Sunday 14 April 2019

ADUN BUKIT KEPONG MB JOHOR YANG BAHARU


SEKITAR jam 9.30 pagi tadi ternoktahlah sudah cerita khabar angin siapakah calon yang layak untuk menggantikan Datuk Osman Sapian yang meletak jawatan sebagai Menteri Besar Johor pada Isnin lepas.  Perlantikan ADUN Bukit Kepong sebagai Menteri Besar yang ke-17 iaitu Dr. Sahrudin Jamal, 42 tahun merupakan satu lagi kronologi bersejarah bagi negeri Johor Darul Takzim.  

Beliau yang merupakan wakil rakyat bagi PBBM merupakan exco bagi Kesihatan, Persekitaran dan Pertanian negeri Johor mengangkat sumpah jawatan dihadapan Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene.  

Salam tahniah dan semoga akan terus memacu negeri Johor Takzim sebaik mungkin.  

No comments:

Post a Comment