Sunday 9 July 2017

DELEGASI PERUNDANGAN SARAWAK KE UK SEMAK PERJANJIAN MALAYSIA 1963


54 tahun dahulu sebelum Negara Malaysia itu wujud di kota London inilah lokasinya satu perjanjian yang merupakan "ibu" kepada pembentukan Malaysia telah ditandatangani oleh empat entiti. Empat entiti tersebut adalah Persekutuan Tanah Melayu (Malaya), Singapura, North Borneo dan Sarawak dengan bersaksikan Kerajaan British. Tiada siapa boleh menyangkal bahawasanya tanpa perjanjian ini maka tiadalah Malaysia yang kita kenali sekarang.

Atas perihal pentingnya Perjanjian Malaysia ini untuk difahami dan dijadikan rujukan maka Kerajaan Negeri Sarawak dibawah kepimpinan Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg dengan restu seluruh kabinet Sarawak telah menghantar delegasi perundangannya ke Kota London. Delegasi ini diketuai oleh Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek, YB Hajjah Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali bersama barisan peguam bertauliah dan ternama dari Sarawak Bumi Kenyalang.

Kunjungan delegasi perundangan ini membawa misi penting iaitu menggodek, mengkaji serta memahami apakah hak-hak sebenar rakyat Sarawak seperti yang termaktub di dalam Perjanjian Malaysia 1963. Ianya langsung sebagai satu isyarat kepada rakan sejajar pembentukan Malaysia bahawa Sarawak belum pernah beralah atas setiap tuntutannya.

Satu tindakan yang sudah tentu disokong oleh rakyat Sarawak kerana semenjak daripada dipimpin oleh mantan KM Allahyarham Tok Nan, rakyat Sarawak sehingga sekarang meminta Putrajaya untuk menghormati setiap hak-hak Sarawak. Tiada apa yang perlu dirisaukan jika berada di pihak yang benar.

No comments:

Post a Comment