Sarawak mengambil keputusan menghantar delegasi perundangannya ke kota London bagi menyemak serta memahami isi kandungan Perjanjian Malaysia 1963, maka timbullah pelbagai maklumbalas dari seluruh rakyat Malaysia. Bagi rakyat Sarawak secara amnya amat berbesar hati atas langkah yang diambil. Dari sudut lain ramai juga yang mempunyai pandangan skeptikal.

Di dalam keriuhan itu juga bagi Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato Seri Zahid Hamidi pula mempunyai pandangannya yang tersendiri. Menurut beliau yang sedang membuat lawatan kerja di Sarawak semalam menyatakan sokongan beliau atas langkah bijak kepimpinan CM Abang Jo itu. Tiada apa yang harus dirisaukan kerana itu adalah hak Sarawak dan Sabah untuk berbuat demikian. Ini kerana kedua-dua entiti ini adalah yang menandatangani Perjanjian tersebut.

Sokongan seperti inilah kita perlukan kerana apa yang dilakukan oleh Sarawak bukanlah mahu menjadi petualang negara. Sebaliknya cuba mengungkai persoalan hak yang termaktub di dalam perjanjian tersebut agar senang kita menuntutnya kelak.

No comments:

Post a Comment