Sunday, 14 April 2019

LAIN DIJANJI LAIN YANG MENJADI

- RM1 bilion timbalbalik hutang untuk sekolah daif di Sarawak
PERUMPAMAAN lama ada menyebut mengalih kain ke balik rumah, mengalih kata ke hadapan yang membawa maksud memungkiri janji dengan tiba-tiba.  Begitulah juga jika dibandingkan dengan isu sekolah-sekolah daif di Sarawak yang mana pada mulanya setelah pelbagai rintangan, Menteri Pendidikan Malaysia sendiri bersetuju untuk menerima RM1 bilion sebagai timbalbalik pembayaran hutang Sarawak yang kemudiannya disalurkan oleh Persekutuan untuk membaikpulih sekolah-sekolah daif di Sarawak.  

Namun apakan daya setelah segalanya diwar-warkan malah Menteri Pendidikan Malaysia iaitu Dr. Mazlee Malik menerima kata-kata pujian daripada penyokong PH sebagai “1 Bilion Ringgit Malaysia Man” lain pula jadinya apabila Menteri Kewangan Malaysia iaitu Lim Guan Eng pula menukar arah dengan meminta Sarawak membayar RM1 bilion sebagai pembayaran hutang yang kemudiannya Persekutuan akan mengatur membaikpulih sekolah-sekolah daif berdasarkan peruntukan tahunan kepada Sarawak.  
Satu sikap yang sudah terang lagi bersuluh untuk membuli Sarawak sedangkan hakikatnya pembayaran hutang Sarawak kepada persekutuan selama ini adalah “on time”.  Bertindak kepada maklumbalas ini, Ketua Menteri Sarawak iaitu DP Abang Johari tegas mengatakan TIDAK kepada terma baru yang cuba diberikan kerana pokok persoalan timbulnya idea RM1 bilion itu adalah untuk membantu pihak Persekutuan menyelesaikan masalah sekolah-sekolah daif di Sarawak yang berlarutan sehingga ke hari ini.  Jikalau Sarawak menyetujuinya bermakna sekali lagi masalah ini akan terus berlarutan sampai bila-bila.  
Ianya dinyatakan oleh KM Sarawak melalui pautan ini:
Dan mengenai persetujuan kabinet Malaysia pula adalah seperti pautan ini:

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kabinet-lulus-pinjaman-rm1-bilion-baik-pulih-sekolah-daif-di-sarawak-199150
Sampai bila sebenarnya pihak Persekutuan hendak bermain tali atas hal ini dek kerana Sarawak bukan “sekapal” dengan mereka di dalam kem politik.  Sudahlah segala hal melibatkan pendidikan dan infrastruktur pendidikan itu dibawah senarai Persekutuan dan Sarawak tampil menghulur tangan dengan hati yang terbuka alih-alih lain yang dijanji lain yang jadi.  
Kalau lembu dipegang pada tali, manusia pula berpegang pada janji.  Dan yang pasti Sarawak yang diwakili oleh parti tempatan Gabungan Parti Sarawak bukanlah seperti kerbau dicucuk hidung.  Rakyat Sarawak harus peka bahawasanya kerajaan persekutuan sekarang kerajaan lidah bercabang yang seperti menanam tebu di tepi bibir namun pengakhirannya habuk pun tiada! Jutaan ringgit peruntukan untuk pembangunan sekolah-sekolah cina, satu sen pun berkira untuk membaikpulih sekolah-sekolah daif di Sarawak.  Kami juga rakyat Malaysia, itu jangan lupa!
Ketegasan KM Sarawak kena pada tempatnya, jangan dilayan Persekutuan yang suka membuli kita.  
#SarawakDiutamakan 

No comments:

Post a Comment