Sunday, 21 April 2019

MENGAPA WAKIL PH SARAWAK DI DALAM KABINET DIAM SERIBU BAHASA???


SUDAH terang lagi bersuluh, isu perpindahan ibupejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dari Kuching ke Kota Kinabalu sememangnya sudah melanggar Artikel 121(4) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini kerana di dalamnya cukup jelas memperkatakan bahawa sebarang pertukaran untuk pendaftaran Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sarawak haruslah mendapat perkenan daripada Yang Dipertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Perdana Menteri yang sebelumnya harus berbincang dengan dengan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak serta Ketua Hakim.  

Dan semalam Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari pula mengesahkan bahawasanya cadangan perpindahan ibupejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah TIDAK PERNAH dibincangkan dengan beliau sama sekali.  Pautannya adalah seperti ini:


Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Liew Vui Keong pula tampil dengan kenyataan bahawa tiada di dalam peruntukan undang-undang yang menyatakan bahawa Kuching sewajarnya menjadi lokasi ibupejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.  Malah menurut beliau, keputusan ini dibuat kerana mengambilkira Sabah juga mempunyai hak di dalam perkara ini.  

Ianya dijelaskan oleh beliau di dalam pautan ini:


Pokok persoalannya di dalam isu perpindahan Ibupejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak BUKANLAH UNTUK MENIDAKKAN hak Sabah sebaliknya tindakan Kerajaan Persekutuan menukarkan lokasi itu TELAH MEMBELAKANGKAN Perlembagaan Persekutuan Malaysia.  Apakah kita sebagai rakyat hanya mampu melihat sahaja segala langkah sumbang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia.  Sekiranya rakyat diminta untuk sentiasa mengikuti undang-undang yang sedia ada, MENGAPA DAN KENAPA satu kerajaan Persekutuan boleh menidakkan peruntukan yang sudah tercatit.  Janganlah seumpama si ibu ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan lurus tetapi diri sendiri berjalan serong.  

Selain itu sebagai rakyat Sarawak, kita juga harus mempersoalkan ke manakah perginya suara-suara lantang wakil-wakil PH Sarawak di dalam hal ini.  SEHINGGA ke hari ini belum ada sesuatu apa yang dikeluarkan oleh menteri kabinet daripada PH Sarawak yakni Tuan Baru Bian dan Tuan Chong Chieng Jen malah wakil-wakil PH Sarawak turut terkunci mulut diam seribu bahasa.  Bukankah sebarang hal yang berkaitan dengan Sarawak itu juga menjadi tugas mereka di peringkat Persekutuan.  Apakah sudah menjadi si tukang angguk-angguk, geleng-geleng juga sepertimana mereka sering memperkotak-katikkan BN Sarawak sewaktu BN berkuasa di peringkat Persekutuan.

Betullah kata perumpamaan yang pernah digunakan oleh Allahyarham Pehin Sri Tok Nan dahulu, terlalu ramai antara pemimpin Sarawak yang ada mulut, diam; ada telinga, pekak; dan ada mata, buta.  Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata langsung jadi buta.  Begitulah sikap wakil-wakil PH Sarawak yang mana Baru Bian dan Chong sendiri adalah berprofession Peguam itu sendiri.  

Dahulu suara-suara mereka inilah yang lantang memperkatakan langkah sumbang pihak Persekutuan dibawah BN, mengapa sekarang sudah sayup-sayup kedengaran biarpun kesalahan itu membentang di depan mata!!!! Bayangkan jika hal seperti ini berterusan MUNGKIN SATU HARI NANTI TIDAK MUSTAHIL BANYAK LAGI KUASA AUTONOMI SARAWAK YANG SENGAJA MEREKA AMBIL TANPA PENGETAHUAN KITA hanya kerana mereka berkuasa di Persekutuan!  

The rule of Law or rule of the jungle, SEKARANG!

FORUM & DEBAT “SHOULD SARAWAKIAN SUPPORT THE AMENDMENT TO FEDERAL CONSTITUTION 1(2) BILL” ANJURAN DAYAKDAILY


BERFORUM dan berdebat itu adalah lebih baik untuk mengungkai segala pokok persoalan mengenai isu yang paling hebat diperkatakan di Sarawak mahupun Sabah sekarang. Keputusan dua kerajaan iaitu Sabah yang menyokong manakala Sarawak yang memilih untuk tidak mengundi pindaan artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjadi topik hebat baik dari ahli-ahli politik sehinggalah kepada rakyat biasa.
Kali ini masa dan ketikanya untuk rakyat Sarawak mendengar daripada mereka yang berlatarbelakangkan perundangan yang menjadi peguam sepenuhmasa mahupun yang sudah terjun ke dunia politik.
Forum yang bertajuk “Should Sarawakians support the Amendment to Federal Constitution 1(2) Bill as tabled on April 9, 2019 in parliament in the light of the Malaysia Agreement 1963?” anjuran DayakDaily akan menampilkan empat panel iaitu YB Dato Idris Buang (Peguam dan ADUN N16 Muara Tuang dari GPS), YB Wong Kin Wei (Peguam dan ADUN Padungan dari DAP) dan dua orang peguam terkemuka di Sarawak iaitu Encik Shankar Ram dan Encik Dominique Ng.
Di dalam acara forum dan debat yang dijadualkan berlangsung pada hari Ahad, 28 April 2019 jam 2.30 petang dan berlangsung di Kuching Civic Centre ini turut mengadakan “one-on-one” debat antara YB Dato Idris Buang dan Encik Iswardy Morni. Moderator acara ini kelak adalah seorang pengamal undang-undang yang berpengalaman iaitu Encik Arthur Lee.
Jadi, kesemua rakyat Sarawak tanpa mengira latarbelakang politik adalah dijemput hadir dan mendengar sebaik mungkin apakah butiran-butiran dari segi undang-undang yang akan diperjelaskan oleh mereka.

156 TERKORBAN LETUPAN DI HOTEL DAN GEREJA DI SRI LANKA


KITA bersedih dan simpati atas kejadian letupan-letupan bom yang berlaku di hotel-hotel mewah dan gereja-gereja terkemuka di Sri Lanka. Setakat ini dilaporkan ianya telah mengorbankan 156 nyawa. Kejadian yang berlaku ini merupakan satu perbuatan pengecut yang tidak boleh kita terima sama sekali.
Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga 156 mangsa dan juga Kerajaan Sri Lanka. Tiada kompromi untuk sebarang tindakan pengganas mahupun ekstremis agama seperti ini.
Rest In Peace.

PERPINDAHAN IBUPEJABAT PENDAFTARAN MAHKAMAH TINGGI SARAWAK SABAH LANGGAR ARTIKEL 121(4) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA?


ISU perpindahan Ibupejabat Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah mendapat tempat di dada akhbar tempatan pada dua hari ini.  Ini berikutan satu pekeliling yang sudah tular akan hal tersebut sehingga ianya mampu mengejutkan pengamal undang-undang di Sarawak itu sendiri.  

See Chee How yang merupakan Timbalan Presiden PKR Sarawak yang juga seorang pengamal undang-undang awal-awal lagi sudah menyatakan bahawa tindakan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena kerana Ibupejabat Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah selama ini sudahpun ada Kuching sejak pembentukan Malaysia lagi. Rasional untuk memindahkannya ke Kota Kinabalu perlu sebab musabab yang kukuh.  

Pautannya seperti ini:

https://www.utusanborneo.com.my/2019/04/21/pejabat-pendaftar-mahkamah-tinggi-sabah-dan-sarawak-di-kuching-pindah-kk?fbclid=IwAR3jH8MxfZ7tjySoC8F7JPB-Z_5mwgRK6ldnAKUxrF85Lcw6TdJ9qYHqZuc

Manakala seorang pengamal undang-undang tersohor Sarawak iaitu Shankar Ram pula menyatakan bahawa pekeliling yang bertarikh 19 April 2019 itu amat meragukan kerana bukanlah sewenang-wenangnya membuat perpindahan ibupejabat Mahkamah Tinggi kerana ianya tercatit sepenuhnya di dalam Artikel 121(4) Perlembataan Persekutuan.  Ia menyatakan bahawasanya bagi menentukan kedudukan ibupejabat bagi Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, YDP Agong haruslah bertindak atas nasihat Perdana Menteri yang sebelumnya telahpun berbincang dengan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak serta Ketua Hakim Mahkamah Tinggi.  

Pautannya seperti berikut:


Pokok persoalannya sekarang apakah sebab pihak Persekutuan ingin memindahkan ibupejabat tersebut ke Kota Kinabalu dari ianya berada di Kuching? Apakah ada udang disebalik mi keputusan ini diambil secara tiba-tiba kerana Sarawak diterajui oleh satu kerajaan yang bukan di dalam pasukan PH sedangkan hakikatnya mahkamah itu kewujudannya harus tiada unsur-unsur politik sama sekali.  

Dan apakah ada lagi isu perlanggaran perlembagaan dilakukan kerana sekiranya Perdana Menteri tidak pernah berbincang mengenai hal tersebut dengan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak ianya adalah sesuatu yang salah.  Sekarang, rakyat begitu peka dengan sebarang perlembagaan negara dan sentiasa mahukan apa yang ditulis haruslah dihormati sepertimana yang diwar-warkan iaitu menghormati Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.   

Saturday, 20 April 2019

PERKAHWINAN TENGKU MAHKOTA KELANTAN DAN CIK SOFIE

SEPERTI yang sudah diketahui umum, soal rezeki, jodoh dan ajal itu semuanya sudah ditetapkan oleh Allah SWT semenjak kita masih berada di dalam kandungan lagi. Dan siapalah kita untuk mempersoalkannya kerana ianya sudahpun ditetapkan samada kita suka ataupun tidak.
Sebelum ini kecoh dunia sosial media apabila Sultan Muhammad IV yakni Sultan Kelantan mengahwini seorang gadis berbangsa Rusia untuk menjadi suri hatinya dan hari ini kita menyaksikan adindanya iaitu Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra ibni Sultan Ismai Petra mengadakan upacara pernikahannya dengan seorang gadis dari negara Sweden. Cik Sofie Louise Johansson yang berusia 33 tahun merupakan seorang sahabat baginda ketika melanjutkan pelajaran di luar negara.
Hubungan persahabatan yang agak lama sehingga membenihkan bibit-bibit cinta lantas disahkan dengan akad sekali lafaz di upacara pernikahan secara tertutup di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan malam tadi, 19 April 2019 kira-kira jam 8.35 malam. Hadir di majlis tersebut adalah kerabat diraja Kelantan serta keluarga Cik Sofie dari Negara Sweden.
Salam tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin diraja negeri Kelantan, Tengku Mahkota Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra dan Cik Sofie dan didoakan agar perkahwinan ini sehingga ke jannah.

Friday, 19 April 2019

ROSLI DHOBY BUKAN PEMBUNUH TETAPI SEORANG PEJUANG!







akan satu artikel yang dimuatnaik oleh satu laman portal bernama Iluminati.com berkenaan tentang Rosli Dhoby dan Rukun 13 yang dilabelkan oleh mereka sebagai penjenayah dan kumpulan pengganas. Artikel itu telah dimuatnaik selang beberapa jam yang lalu dan mendapat kecaman daripada warga netizen Sarawak kerana menghina pejuangan seorang perwira bangsa serta cobaan untuk mengubah persepsi sejarah sebenar Sarawak.
Bertindak daripada itu keluarga Allahyarham Rosli Dhoby dan juga pejuang-pejuang Rukun 13 dan beberapa NGO Sarawak tampil membuat laporan polis ke atas portal tersebut. Walaupun pihak portal telah memadamkan hantaran mereka serta mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf namun begitu tindakan undang-undang akan tetap diteruskan oleh pihak NGO dan keluarga yang terlibat.
Tiada kompromi di dalam hal ini dan diharapkan agar laman portal yang berada di dunia maya memahami sensitiviti rakyat Sarawak serta bertanggungjawab atas setiap hantaran mereka.

Tuesday, 16 April 2019

IBAN, BIDAYUH, LUN BAWANG TIADA DI DALAM SENARAI KAUM PERKARA 161A(7)



CADANGAN pindaan RUU Perkara 1(2) Perlembagaan Malaysia sememangnya sesuatu yang kita nanti-nantikan. Namun ianya tidak mendapat undi 2/3 majoriti Dewan Rakyat sehingga ianya ditolak. Namun begitu tindakan Gabungan Parti Sarawak yang merupakan suara rakyat Sarawak di Parlimen yang mengambil sikap tidak mengundi RRU tersebut mempunyai sebab yang tersendiri yang sudah semestinya ramai di luar sana mengetahuinya.

Dalam pada itu, Datuk Seri Fadillah Yusuf yang merupakan Ketua Whip Parlimen GPS optimis bahawa pindaan ini akan dilakukan lagi pada masa hadapan berdasarkan keyakinan Kerajaan Persekutuan Malaysia yang ada sekarang ikhlas mendengar suara-suara rakyat Sabah dan Sarawak mahukan di dalam berbicara mengenai hak-hak yang “hilang” dan hak-hak yang “tidak boleh dipertikaikan”. Ini kerana Jawatankuasa Pemandu Perjanjian Malaysia 1963 yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed masih lagi meneruskan mesyuarat mereka yang dijangka akan dikeluarkan laporannya menjelang Julai 2019.

Selain daripada isu-isu yang berbangkit seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang tidak sama dengan apa yang terkandung di Perjanjian Malaysia 1963 iaitu “ibu” perjanjian berlakunya pembentukan Negara Malaysia. Sarawak turut memandang serius akan Perkara 161A(7) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yakni “Article 161A - Special position of natives of States of Sabah dan Sarawak” yang mana pada klausa Perkara 161A(7) TIDAK MENYENARAIKAN KAUM IBAN, BIDAYUH BAHKAN LUN BAWANG sebagai kaum-kaum di Sarawak. Malah menurut beliau lagi, “Hari Malaysia” juga tidak disebutkan sama sekali.

Kelemahan ini adalah sesuatu yang serius kerana kaum Iban dan Bidayuh bahkan Kaum Orang Ulu sekalipun merupakan antara masyarakat terbesar yang berada di Sarawak. Pembetulan untuk setiap “kelemahan” ini perlu dilakukan secara menyeluruh dan bukan hanya seciput sana sini dan menunggu lagi untuk proses pindaan yang selanjutnya. 1000 langkah untuk menuju kejayaan seharusnya yang betul dan benar pada langkah yang pertama.

Oleh kerana segala hal mengenai ini melibatkan pemegang taruhnya (stakeholder) adalah rakyat Sarawak maka pihak GPS akan mula mengadakan pertemuan dengan rakyat di akar umbi dan para penasihat undang-undang Sarawak mulai minggu ini agar segala hal boleh diperjelaskan dengan sebaik mungkin. Kesedaran semua amatlah dituntut kerana kita berbicara mengenai hak Sarawak. Yang dipinta kita pula tidak pernah lebih dan tidak pernah kurang seperti yang tercatit di dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Satu pendedahan yang amat perit untuk kita terima sebagai rakyat Sarawak lebih-lebih lagi Kaum Iban, Bidayuh dan Lun Bawang kerana selama hari ini, 55 tahun kita membentuk Negara Malaysia namun kaum-kaum di Sarawak masih tiada diperjelaskan di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Pautan sepenuhnya: https://www.utusanborneo.com.my/2019/04/13/sarawak-adakan-pertemuan-dengan-semua-pemegang-taruh-dan-penasihat-undang-undang-mulai

#SarawakDiutamakan