BERFORUM dan berdebat itu adalah lebih baik untuk mengungkai segala pokok persoalan mengenai isu yang paling hebat diperkatakan di Sarawak mahupun Sabah sekarang. Keputusan dua kerajaan iaitu Sabah yang menyokong manakala Sarawak yang memilih untuk tidak mengundi pindaan artikel 1(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjadi topik hebat baik dari ahli-ahli politik sehinggalah kepada rakyat biasa.
Kali ini masa dan ketikanya untuk rakyat Sarawak mendengar daripada mereka yang berlatarbelakangkan perundangan yang menjadi peguam sepenuhmasa mahupun yang sudah terjun ke dunia politik.
Forum yang bertajuk “Should Sarawakians support the Amendment to Federal Constitution 1(2) Bill as tabled on April 9, 2019 in parliament in the light of the Malaysia Agreement 1963?” anjuran DayakDaily akan menampilkan empat panel iaitu YB Dato Idris Buang (Peguam dan ADUN N16 Muara Tuang dari GPS), YB Wong Kin Wei (Peguam dan ADUN Padungan dari DAP) dan dua orang peguam terkemuka di Sarawak iaitu Encik Shankar Ram dan Encik Dominique Ng.
Di dalam acara forum dan debat yang dijadualkan berlangsung pada hari Ahad, 28 April 2019 jam 2.30 petang dan berlangsung di Kuching Civic Centre ini turut mengadakan “one-on-one” debat antara YB Dato Idris Buang dan Encik Iswardy Morni. Moderator acara ini kelak adalah seorang pengamal undang-undang yang berpengalaman iaitu Encik Arthur Lee.
Jadi, kesemua rakyat Sarawak tanpa mengira latarbelakang politik adalah dijemput hadir dan mendengar sebaik mungkin apakah butiran-butiran dari segi undang-undang yang akan diperjelaskan oleh mereka.
No comments:
Post a Comment