SUDAH terang lagi bersuluh, isu perpindahan ibupejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak dari Kuching ke Kota Kinabalu sememangnya sudah melanggar Artikel 121(4) Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini kerana di dalamnya cukup jelas memperkatakan bahawa sebarang pertukaran untuk pendaftaran Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sarawak haruslah mendapat perkenan daripada Yang Dipertuan Agong setelah mendapat nasihat daripada Perdana Menteri yang sebelumnya harus berbincang dengan dengan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak serta Ketua Hakim.
Dan semalam Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Patinggi Dr. Abang Abdul Rahman Zohari pula mengesahkan bahawasanya cadangan perpindahan ibupejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah TIDAK PERNAH dibincangkan dengan beliau sama sekali. Pautannya adalah seperti ini:
Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Liew Vui Keong pula tampil dengan kenyataan bahawa tiada di dalam peruntukan undang-undang yang menyatakan bahawa Kuching sewajarnya menjadi lokasi ibupejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Malah menurut beliau, keputusan ini dibuat kerana mengambilkira Sabah juga mempunyai hak di dalam perkara ini.
Ianya dijelaskan oleh beliau di dalam pautan ini:
Pokok persoalannya di dalam isu perpindahan Ibupejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak BUKANLAH UNTUK MENIDAKKAN hak Sabah sebaliknya tindakan Kerajaan Persekutuan menukarkan lokasi itu TELAH MEMBELAKANGKAN Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Apakah kita sebagai rakyat hanya mampu melihat sahaja segala langkah sumbang yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia. Sekiranya rakyat diminta untuk sentiasa mengikuti undang-undang yang sedia ada, MENGAPA DAN KENAPA satu kerajaan Persekutuan boleh menidakkan peruntukan yang sudah tercatit. Janganlah seumpama si ibu ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan lurus tetapi diri sendiri berjalan serong.
Selain itu sebagai rakyat Sarawak, kita juga harus mempersoalkan ke manakah perginya suara-suara lantang wakil-wakil PH Sarawak di dalam hal ini. SEHINGGA ke hari ini belum ada sesuatu apa yang dikeluarkan oleh menteri kabinet daripada PH Sarawak yakni Tuan Baru Bian dan Tuan Chong Chieng Jen malah wakil-wakil PH Sarawak turut terkunci mulut diam seribu bahasa. Bukankah sebarang hal yang berkaitan dengan Sarawak itu juga menjadi tugas mereka di peringkat Persekutuan. Apakah sudah menjadi si tukang angguk-angguk, geleng-geleng juga sepertimana mereka sering memperkotak-katikkan BN Sarawak sewaktu BN berkuasa di peringkat Persekutuan.
Betullah kata perumpamaan yang pernah digunakan oleh Allahyarham Pehin Sri Tok Nan dahulu, terlalu ramai antara pemimpin Sarawak yang ada mulut, diam; ada telinga, pekak; dan ada mata, buta. Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata langsung jadi buta. Begitulah sikap wakil-wakil PH Sarawak yang mana Baru Bian dan Chong sendiri adalah berprofession Peguam itu sendiri.
Dahulu suara-suara mereka inilah yang lantang memperkatakan langkah sumbang pihak Persekutuan dibawah BN, mengapa sekarang sudah sayup-sayup kedengaran biarpun kesalahan itu membentang di depan mata!!!! Bayangkan jika hal seperti ini berterusan MUNGKIN SATU HARI NANTI TIDAK MUSTAHIL BANYAK LAGI KUASA AUTONOMI SARAWAK YANG SENGAJA MEREKA AMBIL TANPA PENGETAHUAN KITA hanya kerana mereka berkuasa di Persekutuan!
The rule of Law or rule of the jungle, SEKARANG!
No comments:
Post a Comment