Monday 29 April 2019

FORUM & DEBAT MA63 DAN PINDAAN 1(2)


"TIADALAH makna pindaan artikel 1(2) status Sabah Sarawak sekiranya Artikel 160 (2) pada maksud perkataan “Persekutuan”masih lagi merujuk kepada “Persekutuan yang ditubuh dibawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957" dan BUKAN ‘Persekutuan yang dibentuk dibawah Perjanjian Malaysia 1963 atau MA63 “ -Ini adalah satu daripada beberapa persoalan yang tidak dapat dielakkan oleh kerajaan ph pusat begitu sahaja. -Dato Idris Buang-
"Artikel 160 sudah lama wujud mengapa baru sekarang, GPS ingin mengubahnya" -Iswardy Morni.
"Jika MA63 bukan satu undang-undang, apakah pula status Sabah Sarawak sebagai pembentuk Negara Malaysia? Ada sesuatu yang tidak kena disini". -Dominic Ng.
Semalam berlangsung satu forum dan debat MA63 yang dianjurkan oleh DayakDaily di Dewan Sivik Kuching yang menampilkan 5 pengamal undang-undang yang juga tiga antaranya merupakan ahli-ahli politik di Sarawak berlainan parti politik. Ianya mendapat sambutan di luar jangkaan kerana berjaya menarik hampir lebih dari 700 orang awam malahan beberapa orang ahli politik Sarawak turut meluangkan masa mereka.
Menariknya debat dan forum semalam turut memberi peluang kepada rakyat Sarawak untuk sama-sama berkongsi pendapat mengenai halatuju Sarawak di dalam pindaan Artikel 1(2) serta apakah rasionalnya tatkala wakil GPS bertindak dengan tidak mengundi pindaan tersebut. Jelas sekali, hak rakyat sebagai pemegang taruh telah mereka gunakan sepenuhnya dengan memberikan kebebasan bersuara untuk mereka mengetengahkan pendapat dan idea mereka sebaik mungkin.
Secara keseluruhannya acara semalam telah sukses diadakan dan pihak penganjur telah berjaya melakukannya sebaik mungkin biarpun ada ketikanya ianya melibatkan emosi sehingga seperti ada ketegangan yang berlaku di dalam berhujah dan memberi pendapat. Itu hanya adat resam kita sebagai manusia lebih-lebih lagi apabila berbicara soal hak. Acara ini yang turut disiarkan secara langsung oleh Dayak Daily, Kamek Miak Sarawak serta beberapa laman portal turut mendapat jumlah tontonan yang banyak dan mendapat respon positif dari para pengkomentar warganet.
Seharusnya forum dan debat seperti ini sentiasa dimalar segarkan bukan hanya di Kuching malah ke seluruh bahagian di Sarawak bagi memberi ruang kepada seluruh rakyat Sarawak untuk turut serta dengan meletakkan Sarawak sebagai keutamaan.
Tahniah dan syabas kepada penganjur Dayak Daily, barisan panel dan pendebat serta tetamu yang hadir.

No comments:

Post a Comment