Thursday, 23 January 2020

PETRONAS GAGAL TUKAR HAKIM


PERMOHONAN Petronas yang cuba untuk menukar hakim bagi membicarakan kes Sarawak Vs Petronas di Mahkamah Tinggi Kuching hari ini DITOLAK oleh mahkamah. Petronas turut dikenakan kos sebanyak RM50K. Pesuruhjaya Kehakiman, Christopher Chin Soo Yin KEKAL membicarakan kes tersebut.

Sarawak beroleh kemenangan yang pertama! HIDUP SARAWAK!

Wednesday, 22 January 2020

BAS HIDROGEN AKAN DIPERLUAS DI MIRI, SIBU DAN BINTULU


UNTUK membuat sesuatu projek lebih-lebih yang berkaitan dengan perkhidmatan bas misalnya memerlukan perancangan yang teratur dan strategik.  Harus ada projek sulung yang mana dari situlah yang akan menjadi titiktolak penambahbaikan yang akan diperolehi kelak.  Kejayaan bas hidrogen yang mana setakat ini hanya berjumlah tiga buah sahaja di Kuching sebagai perintis akan diperbesarkan lagi kelak sesuai dengan permintaan rakyat yang akan menggunakannya.  

Menurut Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Projek bas hidrogen di Kuching adalah projek perintis sebelum ianya diperkembangkan perkhidmatannya untuk warga Miri, Sibu dan Bintulu selepas ini.  Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak telahpun merancang itu semua lebih awal bagi memastikan warga Miri, Sibu dan Bintulu turut menikmati perkhidmatan bas yang sama.  

Pautan berita penuh:


Ini merupakan satu perkhabaran yang gembira untuk warga Miri, Sibu dan Bintulu cuma untuk setakat ini haruslah banyak bersabar menunggu ianya direalisasikan.  Sekurang-kurangnya apabila ia dilaksanakan kelak akan banyak penambaikan perkhidmatan kerana projek perintis di Kuching adalah satu penanda aras.  Harapan kita agar ianya juga percuma seperti di Kuching.

#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKKUSAYANG
#SARAWAKFIRST 

Tuesday, 21 January 2020

BAS HIDROGEN SARAWAK PERCUMA UNTUK SEMUA


DIKALA rakyat Malaysia di negeri-negeri yang lain mengeluh dengan kos pengangkutan awam yang ditanggung, Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak pula terus memberikan keutamaan kepada rakyatnya apabila perkhidmatan bas hidrogen yang pertama di Malaysia malah juga di Asia Tenggara beroperasi secara percuma.  Tanpa tambang ini bukan sahaja untuk rakyat Sarawak malah para pelancong juga akan diberikan kesamarataannya.  

Semalam, detik bersejarah di dalam kalendar Sarawak Bumi Kenyalang itu disaksikan sendiri oleh Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari bersama rombongan para menteri Kabinet Negeri Sarawak.  Dan tiada yang lebih menyeronokkan apabila perkhidmatan bas hidrogen ini akan mula beroperasi pada hari ini bermula dari jam 7 pagi hingga 7 malam di Kuching.  


Pautan berita penuh:



#IAMSARAWAKIAN
#SARAWAKKUSAYANG
#SARAWAKFIRST 

TENDER TERBUKA UNTUK PEMBINAAN JAMBATAN BATANG LUPAR


APABILA Pakatan Harapan memegang tampuk Putrajaya, inilah antara projek infrastruktur di Sarawak yang menjadi mangsa “dibatalkan”.  Biarpun hakikatnya kerajaan sebelumnya sudah menyediakan peruntukan seperti yang diperlukan. Kemudian permintaan Sarawak untuk Persekutuan dibawah PH menanggung 50-50 kosnya turut ditolak oleh mereka. Projek Jambatan Batang Lupar akhirnya diteruskan juga oleh Kerajaan Sarawak dibawah Gabungan Parti Sarawak biarpun akan menggunakan dana sendiri sebanyak RM1 Bilion.  Kesemuanya dilakukan bagi memastikan rakyat di kawasan tersebut menerima impak atas siapnya kelak.  

Menurut Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan buat masa ini proses rekabentuk sedang dilakukan oleh mereka yang pakar dan difahamkan tender untuk pembinaan jambatan tersebut akan dibuka menjelang suku pertama 2020 secara tender terbuka (open tender).  

Pautan berita penuh:


Ini merupakan satu perkhabaran gembira untuk seluruh rakyat Sarawak lebih-lebih lagi rakyat di kawasan Batang Lupar dan sekitarnya.  Sudah lama menanti akhirnya baru kali ini ia akan menjadi satu kenyataan.  Bersabarlah kita untuk menunggu siapnya jambatan yang dikhabarkan panjangnya sahaja 5.1 km.  

#IAMSARAWAKIAN
#SarawakkuSayang
#SarawakFirst

Monday, 20 January 2020

ZURAIDA MASUK PARTI “BUNGA”???


TULAR di media sosial sekarang akan adanya desas-desus mengatakan bahawa YB Hajjah Zuraida binti Kamaluddin yang juga Ahli Parlimen Ampang dari Parti Keadilan Rakyat telah melompat parti dari PKR ke PPBM.  Dikatakan juga konon-kononnya sebab musabab beliau melompat parti adalah kerana adanya desakan untuk beliau “dibuang” dari peringkat tertinggi PKR setelah tidak senada dengan Presiden PKR iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim.  

Dalam pada itu andailah benar seperti yang dikata, terselit persoalan bagaimanakah pula sokongan daripada Parti Keadilan Sarawak dibawah Baru Bian kerana sebelum ini iaitu pada dua hari yang lepas telah menyatakan secara terbuka sokongan PKR Sarawak keatas kepimpinan Ahli Parlimen Ampang yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia.  

Pautan adalah seperti berikut:  


Biarpun belum ada kesahihan tentang perkara ini namun sememangnya ianya akan menjadi satu isu yang amat menarik untuk kita ikuti di dalam kancah politik Pakatan Harapan sekarang. Apakah akan ada sesi “lompat parti” beramai-ramai kerana kuartet Team Azmin pun tidak kurang ramainya di dalam PKR termasuk kepimpinan PKR Sarawak.   

Kita tunggu episod seterusnya sambil-sambil makan “popcorn” dan minum coke “extra large”.

MENTERI PENGANGKUTAN SARAWAK TURUN PADANG


INILAH yang kita mahukan apabila seorang menteri merasai sendiri kesukaran rakyat apabila berkata mengenai sistem pengangkutan awam di Sarawak.  Hari ini Menteri Pengangkutan Sarawak iaitu YB Datuk Lim Kim Shim, ADUN Senadin dari SUPP turun padang tanpa adanya protokol merasai sendiri denyut nadi sistem pengangkutan awam di Kuching.  Malahan sebelumnya beliau turut sudah melakukan hal yang sama di Miri.  

Hal ini turut dikongsikan beliau di laman mukabuku rasminya seperti pautan ini:


Berdasarkan pengalaman turun padang itu turut dinyatakan bahawa beliau bersetuju bahawa banyak lagi penambaikan yang harus dilakukan ke atas sistem pengangkutan awam di Miri dan Kuching yang mana akan menjadi agenda beliau di dalam tugasannya sebagai Menteri Pengangkutan Sarawak.  

Apa yang dilakukan oleh YB Datuk Lee Kim Shin sememangnya amat dialu-alukan kerana kita tidak mahu ada sesetengah yang berjawatan tinggi hanya mendengar laporan daripada penolong-penolong mereka sahaja.  Sedikit masa diambil untuk menyelami denyut nadi rakyat di bawah apa salahnya.  

#SarawakkuSayang
#SarawakFirst

AHMAD MAZLAN DAN SHAHRIR SAMAD DITAHAN SPRM


MENURUT kenyataan media yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dua individu politik di Malaysia iaitu Tan Sri Shahrir Samad, mantan Pengerusi FELDA dan YB Ahmad Mazlan, Ahli Parlimen Pontian telah ditangkap oleh SPRM. Shahrir ditahan kira-kira jam 11.22 pagi sementara Ahmad Mazlan pula sekitar 10 pagi hari ini di Ibupejabat SPRM.  

Difahamkan kedua-duanya ditahan atas hal pengubahan wang haram yang mana mereka akan didakwa pada hari esok.  Tan Sri Shahrir akan menghadapi satu tuduhan manakala YB Ahmad Mazlan akan didakwa atas dua kesalahan dibawah Akta pengubahan wang haram.  

Walau bagaimanapun, baik Tan Sri Shahrir dan Ahmad Mazlan dibebaskan dengan ikat jamin tadi.  

Pautan berita nasional:


Kredit gambar: malaysiakini.com